Viral!!! “Kita Gunakan Orang Melayu Untuk Menjatuhkan Raja” Bahagian 7 (Akhir)


Oleh rmf

Sambungan Dari Bahagian 6

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.

Sebab itu DAP kata, kalau berlaku sekali lagi 13 Mei, dia tak takut, dia kata. We are not scared for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana.

Kerana apa, kerana dia yakin yang dok berada di belakang dia tu ada. Satu jentera yang paling kuat sekali. Dia tak hairan, berlakulah. Dia nak juga benda tu berlaku. Dia nak ajar. Dendam tu, dia kalah 1969, dia tak puas hati. Dia nak ajar balik. Sampai tahap tu.

Base tentera Israel akan wujud, pasal apa? Pasal apa Israel mahu tempat tu Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia ingin mengembangkan, dia ingin menjadikan base itu sebagai base untuk Asia Tenggara. Dia kata, base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenal pasti nak benda ni.

Dia minta Lim Guan Eng, Guan Eng setuju. Kami menang, kami akan bagi dengan syarat kamu tolong kami PRU 13 ni. Ada perjanjian dah.

Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.

Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani.

Masa saya cakap benda ni, dia stop saya, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina.

Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun.

Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, “Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru.”

Selepas Pakatan Rakyat menang, dapat tawan Putrajaya, dua benda akan berlaku dalam masa lima tahun. Yang pertama, memang betul kita akan lantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, memang betul, seratus peratus betul. Kita akan melantik Anwar Ibrahim tetapi Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja. Selepas itu kita akan turunkan dia.

Bagaimana kita nak turun seorang Perdana Menteri? Kita akan turunkan dia melalui isu moral dengan isu rasuah. Isu penyalahgunaan kuasa yang bukti-bukti dia ada di tangan Karpal Singh. We know how to issue you.

Saya tanya dekat Karpal pada satu mesyuarat, “Pada tahun 1997 you ni yang kata dia kaki liwat dalam Parlimen”. Dia kata tu tapi pasal apa sekarang kita dok backing dia. Saya tanya sebab kita pun nak tahu juga. “Pasal apa jadi macam ni?”

“Memang betul, Anwar memang kaki liwat. Apa yang dikata dalam Parlimen it’s all true but we need him. We need him. Dia sebagai orang tengah antara Pas dengan DAP. Ya, kita akan lantik dia sebagai Perdana Menteri, sebab itu kita tahu nak buang dia macam mana.

Kita akan gunakan kesilapan-kesilapan lampau dia. Masa itulah kita akan tunjuk dekat rakyat mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat sanggup menurunkan Perdana Menteri dia. Kita tunjukkan ketelusan kita pada rakyat. Dan pada masa itulah kita akan lantik Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.”

Ingat tak baru-baru ni, Karpal Singh kata, dia nak orang bukan Islam jadi Perdana Menteri. Baru saja berlaku. DAP spin juga benda ni, tengok reaksi macam mana. Memang perancangan DAP nak Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar dua tahun.

Selepas Lim Guan Eng jadi Perdana Menteri, lagi satu benda akan berlaku. Pada tahun yang ketiga atau keempat, satu benda akan berlaku. Parti yang berteraskan kepada agama, kita akan bubarkan parti Pas. Ni orang-orang Pas pun tak tahu perancangan ini.

Kita tengok sekarang, pemimpin-pemimpin Pas ni macam mana. Tak macam dulu dah, berbeza dah. Berbeza sangat. Banyak pemimpin sekarang terlalu liberal. Kalau liberal, dulu dia kata apa, nak tegakkan Islam kena belasah dengan Karpal Singh, dia tukar kebajikan pula. Dia boleh kata pula, dalam al Quran taka da perkataan Negara Islam. Lama ni yang mereka dok juang tu apa? Apa yang mereka perjuangkan selama ini?

Kita tengok kenyataan Presiden Pas, Haji Hadi Awang kata apa, “Kita boleh kawan dengan Yahudi, kita tak boleh kawan dengan Zionis”, dia kata. Salah satu kenyataan dia, kita boleh kawan dengan Yahudi, kita tak boleh kawan dengan Zionis.

Apa beza Yahudi dengan Zionis ni? Ada beza Tuan-tuan dan Puan-puan. Ada beza ke? Apa beza khinzir dengan babi? Apa beza riba dengan bunga? Nama saja lain, benda yang sama. Awat yang bengong sangat Presiden Pas ni.

Penyokong dia lagi satu, taksub sangat. Bukalah minda, bukalah hati, awat yang taksub sangat ni. Semua ni betul, lima perut tiga serangkai buta perut tak ada akal. Tak mahu, tutupeverthing close saja. Sampai macam tu.

Kita tengok Bersih, saya ambil contoh Bersih. Tempat yang paling suci untuk orang Islam, Mekkah dengan Madinah pun, dikotori oleh siapa? Puak-puak ni.

Adakah DAP buat di tempat terkunci ada DAP buat Bersih. Adakah orang India buat Bersih di Batu Caves, adakah? Tiada.

Tengok, siapa yang menjadi barua DAP ni. Tempat yang paling suci orang Islam ni. Dua tempat tu sampai dicemari macam tu ke. Disebabkan politik ke. Sampai macam tu nak tunjuk kesetiaan dekat DAP.

