Tawaran Kad Diskaun ERL, RapidRail, ETS, Bas Rapid, T&G KTM Untuk Rakyat Malaysia.


Oleh rmf

Perdana Menteri, Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung UMNO telah mengumumkan beberapa langkah untuk melihat semula kadar tambang berkenaan yang boleh membantu mengurangkan beban golongan pengguna tertentu.

Misalnya bagi pengangkutan KLIA Ekspres (ERL), diskaun 30 peratus diberikan kepada pemegang kad Siswa 1Malaysia, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. Kakitangan awam yang menggunakan pas bulanan pengangkutan ERL itu juga akan diberi pengurangan tambang.

Bagi perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), diskaun sebanyak 50 peratus diberi kepada pelajar berumur 7 hingga 18 tahun dan penuntut universiti dengan menunjukkan kad pelajar. Tambang konsesi 50 peratus bagi warga emas dan OKU juga dikekalkan.

Sekurang-kurangnya keluh kesah pengguna yang dibangkitkan diberi perhatian walaupun setakat ini ia tidak melibatkan keseluruhan pengguna perkhidmatan pengangkutan rel termasuk kakitangan awam, swasta dan orang ramai yang se­ring menggunakan k­­omuter, LRT, monorel dan ERL.

Sebenarnya, sebelum ini sudah ada langkah-langkah yang diambil bagi membantu mengurangkan bebanan pengguna iaitu melalui pas bulanan dan penggunaan kad Touch ‘nGo (T&G). Contohnya bagi kadar tambang perkhidmatan komuter KTMB yang menawarkan diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran menggunakan T&G.

Bukan itu sahaja kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah banyak memikirkan jalan jalan terbaik untuk diberikan kepada rakyat untuk menikmatinya. Semua golongan mendapat nikmat dari  setiap perancangan kerajaan untuk rakyat.

Golongan pelajarjuga tidak ketinggalan menikmatinya.Golongan pelajar ini bermaksug bukan hanya pelajar dikolej atau Universiti malah tawaran diskaun ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah, menengah didalam negara ini.

Mungkin ada diantara pelajar agak keliru bagaimana  untuk mendapatkan kad pelajar yang dimaksudkan. Utuk tujuan itu, beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon kad untuk mendapatkan kadar diskaun sehingga 50%.

Diantara syarat tersebut  untuk mendapatkan kad diskaun RapidRail dan Bas,

  1. Setiap permohonan dilakukan di LRT Pasar Seni
  2. Bayaran RM10.00 dikenakan untuk proses kad
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Kad Pelajar
  5. Surat Pengesahan Sekolah/ Kolej/ Universiti.

Proses mengisi borang, bergambar akan dibuat sewaktu memohon kad pelajar. Semua proses ini akan dilakukan di LRT Pasr Seni. Setiap permohonan dijalankan  pada waktu hari bekerja. Kada akan siap dalam jangka masa seminggu dari tarikh diproses dan waktu bekerja.

Bukan itu sahaja bagi mendapatkan diskaun  untuk KTM pula, setiap proses permohonan akan dilakukan di KL Sentral dimana  dilakukan di Kaunter 8 dan 9 KTM Antarabandar Setiap pemohon hendahlah datang untuk membuat permohonan seawall mungkin, ini adalah kerana pihak KTM telah menetapkan hanya 200 kad diskaun sahaja dikeluarkan dalam sehari.

Diantara syarat syarat dan persetujuan yang telah ditetapkan bagi setiap permohoanan kad pelajar diskaun ini ialah.

  1. Yuran tahunan sebanyak RM31.80- Tawaran kad ini dibuka pada 4 Januari hingga 4 Februari 2016- dan tawaran yuran hanya diikenakan sebanyak RM15.90.
  2. Pemegang kad akan dapat menikmati kadar diskaun sebanyak 50% untuk komuter dan 40% untuk ETS.
  3. Surat Pengesahan dari pihak Universiti/ kolej boleh didapati disesawang KTMB
  4. Salinan Kad Pelajar dan juga Kad Pengenalan
  5. Kad akan diproses pada kadar segera dan akan mengambil masa selama 30 minit.

Semua ini dilakukan oleh kerajaan untuk mengimbagi beban kenaikan kos yang ditanggung oleh pelajar dan juga pengguna yang lain. Sistem kad diskaun diperkenalkan untuk memberikan kemudahan  yang terbaik dari kerajaan.

