Satu Ulasan -Perkongsian Budaya Malaysia- India, Anjuran Kelab Media Perak


Oleh rmf

IMG_5126

Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran.

Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia.

Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik / kaum merupakan sebuah negara yang cukup aman didunia dimana didalam negara itu sendri dikongsi dengan kepelbagian kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lagi di Sabah dan Sarawak.

Intergrasi kebudayaan ini penting dalam usaha membentuk kebudayaan kebangsaan iaitu satu kebudayaan yang diterima oleh semua kaum di Malaysia dan diperingkat dunia.

Matlamat utamanya ialah perkongsian budaya yang sama dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dan juga di India. Kerajaan turut melaksanakan dasar kebudayaan kebangsaan sebagai platform ke arah tersebut disamping sokongan dari NGO NGO.

Justeru iti ianya bukan sahaja dimainkan oleh Duta Duta negara malahan ianya juga turut direalisasikan oleh NGO NGO yang  ada didalam negara Malaysia sebagai duta kecil negara.

Perkongsian budaya yang telah dianjurkan oleh Kelab Media Dan Kebajikan Perak dalam berbagai aspek aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung akan membawa beberapa manfaat yang  baik  dan ianya sekaligus  memertabatkan  imej negara , budaya, warisan, kebajikan yang diprogramkan sebagai aktiviti perkongsian budaya bersama negara luar.

IMG_4999

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedia diketahui umum mempunyai keunikan yang tersendiri dalam pelbagai aspek, baik dari komposisi pelbagai bangsa yang mendiami tanah seluas 329,750 kilometer persegi ini, adat resam dan sejarah negaranya yang panjang sehinggalah keutuhan dan perkembangannya sehingga ke hari ini.

Semua perkara ini sudah diketahui umum bahawa  Malaysia adalah sebuah negara yang kecil yang mempunyai komposisi masyarakat majmuk dan pelbagai ras yang mana pada hari ini mampu membangun dengan gah di persada dunia, malah sejarah perit jerih negaranya yang panjang mampu ditebus dengan kejayaan dalam usia kemerdekaan yang belum lagi menjangkau seabad.

Baru Baru ini program Perkongsian Budaya Media Malaysia-India telah diadakan di bawah insisatif anjuran Kelab Media Perak  dan Kebajikan diyakini dapat meningkatkan budaya antara dua buah negara itu.

IMG_4809

Program tersebut yang bermula pada 17  hingga 22 Januari depan memberikan ruang kepada pengamal media untuk menyalurkan mengenai Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Masej yang dibawa ialah untuk mempromosikan budaya berbilang etnik dan kaum dalam negra ini serta memperkenalkan kepada dunia keunikannya.

Seramai 42 orang telah dipilih dalam kepelbagian bidang Media termasuk dua orang Blogger untuk menyertai program Perkongsian Budaya Malaysia India ini  untuk bersama sama  mempromosikan perlancungan di Malaysia sebagai sebuah distinasi yang terunggul didunia.

IMG-20160123-WA0321

Program ini juga  sekali gus  telah membawa  satu hal tuju  kerajaan Negeri Perak yang mana  cuba menggunakan program ini sebaik mungkin sebagai platform  mempromosikan  perlancongan negeri sebagai  salah satu cabang  pendapatan untuk Negeri Perak.

Tahun Melawat Perak 2017 adalah bertepatan dengan program yang dianjurkan oleh Kelab Media dan Kebajikan  Negeri Perak  dalam mencapai maksud  Perkongsian Budaya diantara Malaysia India disamping mempromosikan Perak se4bagai destinasi perlancongan terunggul didunia.

Keamanan dan keharmonian di Malaysia adalah kunci kepada produk perlancongan di Malaysia semakin meningkat. Peserta program semasa melakukan  aktiviti  di beberapa buah tempat telah menunjukkan sikap yang peramah, mesra dan menjawab  apa juga pertanyaan yang berkaitan dengan  Malaysia termasuk pemakaian pakaian tradisional.

