DERMA ISRAEL RM1.2 Billion -4 Tahun Rakyat Menunggu Penjelasan DAP


Oleh rmf

Rakyat sudah lama menunggu tindakan undang undang yang bakal diambil oleh DAP dalam isu pendedahan hubungan sulit yang dilakukan oleh mereka dengan Israel sehingga berlakunya beberapa latiahan 17 orang ahlinya serta  didakwa menerima derma RM1.2 billion  empat tahun yang lalu.

DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.

Berbagai isu dibuka DAP  untuk menutup isu derma RM1.2 billion yang didakwa diterima daripada Israel  untuk pilihanraya umum yang lalu. Pendedahan ini dibuat oleh Mohamad Razali yang merupakan  bekas ahli DAP sendiri.

DAP sekarang didesak untuk mendedahkan butiran penerimaan derma yang cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat. Rakyat sudah tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.

Lim Kit Siang pernah mengatakan akan mengambil tindakan  terhadap Mohamad Razali berhubung dengan pendedahan yang dilakukan mengenai derma yang diterima sebanyak RM1.2billion  tersebut serta beberapa siri latihan yang diterima oleh ahlinya daro MOSAD dalam usaha menguasai politik.

Sebagai  menolak dakwaan ini seharusnya Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching  membuat satu laporan polis  agar satu kertas siasatan dikeluarkan untuk mendakwa  Mohamad Rasazli  dalam isu pertuduhan yang mana  mengaitkan DAP dalam menerima derma  RM1.2 billion dari Israel.

Ia kaedah terbaik Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching  untuk mempertahan integriti DAP dan juga Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng yang mengetuai parti anak beranak ini  kerana masih terikat dengan tidak memberikan jawapan  dan tindakan terhadap isu yang didakwa.

DAP perlu menjawab di atas dakwaan telah ditawarkan dana RM1.2 billion (USD300 juta) dari pihak Israel sekiranya dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Desakan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.Dr Mohd Zuhdi berkata dakwaan itu telah dibuat oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman.

Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel ( satu kenyataan media  )

Sehingga kini diantara dakwaan yang telah dil;ontarkan kepada DAP ialag bagaimana seramai 17 orang dari ahli DAP telah dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.

Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,

Image | This entry was posted in 4 Tahun DAP Kunci Mulut Dalam Isu Terima Dana Israel RM1.2Billion and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s