Apakah ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan beban pengguna? Berdasarkan penjelasan Najib ada faktor yang memaksa kenaikan tambang itu termasuk oleh Express Rail Link Sdn. Bhd. yang mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 (menjadikan RM55 perjalanan sehala KL Sentral ke KLIA/klia2) mulai 1 Januari 2016.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga mempunyai alasan kukuh bagi meluluskan kenaikan itu. Bukan sekadar menaikkannya selepas pihak berkenaan mengemukakan permohonan. Sudah sewajarnya sebarang kenaikan disertakan dengan fakta yang boleh meyakinkan pengguna bahawa tambang perlu dinaikkan.

Kenaikan tambang ERL terpaksa dibuat oleh SPAD melalui keputusan kabinet berdasarkan perjanjian konsesi jangka panjang yang ditandatangani antara kerajaan dan syarikat YTL pada 1997. Kenaikan itu akan berlaku setiap lima tahun tetapi tidak naik selama 14 tahun.

Jika kadar tambang tidak dinaikkan, kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM2.9 bilion. Siapakah yang akan membayar kos pampasan itu? Tentunya wang rakyat yang akan digunakan. Begitu juga dengan kenaikan tambang yang diumumkan oleh KTMB.

Banyak yang sudah dilakukan oleh KTMB dan SPAD untuk menaik taraf sistem pengangkutan rel itu termasuk membeli koc baharu dan memperbaiki landasan bagi keselesaan dan keselamatan pengguna. Koc lama perlu diganti dengan yang baharu. Semuanya ini kos.

Kejutan yang dihadapi pengguna mungkin disebabkan kenaikan terlalu mendadak sehingga faktor kenaikan itu bukan lagi tertumpu kepada isu-isu kos sebaliknya dilihat ada kaitan dengan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sekali lagi penjelasan yang benar-benar jelas telah diberikan kepada pengguna oleh SPAD bukan sekadar mengumum kenaikan atau melulus kenaikan disebabkan permohonan/permintaan pihak berkenaan.

Jika tol dan tambang ERL berkait rapat dengan perjanjian konsesi, keadaan yang sama juga berlaku di KTMB. Kos operasi yang ditanggung termasuk penyelenggaraan dan perkhid­matan kini semakin mening­kat sehingga KTMB dijangka mencatatkan kerugian RM55 juta pada tahun ini daripada jumlah kerugian terkumpul RM1 bilion.

KTMB turut menerima subsidi tambahan daripada kerajaan sebanyak lima sen setiap kilometer bagi seorang penumpang untuk menanggung kos operasi dan memastikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Dengan peningkatan kos dan pada masa yang sama usaha berterusan KTMB bagi memper­tingkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan pengguna, sudah tentu kenaikan tambang tidak dapat di­elakkan. Semakin maju sesebuah negara semakin meningkat kos.

Menyelak kembali usaha mengurangkan beban pengguna, KTMB pernah menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus melalui kad komuter 1Malaysia. Tawaran selama setahun mulai 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013 itu khusus untuk warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

KTMB juga pernah menawarkan tiket 1 Rakyat Malaysia (1RM) RM1 ke mana-mana destinasi untuk warga emas, OKU dan pelajar yang berpakaian seragam. Jelaslah, KTMB telah melakukan pelbagai usaha untuk meringankan beban pengguna (golongan tertentu)

Pengenalan kad bulanan, mingguan serta T&G juga diharap mampu mengurangkan beban pengguna. Sekali lagi pengguna perlu dididik untuk menggunakan apa sahaja promosi yang diperkenalkan untuk mengurangkan beban mereka.

Melalui kaedah itu, pengguna bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi mengelak beratur panjang untuk membeli tiket. Lebih parah lagi ketika waktu puncak dan kaunter tiket gagal memenuhi keperluan penumpang.

Kepada semua pengendali perkhidmatan rel, mereka juga diharap dapat memperkenalkan kadar tambang promosi yang dapat membantu mengurangkan beban pengguna. Giatkan usaha me­nyedarkan pengguna menggunakan kemudahan yang dapat membantu mereka menjimatkan kos!

Image | This entry was posted in T&G KTM Untuk Rakyat Malaysia. and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s