IMG-20160123-WA0315Beberapa tempat tumpuan  telah dijadikan  lokasi perkongsian budaya  dan mempamerkan  busana tradisional kepada masyarakat dan penduduk di India. Teruja dengan sambutan dan timbal balas yang diterima, semua peserta telah menjalankan proses mempromosikan Malaysia dengan jayanya.

Sepanjang program  yang dijalankan beberapa buah tempat yang menarik telah dilawati, ini  termasuk pejabat Kedutaan Malaysia di India, Parlimen India selain monumen popular Taj Mahal serta Amber Fort yang mana memrupakan tempat kunjungan yang terhebat didunia.

IMG-20160123-WA0166

Semasa di Taj Mahal para peserta akan memakai baju kebangsaan dan tradisional serta mengedarkan risalah sebagai usaha mempromosi Perak amnya dan Malaysia khususnya sebagai destinasi perlancongan yang terbaik di dunia.

Dalam mendepani arus globalisasi, perubahan budaya tempatan akibat arus globalisasi ini amat nyata, manakan tidak, jika disedari hari ini pelbagai isu yang menyimpang daripada kebiasaan norma budaya mula timbul, sama ada ia dilihat memberi impak baik kepada jati diri rakyat negara ini mahupun sebaliknya, globalisasi amat jelas dirasai bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi juga dari aspek budaya seperti norma budaya masyarakat Malaysia, bahasa,  malah sehingga ke sudut kepercayaan dan pandangan sejagat.

Kelab Media Perak secara tepat telah mengambil jalan terbaik dalam usaha mengekalkan budaya masyarakat dan memperkenalkan dimata dunia termasuk India sekali gus telah bertindak sebagai serampang dua mata  selain menjadi duta kecil Malaysia di peringkat antarabangsa.

IMG-20160123-WA0155

Sesungguhnya, program yang telah dijalankan ini secara langsung telah menjadikan Kelab Media Perak adalah sebuah Kelab yang  mengambil peranan jauh dan berfikiran kehadapan dalam  membantu mempromosikan Perak sebagai pusat perlancongan di India

Negeri Perak yang terkenal dengan tinggalan sejarah, makanan, warisan, serta mempunyai  penduduk yang mengamalkan kehidupan yang harmoni merupakan salah satu pendekatan yang jarang dilihat dalam mana mana negara.

Maka, disini Kelab Media dan Kebajikan Perak melihat bahawa  pengaruh globalisasi yang amat memberi kesan kepada perubahan  budaya-budaya ‘lama’ ini, apabila generasi yang mewarisinya terdedah dengan pengaruh dari budaya global yang merujuk kepada budaya dari barat dan dirasai sesuai dengan cara hidup mereka, maka mereka mengamalkanya.

Kelab Media Perak menyedari bahawa diantara elemen yang terkesan akibat globalisasi adalah bagaimana budaya tradisional, warisan, bahasa  dan sikap nilai nilai murnis yang semakin dilupakan.

Justeru itu berbagai usaha perlu digembelingkan untuk mengekalkan budaya , warisan dan tradisi agar ianya kekal untuk generasi akan datang.

Perkongsian Budaya Media Malaysia – India dianjurkan adalah sebagai langkah pertama Kelab ini untuk memastikan bahawa budaya yang wujud dalam negara Malaysia adalah satu satunya budaya  yang perlu dipertahankan sehingga bila –bila

.IMG_4794Secara jelasnya, program yang telah dianjurkan oleh Kelab Media Dan Kebajikan Perak ini telah mencapai maksud program dengan jayanya. Semua ini adalah disebabkan semua peserta telah mengamalkan sikap professional  dimana mana juga berada untuk mempromosikan budaya Malaysia kepada dunia.

Program seperti ini seharusnya  mendapat sokongan semua pihak dalam usaha penyebaran maklumat, budaya, warisan  Malaysia  dan mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang  bebas, aman dan  merupakan negara yang terbaik untuk dikunjungi.

Image | This entry was posted in Satu Ulasan -Perkongsian Budaya Malaysia- India-Kelab Media Perak and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s