ADUN Tidak Bantu OKU..Mengadu Nasib Hingga Ke Perak.


Oleh rmf

Alasan yang diberikan adalah Pusat Zakat ialah  penerima pencen sebanyak 900 ringgit. Tidakkah Pusat Zakat tahu bahawa  tahap kemiskinan dalam negara ini telah berubah kepadaRM700.00 – RM1.200 dan miskin bandar RM3.000. Bukan lagi RM350, RM500 .. kalau banyak tu mmg miskin papa kedana pun tak dapat

Pusat Zakat juga mesti megemas kini  standard  permohonan, Jangan sampai Paderi Masuk bagi bantuan..

Alasan ADUN pula  menyuruh orang OKU jumpa Dato Shakar minta pertolongan.. Sbb dia kata Dato Shakat hebat..Ini kah ADUN yang nak bela rakyat.. (rmf)

———————————————————————————-

Di Mana Adun Dan Pusat Zakat Hingga OKU Pahang Mengadu Kepada Kenalan Di Perak? http://pahangnewsdaily.blogspot.my/

Golongan Orang Berkelainan Upaya (OKU) di beri perhatian khas oleh kerajaan. Keprihatinan kerjaan kepada golongan ini sentiasa diutamakan di mana bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mereka. Pejabat Agama Negeri juga tidak ketinggalan mengeluarkan bantuan kepada golongan beragama Islam di mana OKU ditakrifkan sebagai golongan Asnaf.

Namun tidak semua golongan ini melalui pengalaman ‘manis’ menerima bantuan dari Pusat Zakat Negeri. Rintihan seorang ibu tunggal di Pahang mendapat perhatian di mana beliau telah mengadu situasinya kepada seorang kenalan di dalam media maya.

Puan Rosliza Binti Ramliberalamat 27,Jalan Saga Indah 1/6 Taman Saga, Mentakab menyampaikan luahan beliau mengenai kesukarannya mendapat bantuan dari pihak yang berkenaan. Beliau meluahkan pengalamannya berurusan dengan ADUN serta Pusat Zakat namun mendukacitakan.

Pihak yang sepatutnya membantu beliau pula seperti menutup mata permasalaahan ini. Pn Rosliza yang sudah buntu mencari sumber kewangan terpaksa menebalkan muka dan mengadu kepada kenalannya di Perak.

Kemana hilang semua ADUN yang perlu bertanggungjawap menjaga kebajikan pengundinya? Apakah mereka hanya diperlukan bila mahukan undi dan akan di pandang sepi setelah usai Pilihanraya. Pusat Zakat pula seolah mengamalkan ‘Double standard’ dalam membari bantuan kepada golongan ini.

Menurut Pn Rosliza beliau merupakan balu kepada anggota tentera dan kini tidak bekerja. Pihak berwajib perlu menyiasat perkara ini sebelum ianya menjadi isu diskriminasi terhadap golongan OKU.

Pihak Zakat Negeri Pahang juga perlu untuk meneliti bantuan yang boleh disalurkan kepada golongan Ibu Tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara diri dan keluarga.

Image | This entry was posted in ADUN Tidak Bantu OKU..Mengadu Nasib Hingga Ke Perak. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s