Negara Sentiasa Bersiap Siaga Dalam Menghadapi Ancaman ISIS- Ahmad Zahid Hamidi


Oleh rmf

Aliran pemikiran yang lebih ekstrem dalam kalangan gerakan jihad Syria terutama kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta An Nasr sedang dan telah memperkembangkan elemen elemen yang berkaitan Islam untuk mempengaruhi anggota baru menyertai mereka.

Dalam keadaan sekarang, kedua-dua gerakan ini mengisytiharkan perjuangan Islam mereka menyasarkan peluasan kuasa di peringkat antarabangsa. ISIS yang terkenal dengan keganasan tanpa peri kemanusiaan terbabit dengan pembunuhan yang amat kejam terhadap tebusan mereka.

Malaysia menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan oleh mana-mana pihak termasuk Negara Islam (IS) yang memaksa dan menyerang pihak lain untuk membentuk wilayah mereka.

Malaysia, yang berpengalaman menangani keganasan ancaman komunis dan golongan ekstremis agama, secara sukarelanya akan  menghantar pakar berkaitan ke Australia Februari depan, bagi membantu negara itu menangani masalah keganasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk mengembeling  tenaga dalam menangani masalah IS yang telah disfatkan sebagai ancaman yang amat bahaya untuk rakyat mana mana negara yang dipengaruhinya.

Malaysia bercadang menghantar beberapa orang pakar yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pensyarah universiti, ujarnya.

Malaysia secara dasarnya menolak  sekeras kerasnya sebarang tindakan keganasan yang dilakukan oleh mana mana pihak termasuk IS yang mana menjadikan wilayah yang mereka kuasai sebagai pusat wilayah mereka.

Kewujudan extrimis IS pada kebiasaannya datang dari  kehadiran pelancong dan migran  dari Timur Tengah yang mencetuskan keganasan yang telah meyebabkan orang Islam dilabelkan sebagai penganas.

Ahmad Zahid bercakap dalam sidang media selepas menerima kunjungan Menteri Perundangan yang juga menteri penasihat kepada perdana menteri Australia Michael Keenan di pejabatnya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk Australia menghadapi ancamana yang dibuat oleh IS.

Dengan pengalaman masa silam, menghadapi keganasan dari ancaman komunis dan golongan ekstremis agama. Pihak Malaysia  menawarkan untuk menghantar pakar ke negara itu bagi mengadakan training-of-trainers (ToT).

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid berkata Malaysia-Australia bertekad memperkukuh lagi kerjasama dan jawatankuasa dalam bidang keselamatan. Ini akan dilakukan menerusi platform Mesyuarat Kerjasama Dalam Menangani Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat Kerjasama Dalam Menangani Ancaman Keganasan

Sejak  akhir-akhir ini kita berhadapan dengan serangan pemikiran sekular yang sangat ganas dan ianya menghantui akidah umat Islam dan usaha musuh Islam secara tersusun mencorakkan dunia bertujuan meletakkan Islam sebagai satu fahaman yang mencetuskan keganasan kepada dunia..

Musuh Islam sedang merencanakan  sasaran, menumpahkan darah umat Islam secara tidak bermoral dan  mengganggu gugat sistem yang diciptakan oleh Islam dalam keharmonian kehidupan  serta berusaha mewujudkan konflik serta fahaman sehingga berlaku pergolakan antara sesama umat Islam.

Dengan cara ini musuh Islam secara dasarnya akan dapat memecah belahkan perpaduan sesame Islam dan dengan mudah mereka menghancurkannya dari dalam. Tindakan ini bukan hanya sekadar memecahkan kesatuan Islam, malah mereka akan melakukan adu domba terhadap  golongan agama supaya masyarakat Islam tidak dapat membuat penilaian yang sebenarnya..

Budaya ekstrim yang sedang menyelerak mengumpulkan nanah dan membarah sehingga melahirkan manusia yang hilang identiti sebagai saorang Muslim, malah mereka yang terpengaruh ini  terus menjadi musuh untuk menghancurkan Islam.

Kita mesti sedar, apa saja tindakan berbentuk keganasan oleh umat Islam bukanlah mencerminkan ajaran Islam itu sendiri. Islam menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Islam memberatkan aspek kasih sayang serta sifat ambil berat terhadap sesama Islam dan bukan Islam.

Isu Kumpulan Militan Islam (IS) di Syria dan Iraq menjadi fokus penting dalam media arus perdana dalam serta luar negara. Jika keganasan itu benar-benar berlaku, maka Islam tidak pernah bertanggungjawab terhadap perkara sedemikian.

Perancangan jahat musuh untuk meletakkan Islam dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa dan menyebabkan nilai nyawa umat Islam semakin murah. Media milik musuh pula, seolah-olah mendapat ramuan baharu untuk menyisihkan Islam yang sedang berkembang pesat di Eropah dan negara bekas komunis.

Beliau berkata Australia sebagai bukan negara Islam berhadapan dengan beberapa masalah keganasan seperti yang dicetuskan penduduk yang datang dari Timur Tengah (Asia Barat) dan imigran lain.

“Atas pengalaman menghadapi keganasan dari ancaman komunis dan golongan ekstremis agama…kita menawarkan untuk menghantar pakar ke negara itu bagi mengadakan training-of-trainers (ToT).

“Melalui ToT juga Malaysia akan memberikan pengalaman dari acuan pemulihan yang dilakukan di sini untuk dilaksanakan di Australia,” katanya.

Ini akan dilakukan menerusi platform Mesyuarat Kerjasama Dalam Menangani Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat Kerjasama Dalam Menangani Ancaman Keganasan.

Dalam isu menangani masalah keganasan merentas sempadan ini, perkongsian maklumat kedua negara akan dilakukan sebagai jalan yang efektif dan berkesan dan seterusnya mengambil sikap siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mengulas bahawa tahap keselamatan dalam negara pada waktu ini berada dalam keadaan yang baik dan terkawal dari mana mana ancaman anasir penganas dari dalam dan luar negara.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa ada sebilangan daripada rakyat Malaysia yang telah  terpengaruh dengan ideology IS ini dan tangkapan telah pun dibuat oleh pasukan Keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia yang mana hasil maklumat dari risikan yang telah dibuat.

Setakat ini seramai 132 orang telah ditahan hasil kerjasama semua pihak  termasuk maklumat yang disalurkan oleh orang awam kepada pihak berkuasa dan juga  agensi perisikan antarabangsa.

Sesungguhnya fahaman ekstremis tidak boleh dibiarkan bertapak di negara kita, dan  kerajaan  harus memperketatkan peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi menghalang gerakan extrimis  terus menjadikan Malaysia sebagai pusat gerakan mereka.

Image | This entry was posted in Negara Sentiasa Bersiap Siaga Dalam Menghadapi Ancaman ISIS- Ahmad Zahid Hamidi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s