Kualiti, Kebersihan dan Nilai Untuk Penghasilan Produk McDonald’s Yang Terbaik Dan Selamat


Oleh rmf

Sehingga hari ini , McDonald’s telah beroperasi dan kini mempunyai lebih dari 30,000 buah restoren yang melibatkan lebih dari 100 buah negara dan ianya dikenali umum sebagai jenamanya. Sehingga tahun 2006 ia telah mencapai jualan berjumlah 57 billion dollar.

Pelanggan utama McDonald’s termasuk keluarga bersama anak-anak, kanak-kanak, pelanggan perniagaan, dan remaja . Selain kanak-kanak sebahagian perniagaan utamanya adalah pelanggan yang bekerja semasa hari bekerja yang boleh mendapatkan perkhidmatan segera dan sudah tentunya makanan yang disediakan adalah baik.

Untuk mengetahui struktur dan nilai utama McDonald’s Corporation dan mengapa ia masih terus menjadi restoren yang terbesar di dunia, analisis SWOT digunakan dengan mengambil kira setiap dimensi yang terlibat dalam strategi perniagaanya.

Kajian yang telah dibuat telah  melihat kepada kekuatan lebih daripada kelemahan. Kekuatan yang diketengahkan adalah keterimaan jenama, pertumbuhan yang stabil dalam pasaran global dan kekuatan kepimpinan yang telah membawa McDonald’s telah mendominasi perniagaan tersebut berbanding dengan pesaing-pesaingnya.

Sepanjang operasinya, ia telah berjaya mengatasi kesemua masalah ini dan trus mengembangkan ke sebuah negara ke sebuah negara. Tanpa ragu, McDonald’s akan terus berkembang bersama prinsip kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai.

Rata rata diseluruh dunia, penghasilan produk makanan McDonald’s mengikut standard yang telah ditetapkan dengan berpegang kepada kualiti bahan mentah, kebersihan yang mana bermula dari bahan mentah hingga penghasilan produk.

FAKTOR DALAMAN merupakan kekuatan sesuatu bisnis yang dijalankan , ianya adalah kebergantungan untuk menetapkan kualiti produk dan juga setiap produk yang dikeluarkan terjamin kualitinya.

McDonald mempunyai pasaran perniagaan yang luas di seluruh dunia kerana jenamanya telah dikenali hampir 60 tahun. Dalam tempoh masa tersebut tiada sekatan perniagaan yang dihadapinya samada dari kerajaan tempatan dan di luar negara untuk memulakan perniagaan.

Jika di Malaysia JAKIM dan Kementerian Kesihatan memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan produk yang dikeluarkan itu bertepatan degan syarat .

MacFood Services (M) Sdn Bhd merupakan pembekal utama McDonald’s..keupayaan yang ada pada MacFood yang berpengalaman selama 25 tahun telah meyakinkan kerjasama bersama McDonald’s…

McFood amat serius dalam aspek halal ni..McFood Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan prodduk halal yang berkualiti tingi..McFood sentiasa menjaga setiap kemudahan yang digunakan untuk memproses bekalan kepada McDonald’s mematuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan…

Selain pembekal dan pengedar makanan yang diyakini, McDonald’s turut memastikan bahawa setiap premisnya sentiasa selesa dan bersih bagi keselesaan pengguna…McDonald’s dan JAKIM sentiasa bekerjasama untuk memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan memuaskan..

Antara aspek yang dititik beratkan ialah ruangan penyimpanan makanan, perhidangan, pengendalian, pembungkusan dan sistem saliran pembentungan setiap pekerja yang baru menjadi keluarga McDonald’s wajib mendapatkan suntikan sebelum boleh bekerja di sini..

Konsep makanan segera adalah satu fenomena yang telah diterima dan digemari serta disukai buat masa ini memandangkan penjimatan masa menunggu. McDonald’s dalam membina jenamanya dan produk sentiasa menitik berat isu yang berkaitan pelangan. Kecekapan dan mesra pelanggan adalah nilai dan kekuatan dalaman yang menjadikan McDonald’s mempunyai servis  yang terbaik untuk pelangan.

Pasaran untuk berkembang adalah amat luas kerana hampir setiap bandar dan pekan boleh menerima McDonald walaupun terdapat persaingan dengan restoran makanan tradisi tempatan.

Keunikan produk yang dihasilkan adalah kunci kejayaan McDonald’s disamping menjaga kualiti  penghasilan makanan yang cukup ketat.McDonald’s berkeupayaan untuk menyesuaikan hidangan dengan citarasa tempatan.

Diantara ancaman yang dihadapi oleh McDonald dalam mempertahankan operasinya adalah mengawal bekalan bahan mentah dan juga pembekal supaya menepati piawai yang dikehendaki kerana bekalan tidak boleh dibeli dari pembekal bebas.

Pertumbuhan perniagaan makanan segera yang lain yang berkonsepkan hampir sama dengan McDonald memberi persaingan yang sengit di pasaran.Justeru itu McDonald’s dalam mengekalkan konsep keluarga dan kebersihan penghasilan produk amat dititikberatkan.

Selepas beroperasi melebihi 60 tahun, McDonald telah memasuki pusingan skil ekonomi iaitu kadar pertumbuhan yang perlahan yang mana menghadapi ancaman  persaingan yang tidak sihat seperti boikot  dan sebagainya.

Bagi mengatasi keadaan tersebut berdasarkan kepada analisia SWOT , pihak pengurusan MacDonald telah mengambil beberapa pendekatan strategi untuk terus bersaiang dalam produk makanan cepat saji.

Mempertingkatkan promosi dan memberi penjelasan kepada pelanggan mengenai piawaian McDonald yang ketat diamalkan supaya mereka faham konsep mutu.Kebersihan dan bahan mentah yang bermutu tinggi.

Selain dari itu strategi yang sama iaitu menjadi pemain pertama di sesuatu tempat serta promosi yang agresif bagi memastikan kehadiran restoran di sesuatu tempat . Pada peringkat ini dengan prestasi yang baik ini, syarikat McDonald’s telah mengambil kesempatan dengan memilih strategi pertumbuhan iaitu membuka sebanyak yang mungkin cawangan dengan menggunakan rakyat tempatan bagi menguasai pasaran makanan segera.

Falsafah asas seperti bersih, bermutu, cepat dan seragam adalah dipraktikkan di seluruh dunia tanpa kompromi kerana ianya melambangkan imej syarikat. Bagaimanpun sedikit penyesuaian dengan budaya atau citarasa tempatan dibenarkan tanpa menjejaskan visi dan misi asal.

Pendekatan ini adalah bagi memastikan budaya syarikat adalah seragam di mana-mana tetapi ianya tidaklah terlalu ketat untuk tujuan adaptasi dan kreativiti bagi perancangan strategik untuk memikat hati pelanggan tempatan.

Kesimpulannya Industri perkhimatan makanan segera yang diterajui oleh McDonald’s adalah signifikan dalam melalui perkhimatan pelangganya, kualiti, kebersihan dan nilai dan komitmennya serta mengamalkan perniagaan yang berkekalan dan ini adalah merupakan kunci utama kejayannya.

Image | This entry was posted in Kebersihan dan Nilai Untuk Penghasilan Produk McDonald’s Yang Terbaik Dan Selamat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s