Ahmad Zahid Hamidi -Malaysia Komitmen Dalam Menangani Keganasan dengan Penubuhan RDC3


Oleh rmf

Malaysia amat komited menyekat ancaman keganasan sekali gus akan memainkan peranan besar dalam usaha menangani  keganasan  di nasional dan juga memberikan kerjasama yang jitu di peringkat antarabangsa

Sehubungan dengan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengambil pendekatan untuk menubuhkan sebuah Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) Anti Keganasan ASEAN akan beroperasi di Malaysia pada Mei tahun ini bagi menangani ancaman keganasan.

Cadangan menubuhkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) adalah bertujuan mengambil pendekatan untuk menangani ancaman  keganasan yang sedang berluasa di serata negara  didunia sekarang.

Model permbentukan  yang dicadangkan  adalah diambil dari  Amerika Syarikat yang juga di Emiriyah Arab Bersatu ianya akan  tubuhkan di Malaysia. Oleh itu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200juta sebagai peruntukan awal pembangunan pusat tersebut.

Segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk seiring dalam memerangi keganasan yang mana  gerakannya  sentiasa  berubah setiap masa bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk disamping mengambil pendekatan awal dalam  menagani isu keganasan dai masa kesemasa.

Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu  majlis penutupan di Amerika Syarikat yang juga di Emiriyah Arab Bersatu .Dalam kenyataan yang diberikan Ahmad Zahid berkata penubuhan RDC3 ini akan dikendalikan oleh sekurangnya tiga buah agensi kerajaan yang akan terlibat secara langsung  ke atas pusat ini.

Ahmad Zahid juga dalam kenyataannya  menyeru masyarakat antarabangsa perlu bersatu dalam merangka strategi dan kaedah baharu. Perkongsian kepakaran dan membentuk kejasama serantau akan mengukuhkan lagi plan tindakan  yang dirancang.

Disamping itu juga Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui pengalaman menagani masalah penganas di Malaysia satu ketika dahulu akan dijadikan panduan untuk mengwujudkan program pemulihan membabitkan tindakan itu kerana Malaysia mempunyai pengalaman luas ketika menghadapi darurat pada zaman komunis dalam tahun 1948.

Kerajaan dalam usaha memerangi keganasan akan terus memberikan komitmen yang sepatutnya  dan berkerjasama dalam memerangi ancaman itu merupakan kerjasama global dan kebersamaan antara semua negara.

“Keganasan perlu dihentikan walau apa cara sekalipun kerana jika dibiarkan tanpa penyelesaian akan membawa kepada pergolakan, kekacauan, kemusnahan dan kesengsaraan.

“Semua komuniti dunia perlu bersama-sama berganding bahu sebagai satu pasukan bagi memastikan aktiviti keganasan dapat dihapuskan sama sekali.

“Tidak boleh dinafikan wujud keperluan untuk semua negara berkongsi kepakaran serta maklumat risikan dan bekerjasama secara erat di antara satu sama lain agar keganasan dapat dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemulihan dan Memerangi Ancaman Keganasan 2016, baru baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, persidangan tersebut adalah platform terbaik bagi Malaysia untuk menerangkan kepada negara-negara peserta mengenai inisiatif yang telah diambil Malaysia bagi menghalang penyebaran ideologi ekstremisme.

Jelas beliau, Malaysia juga berkongsi pengalaman Program Pemulihan Bersepadu Tahanan Keganasan yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi lain.

“Kita berharap persidangan ini akan dijadikan program tahunan dan kita menawarkan Brunei untuk menjadi penganjur memandangkan negara tersebut tidak pernah menerima ancaman keganasan,” katanya.

Image | This entry was posted in Ahmad Zahid Hamidi -Malaysia Komitmen Dalam Menangani Keganasan dengan Penubuhan RDC3 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s