McDonald’s Ke Timur Tengah – Penghasilan Produk Terbaik Pastinya Di Percayai Ramai


Oleh rmf

Alexis Sover (1858), berpendapat kebersihan merupakan roh bagi sesebuah dapur. Ini membawa maksud bahawa selain menjaga kebersihan diri, kebersihan tempat bekerja seperti dapur, meja tempat penyediaan makanan dan sinki perlu diberi perhatian.

Ini kerana jika sesebuah kantin berbau atau kotor, pelanggan akan menganggap bahawa kantin tersebut tidak bersih.

Beberapa kajian menunjukkan sesiapa juga akan memastikan kebersihan dapur dilakukan secara berterusan, di mana ia dijalankan sebelum, semasa dan selepas operasi perniagaan makanan.

Pembersihan dapur dan tempat penghasilan dan memproses produk secara rutin dan berterusan adalah perkara yang perlu dijaga supaya dapat mengelakkan pencemaran bakteria terhadap makanan yang disediakan.

Aspek yang menyentuh mengenai kebersihan peralatan memasak dan menghidang makanan yang digunakan dalam penyediaan makanan. Hasil bagi persoalan ini adalah berada pada tahap tinggi.

Ini menjelaskan lagi betapa pentingnya kebersihan dalam penggunaan segala peralatan semasa penyediaan makanan

McDonald’s  mempunyai sepasukan kakitangan yang bertanggung jawab dalam penilaian kualiti (quality assurance) yang berkhidmat dalam kerja-kerja luar (field service) yang juga dikenali sebagai pakar pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)  termasuk kawalan dari JAKIM

Tugas mereka adalah untuk menjalankan penilaian secara tetap di setiap restoran McDonald’s  seluruh negara.

Penilaian meliputi semua aspek termasuk kebersihan dan sanitasi premis dan peralatan, kebersihan diri, layanan dan kemesraan dalam layanan, ketepatan dalam menyediakan pesanan bahan mentah, penyelenggaraan yang baik, mutu keluaran dan jaminan produk.

Seterusnya McDonald’s juga telah mengadakan satu sistem kawalan suhu dan tempoh masa penyimpanan bahan makanan yang ketat bagi memastikan setiap makanan yang disediakan kepada pelanggan bersih dan segar.

Di dalam manual operasi harian McDonald’s , telah diterangkan dengan jelas setiap langkah dan prosedur sanitasi yang mesti dipatuhi oleh setiap kakitangan bagi mencapai matlamat dan tujuan McDonals hal-hal yang berkaitan dengan sanitasi.

Justeru, setiap kakitangan perlu mengikuti kursus pengendalian makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Untuk itu, McDonald’s  telah mengamalkan prosedur pencucian tangan yang mesti dilakukan setiap jam dan apabila perlu.

Prosedur tersebut termasuklah melembap, menggosok jari dan tangan hingga ke siku menggunakan sabun antibakteria selama 30 saat, kemudian dibilas serta dikeringkan dengan menggunakan tisu pakai buang.

Sementara setiap produk yang telah siap tidak dibenarkan untuk disentuh dengan tangan. Bahkan McDonald’s sentiasa menekankan kepentingan penggunaan sarung tangan pakai buang, penceduk makan yang bersih dan tong. Manakala semua pekerja restoran McDonald’s  termasuk pengurus telah menerima suntikan imunisasi typhoid sebelum bertugas.

Sistem kawalan dalaman diwujudkan adalah bertujuan untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan adalah halal. Selain daripada itu, sistem ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia kualiti bahan mentah, proses pengilangan, pembungkusan dan penghantaran agar bebas dari sebarang kotoran atau pencemaran yang boleh membahayakan kesihatan.

Dengan ini, hasrat untuk mengeluarkan produk yang bersih dan berkualiti tinggi dapat dicapai dan dikekalkan, Justeru itu bagaimana  bahan mentah yang diimport di bekalkan

Seterusnya jadual di bawah ini menunjukkan proses untuk mendapatkan produk import. Bahan Mentah Semua bahan mentah yang dibekalkan hendaklah mendapat sijil halal dan pengesahan kebersihan serta bahan yang diiktiraf oleh badan-badan yang berautoriti.

McDonald’s telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan pemprosesan ternakan dan proses pembuatan makanan berasaskan daging dan  ayam. Proses utama melibatkan penyembelihan secara halal dan penghasilan ayam dan ayam yang dipotong mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Untuk tujuan itu setiap pembekal dikehendaki supaya mengemukakan surat Pembekal luar negara yang berpotensi memohon pengesahan halal kepada Panel Penasihat Syariah

Panel Penasihat Syariah mengesahkan dan meluluskan status halal produk kepada pembekal

Meneliti dan dan mengesahkan Sijil Halal yang diperolehi oleh pembekal daripada mana-mana badan produk makanan dan pemakanan Islam dalam negeri sebelum mengeluarkan Sijil Halal kepada pembekal.

