Terima Pekerjaan Setaraf Dengan Kelulusan Dan Pengalaman Yang Ada – Wee Ka Siong


Oleh rmf

64584-fb_img_1452408856828

Ibarat ‘syurga dunia’, Malaysia terus menjadi tumpuan kerana masyarakatnya terkenal dengan sikap pemurah. Oleh itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi tumpuan warga asing untuk mencari rezeki yang halal di sini.

Sebab itu jugalah, jika berlaku bencana alam atau peperangan di Asia Barat, Malaysia adalah antara negara yang terawal dan aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan termasuk kewangan. Kermakmuran yang diberikan  kini dikecapi oleh pelbagai bangsa.

Mereka datang dengan satu tujuan iaitu untuk mengumpul kekayaan melalui peluang pekerjaan yang begitu banyak ditawarkan di Malaysia. Berbanding dengan kehidupan mereka di negara sendiri yang mana mengalami kepayahan untuk  mendapatkan pekerjaan.

Selagi negara Malaysia berjaya meneruskan pertumbuhan ekonomi nya sekitar 4 sehingga 5 % maka pasti sekali ruang untuk ada pekerjaan akan banyak. Kita telah melihat bahawa tiada alasan bagi rakyat negara ini merunggut tentang  kekurangan pekerjaan.

Semuanya bergantung kepada kemampuan yang ada pada diri sendiri. Setiap pekerjaan memerlukan pengalaman dan bagi yang mula bekerja  seharusnnya menjadikan  kerja yang pertama itu sebagai langkah untuk mendapat gaji atau upah yang lebih tinggi.

Tetapi ada diantara mereka ini amat memilih kerja tanpa berdasarkan pengalaman dan  kelulusan yang ada  disampaing menuntut taraf gaji yang tidak masuk akal apabila ditawarkan bekerja.

Menurut Datuk Wee Ka Siong setiap pemohon dan juga pelajar seharusnya bersikap realitistik dalam mencari pekerjaan, jangan kerana gaji yang diterima itu sedikit mereka terus menolaknya , walaupun  kelulusan  yang ada sebagai saorang graduan.

“Pada pendapat saya, tiada alasan untuk rakyat kita tidak boleh berjaya.Kenapa kita tidak mahu meniru atau mengikut pendatang yang sanggup buat kerja dibidang pembinaan hanya untuk mencari nafkah?” Kata Wee

Para graduan harus bersikap realistik  dan pragmatik apabila ditawarkan pekerjaan yang gaji permulaan nya rendah., ujar Datuk Wee.

 “Ia adalah perkara biasa jika syarikat enggan untuk membayar gaji tinggi kepada mereka yang masih bergelar graduan yang baru lulus kerana para graduan ini seharus nya mendapat cukup pengetahuan dan  pengalaman dahulu didalam bidang yang mereka pilih” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Datuk Wee bercakap berkenaan hal ini ketika merasmikan “Johor Career and Graduates Expo” di Johor Bahru Semalam.

Paling terutama sekali para graduan harus menajamkan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi untuk menjadi graduan yang mampu bersaing, kata Wee.

 “Salah satu cara terbaik untuk para graduan untuk mendapatkan pekerjaan adalah melalui cara program “internship”” Kata Datuk Wee.

Pekerja asing tidak pun hirau berkenaan kondusi kerja ini kerana mereka dengan mudah boleh perolehi RM1000 dengan mudah.

Maksud Datuk Wee terima sahaja lah kerja sementara untuk menunggu kerja yang baik sambil mendapat pendapatan , dari duduk sahaja di rumah buang masa untuk menunggu peluang kerja yang mereka idamkan untuk datang.

Para Graduan baru lulus mewakili 35.3% dari sejumlah 400,000 orang yang mencari pekerjaan seluruh negara.

Menurut Datuk Wee ,5 jenis industri teratas yang mendahului pasaran kerja ada lah perkilangan, perbankan , pembinaan , IT dan komunikasi dan pemborongan dan peruncitan.

Sungguh mereka yang menjadi pemimpin sentiasa mengetahui data dan infomasi berkenaan pekerjaan dan penjumlahan peratus menganggur dan peluang pekerjaan yang mampu ditawar.

Malaysia akan menandatangani TPPA setelah semua proses membahas dan mengkaji nya selesai, ini salah satu cara kerajaan memikirkan untuk menambah peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Pekerjaan kosong memang banyak namun rakyat Malaysia amat memilih dan enggan cebur bidang yang sudah ramai dipenuhi pekerja asing seperti peladangan, pembinaan penternakan dan sebagai nya.

Apapun , dari duduk melopong dan menggangur sambil tunggu kerja sesuai , baik ikut sahaja saranan Datuk Wee Ka Siong, usah buang masa, harus buat kerja sambilan sambil menimba pengetahuan dan pengalaman, sebelum kerja idaman muncul.

Image | This entry was posted in Terima Pekerjaan Setaraf Dengan Kelulusan Dan Pengalaman Yang Ada – Wee Ka Siong and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s