Ada satu kejadian berlaku di Pulau Pinang pada tahun 16 Jun 2010 di Jalan Burma. DAP buat satu majlis makan malam. Kita panggil Mat Sabu sebagai penceramah undangan kita.

Saya panggil dia. “Abang Mat, 16 ni kena buat.” Dia kata okay. Saya tanya kat dia, “Abang nak mai berapa orang?”. Dia kata nak mai lebih kurang 10 orang. Kita pun sediakanlah dua meja makanan halal. Meja kedua untuk penyokong dia. Meja pertama, saya, Lim Guan Eng, Mat Sabu dengan pemimpin DAP yang lain duduk.

Majlis bermula dengan ucapan pemimpin DAP. Lepas itu, Lim Guan Eng bagi ucapan. Lastsekali Mat Sabu. Ucapan Mat Sabu biasalah, dengan lawak jenaka dia, it’s normal.

Tetapi, di tengah-tengah ucapan dia, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Mat Sabu. Walaupun saya masa tu berfahaman DAP, tak pernah terlintas di hati saya nak kata benda tu.

Saya cukup terkejut. Tak sangka pemimpin Pas ni sanggup kata benda tu. Tahu dia kata apa. “Saya lebih rela makan babi dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib.” Dia kata macam tu, penyokong dia yang duduk kat belakang tu, takbir lagi. Depa takbir juga untuk tu pun.

Sampai tahap tu ke nak tunjuk “Pas for all.”

Kita tengok masa Tahun Baru Cina tu, pemimpin Pas di Johor ni sanggup pi salam dengan orang yang jual babi tu di market Cina. Nak tunjuk sampai macam tu ke?

Tuan-tuan tahu tak apa yang berlaku di Perak, semasa esok hari tu, Datuk Zambry nak ambil sumpah sebagai Menteri Besar. Malam tu saya berada di Wisma DAP, Ipoh. Kita panggil Nizar datang ke pejabat kita, masuk mesyuarat.

Kita arahkan Nizar supaya you kerahkan seramai mana penyokong Pas, esok petang baring di atas jalan biar menghalang Raja Muda Perak daripada menghadiri upacara angkat sumpah. Arahan dikeluarkan oleh Nga Kor Ming, dilaksanakan oleh Nizar.

Kerana DAP tahu, kalau orang Cina buat, orang Melayu semua akan bersatu. Sebab itulah kita gunakan orang Melayu untuk menjatuhkan Raja. Ada tak sesiapa orang Cina yang baring hari tu, ada tak? Semua siapa, tengoklah.

DAP tahu, kita nak jatuhkan Raja-raja Melayu, kita akan gunakan Pas. Kita akan menggunakan Pas untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu. Sebab tu kalau dia jadi Kabinet, dia nak jawatan-jawatan penting. Dia nak Menteri Pelajaran, Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Menteri Pertahanan.

Inilah yang dia mahu. Jawatan lain yang tak penting, you nak ambil, ambillah tapi yang ni yang dia mahu. KDN pasal apa dia mahu. Mesti dia mahulah.

Tuan-tuan tahu tak, kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini.

Begitu jugalah kalau DAP dapat perintah, mereka akan buat persempadanan semula. Persempadanan semula ini akan berlaku di kawasan bandar sahaja bukan di kawasan luar bandar.

Katalah contoh Putrajaya ni bandar. Sekarang cuma ada satu Parlimen, dia akan potong kepada dua Parlimen. Dia akan memperbanyakkan lagi Parlimen-parlimen orang bukan Islam supaya dia sama dengan orang Islam.

Perancangan DAP tu, banyak orang tak tahu. Tapi kita tengoklah Pas macam mana. Bersengkokol sampai macam ni ke. Nak kuasa, matlamat menghalalkan cara, janji dapat tawan Putrajaya cukup. Itu saja. Depa fikir dapat tawan Putrajaya. Mereka ni bukan kata jual, dah lelong, dah gadai Islam dah dekat DAP ni.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, setiap bulan Mat Sabu akan diberi RM15,000 oleh DAP.

Pemimpin lain saya tak tahu, saya tak mahu tuduh, saya tak nampak. Mat Sabu tu pasal apa saya tahu, sebab saya yang bagi duit tu kat dia. Sebab tu saya berani kata. Saya yang tiap-tiap bulan bagi duit kat dia, yang lain saya tak mahu komen, saya tak pernah nampak, tak baik komen.

Walaupun dengar-dengar khabar, saya tak berani komen sebab saya tak nampak. tapi yang ni, saya yang pi bagi sebab itu saya berani kata. Setiap 24 haribulan saya akan terima duit tu. Sampai tahap tu.

(Tayangan gambar) Inilah dua orang Menteri Agama Malaysia yang baru yang Cina tu Menteri Agama, yang India tu Timbalan Menteri Agama.

Sekarang siapa, Datuk Khir Jamil Baharom kan, lepas ini tak ada dah. Saya tunjuk gambar lah senang, siapa Menteri Agama dan siapa Timbalannya.

Jadi, Tuan-tuan dan Puan-puan, berfikirlah sekejap. Kuasa yang ada dekat orang Melayu ni cuma kuasa politik sahaja. Yang tu hilang, kita akan jadi macamlah, merempat di negara sendiri.

Image | This entry was posted in Viral!!! "Kita Gunakan Orang Melayu Untuk Menjatuhkan Raja" Bahgian 7 (Akhir) and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s