HDC dan Panel Penasihat Syariah mengadakan pemeriksaan terhadap kilang pembekal

HDC mengeluarkan Sijil Halal kepada pembekal

Penyediaan makanan segera seperti Restoran Keluarga McDonald’s yang menyediakan makanan yang berkualiti untuk pengemar makanan keluarga  adalah satu prosedur yang amat ketat .Pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk menjamu tetamu McDonald’s yang berkunjung tidak kira masa sama ada secara bersendiri amahu pun bersama keluarga.

Sebagai sebuah restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia, McDonald’s telah menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk membolehkan para pelanggan membuat pilihan.

MacFood Services Sdn Bhd telah pun mendapat pengiktirafan status halal dan keyakinan dari Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk atau Gulf Cooperation Council (GCC) beberapa dekad yang lalu.

Ini adalah kerana McDonald’s telah mengamalkan pendekatan ‘open door’ kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat standard kualiti produk dan prosedur yang dilaksanakan di restoran-restoran dan juga kilang MacFood Services Sdn Bhd.

MacFood Services Sdn Bhd adalah di antara pembekal berdaftar GCC dan juga pembekal utama produk berasaskan ayam yang halal dan berkualiti bagi rangkaian McDonald’s di negara-negara Arab. Ini juga telah diperakui Yousif Abdulghani, Timbalan Presiden McDonald’s Timur Tengah dan Afrika.

MacFood Services Sdn. Bhd. adalah penyedia dan pembekal makanan mentah kepada rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia, selain turut menjadi pembekal kepada restoran mereka di negara Islam yang lain seperti Arab Saudi.

Emirates Fast Food Company mengatakan kepada Gulf News bahawa mereka akan membuka sepuluh restoran baru tahun ini dan merupakan satu perlaburan makanan segera yang cukup besar

Sekarang di Arab Saudi, gerai McDonald’s sudah mencapai sedikitnya 60 buah. Di Kuwait 37 gerai, di Bahrain 8 gerai, Mesir 50 gerai.  McDonald’s dianggarkan telah mempunyai 31.000 gerai di seluruh dunia.

Paling menakjubkan  fenomena sekarang  Di Amerika sendiri, sekarang ini banyak rakyatnya yang mulai beralih dari McDonald’s dan makanan siap hidang jenama lain bukan lagi pilihan ramai.

Keyakinan kepada penyediaan makanan oleh MacFood Services Sdn. Bhd. tidak perlu di ragui oleh kerana MacFood Services mendapat pengiktirafan dengan persijilan ISO9001:2008 dan ianya dianugerahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan sudah pasti aktiviti MacFood Services ini dipantau oleh pihak-pihak yang berkenaan secara berterusan.

Di antara pengitirafan yang diterima oleh MacFood Services Sdn. Bhd termasuklah HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program – Food safety management system, ISO 9001:2000 Certification by SIRIM QAS– ia ini pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

HALAL Certification by HDC/JAKIM – Ia ini mematuhi prosedur pensijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veterinary Services) Certification – Dalam mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenuhi pematuhan kepada keperluan Program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP.

Seperti yang dinyatakan seawal tadi produk keluaran MacFood Services juga menjadi sumber export yang terjamin halal dan bersih kepada beberapa negara Timur Tengah yang menjadi pelanggan kepada produk MacFood Services Sdn. Bhd.

Walaupun terdapat mereka-mereka yang cuba memburuk dan mempertikai akan perkhidmatan Macfood Service Sdn.Bhd kebanyakkannya adalah bersifat perniagaan dan peribadi, mungkin kerana syarikat yang mereka wakili tidak mendapat berurusan dengan McDonald’s didalam urusan pembekalan makanan mentah.

Selain keperluan termasuk persijilan dan pengiktirafan yang perlu untuk sesebuah syarikat penyedia makan sudah pasti McDonald’s lebih meyakini penyediaan makanan dari syarikat perkongsian atau anak syarikat mereka sendiri.

Walaupun ianya di lihat sebagai ‘monopoli’ tetapi ia tidak menyalahi undang-undang negara ini dan juga MacFood Service telahpun melepasi sertifikasi Halal, mutu dan ‘safety system’ (Halal, HACCP, ISO, dsb), jadi tidak timbul isu McDonald’s hanya mengunakan perkidmatan Macfood Service Sdn.Bhd sahaja.

Selain di Malaysia, penyediaan Macfood Service juga di iktiraf di seluruh negara Islam di dunia, dengan itu membuktikan bahawa penyajian dari MacFood Services adalah yang terbaik. Pada tahun 2012 sahaja, jumlah eksport ke McDonald’s di GCC telah meningkat sebanyak 12.3 peratus

Sementara penghantaran diselenggarakan oleh McDonald’s  dengan menggunakan trak-trak dingin beku. Manakala penghantaran terus daripada kilang kepada pelanggan pelanggannya dilakukan bagi memastikan kesegaran produk dan bekalan yang konsisten.

Kini, produk yang diproses dieksport Timur Tengah dan lain-lain tempat. Permintaan ke negara Timur Tengah ini sekali gus bahawa produk McDonald’s telah mendapat pengiktirafan penghasilan produk yang bersih dan dijamin kebersihannya  dan diyakini semua proses kebersihan penghasilannya..

Image | This entry was posted in McDonald’s Ke Timur Tengah – Penghasilan Produk Terbaik Pastinya Di Percayai Ramai and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s