Tiga Syarikat Pengendali Teksi Failkan Injunksi Halang Operasi Uber, Grabcar


Oleh rmf

Dalam dunia serba moden, kecanggihan teknologi memberi kemudahan pada orang ramai tidak kira dari aspek apa sekalipun.Pernahkah anda mendengar mengenai kehadiran ‘teksi sapu’? Sejauh mana anda tahu mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka?

Teksi sapu yang boleh didapati dan ditempah melalui perkhidmatan Uber, Blackline dan GrabCar merupakan kemudahan dari segi pengangkutan yang nampaknya semakin diterima oleh masyarakat kita.

Dengan tambang berpatutan dan perkhidmatan yang dijamin baik, teksi sapu ini dikatakan telah mengganggu periuk nasi pemandu-pemandu teksi di Malaysia.

Beberapa pandangan pengguna dalam memberikan penilaian perkhidmatan dengan melakukan perbandingan  perkhidmatan yang diberikan oleh  pemandu kereta sapu ini dengan  teksi yang sah berdaftar

Berikut merupakan beberapa pandangan ringkas daripada rakyat Malaysia berkenaan Uber, GrabCar dan teksi dan mana satukah menjadi pilihan mereka.

“Dari segi perkhidmatan, tentulah Uber. Beberapa bulan lepas, saya kena pergi ke Lapangan Terbang Subang. Jadi, saya naik Uber. Sangat selesa dan kereta bersih. Dua minggu lepas pula waktu saya ke KL Sentral. Saya naik teksi menggunakan aplikasi MyTeksi. Perkhidmatan boleh tahan tetapi Uber memberi perkhidmatan lebih baik.” – Shi Min

“Bantulah pemandu teksi yang susah cari rezeki. GrabCar ini macam menganggu pemandu teksi semata-mata untuk mendapatkan duit dengancepat. Tidak adil buat mereka.” – Rubina Yunal.

“Dari aspek perkhidmatan Grab Car seperti Uber memang bagus tetapi tiada perlindungan insurans.” – Ajoy Yusof.

“Bagi pemandu teksi, lebih-lebih lagi yang persendirian kerana mereka ini sangat bekerja keras untuk mencari rezeki. GrabCar memberi saingan pada pemandu teksi sedangkan mereka perlu mempertingkatlan mutu perkhidmatan. Jika diberi pilihan, saya memilih teksi.” – Faris Jamaludin.

“Kalau dalam keadaan tengah nak cepat, saya akan pilih teksi sebab teksi ni senang nak dapat. Mungkin kalau nak pergi majlis saya akan pilih Uber.” – Mia Salleh.

Sementara kita bersimpati dengan persatuan pemilik/pemandu teksi yang berasakan kehadiran Uber menjejaskan perniagaan/pendapatan mereka, kewujudan perkhidmatan berasaskan teknologi seperti ini tidak boleh disekat selagi pengguna menyukainya.

Memang kehadiran Uber turut menerima bantahan di beberapa negara termasuk pengusaha ‘Black Cab’ di London pada awal operasinya.

Beberapa tindakan perundangan telah diambil dalam beberapa buah negara dan diantaranya:

Pendakwa raya California, Amerika Syarikat memfailkan saman ke atas Uber ekoran kes rogol oleh pemandu ‘teksi’nya di India, selain beberapa tuduhan termasuk mencederakan penumpang di San Francisco. Di Sepanyol, Mahkamah Madrid mengarahkan larangan sementara ke atas Uber yang didakwa tidak mempunyai kebenaran mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Di Thailand, Jabatan Pengangkutan Darat negara itu mengeluarkan larangan serupa dengan alasan aplikasi Uber tidak berdaftar dan tiada insurans untuk menjalankan perdagangan. Sistem pembayaran kad kredit yang digunakan Uber dikatakan tidak mematuhi peraturan.

Kita bersetuju pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Uber jika khidmatnya di negara ini melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Syarikat pengendali teksi di Suria KLCC, Big Blue Capital Sdn Bhd akan mengambil tindakan mahkamah ke atas perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan MyTeksi.

Penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tidak menjadi masalah jika Uber dan GrabCar memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.

“Kita memohon injunksi supaya kenderaan yang menggunakan aplikasi Uber, GrabCar dan MyTeksi tidak dibenarkan masuk ke kawasan operasi kita kecuali kenderaan mereka berdaftar dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak SPAD dan Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.

Selain itu, tindakan ini diambil bukan sahaja untuk menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna, tetapi juga jenama KLCC sebagai pusat pelancongan negara.

“Seperti yang saya cakap selama ini, apabila pengguna ambil teksi di luar kawasan KLCC terutamanya kawasan hadapan dan luar di sekeliling KLCC, apabila ditipu, dipukul, diugut dan sebagainya, mereka akan cakap ‘saya ambil teksi di KLCC’.

“Sebagai operator di kawasan ini, ini perkara yang saya pertikaikan kerana ia mencemarkan imej KLCC sebagai pusat pelancongan,” katanya.

Tambahnya, dalam kontrak pengurusan Big Blue Capital dengan Suria KLCC, teksi perlu memenuhi peraturan yang ditetapkan SPAD sebelum mengambil penumpang dari premis mereka.

Image | This entry was posted in Grabcar, Tiga Syarikat Pengendali Teksi Failkan Injunksi Halang Operasi Uber and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s