SPAD Buka Permohonan  Lesen Bas Sementara (LBS) Untuk Tahun Baru Cina


Oleh rmf

Kelaziman setiap kali musim perayaan menjelang, pengangkutan awam  menjadi pilihan utama pengguna  untuk balik kekampung halaman masing masing.  Pelbagai konsesi pengangkutan awam disediakan  termasuk bas selain dari keretapi , teksi dan  kapal terbang.

Dikala musim ini banyak tawaran dibuat terhadap pengguna untuk balik bercuti panjang. Keselesaan pengangkutan awam juga diambilkira untuk membolehkan pengguna menikmati perjalanan yang selesa.

Sebanyak mana pun pengangkutan awam disediakan saban tahun , namun ianya tidak pernah mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna dimusim perayaan. Tambahan bas diperlukan setiap tahun  untuk menampung kekurangan tersebut.

Permintaan berganda di musim perayaan ini akan menyebabkan akan berlaku penipuan yang dilakukan oleh “ulat-ulat tiket”  yang akan mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menjual tiket diluar kaunter.

Dalam memenuhi keperluan ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sudah berpengalaman menjalankan tugas dimusim-musim perayaan sudah pasti bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk penipuan tiket bas yang di lakukan oleh ‘ulat tiket’.

SPAD sudah pasti akan menggunakan pengalaman mereka di dalam menghadapi situasi tersebut yang boleh belaku pada setiap kali musim perayaan termasuk penipuan tiket dan kekurangan bas serta mengawasi aktiviti bas-bas haram yang sudah pasti akan mengambil kesempatan di musim perayaan ini.

Bagi mengelakkan aktiviti ‘ulat tiket’ dari berleluasa SPAD akan meletakkan anggota bertugas mereka bagi mengawasi gerakan ‘ulat tiket’ di setiap stesyen bas bersama pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Sementara bagi menampung permintaan yang tinggi terhadapa perkhidmatan bas pada musim perayaan SPAD telahpun mengeluarkan Lesen Bas Sementara (LBS) bagi menampung permintaan yang tinggi tersebut dan ini dapat mengurangkan aktiviti bas haram.

Permohonan lesen LPS ini telah dibuka 12 Jan lalu hingga 5 Februari untuk memberi peluang kepada pengendali menambahkan jumlah bas mereka..selepas kelulusan, pengusaha bas boleh menambah operasi bas ekspress bermula 5 – 14 Februari..permohonan LPS boleh dihantar ke semua pejabat SPAD kecuali Ibu Pejabat

Demi melancarkan pembelian tiket, SPAD juga telah  meyarankan kepada pengguna  pengangkutan awam agar  membeli tiket atas talian agar dapat mengelakan kesesakan kaunter. Pembelian tiket atas talian ini juga boleh mengelakkan  berlakunya penipuan “ulat Tiket”

Bagi pembelian tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pembelian juga boleh dilakukan di kiosk pembelian tiket.

Semua persediaan, kelengkapan dan kemudahan telahpun disediakan oleh SPAD bagi menjamin penumpang boleh pulang ke kampong halaman di musim perayaan dengan selamat dan selesa, tetapi jika penguna masih mahu mengunakan perkhidmatan ‘ulat tiket’ dan ‘bas haram’ maka mereka perlulah menanggung risiko keselamatan mereka sendiri.

Seperti kebiasaan musim-musim perayaan, pegawai-pegawai SPAD akan mengorbankan musim cuti perayaan untuk membuat pelbagai operasi bagi memastikan pengusaha-pengusaha bas mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Pemantauan dan juga pemeriksaan keatas kenderaan dijalankan  untuk memastikan keselamatan penunpang pengankutan awam berasa selamat . Diantara perkara yang pada kebiasaannya diperiksa ialah cukai jalan kenderaan, jumlah penumpang, pemandu bebas alkohol atau dadah, perangkap laju dan sebagainya.

Dalam hal ini , SPAD akan bekerjasama dengan pihak polis trafik dan JPJ untuk membuat pemantauan lebih-lebih lagi musim perayaan agar setiap peraturan yang telah ditetapkan  dipatuhi dan sekali gus tidak akan membahayakan nayawa penumpang.

Image | This entry was posted in SPAD Buka Permohonan  Lesen Bas Sementara (LBS) Untuk Tahun Baru Cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s