Datin Paduka Chew Mei Fun- RM900 Ribu Peruntukan Kerajaan Untuk Wanita dan Ibu Tunggal Dalam Program I-KIT Dan I-KeuNita


Oleh rmf

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan tahap sosioekonomi wanita dengan menggalakkan wanita melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan termasuk perniagaan mikro (microenterprise).

Melalui mekanisme Jabatan di peringkat negeri iaitu 13 bulan Pejabat pembangunan Wanita Negeri (PPWN) di seluruh negara, termasuk Biro Wanita Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Pelbagai program peningkatan kemahiran serta pendapatan dilaksanakan untuk wanita khususnya wanita berpendapatan rendah. Antara program-program pembangunan wanita yang dijalankan adalah program yang berkaitan dengan Peningkatan Kemahiran dan Pendapatan

Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) Program ini adalah latihan kemahiran dan keusahawanan khusus untuk golongan wanita dan ibu tunggal (I-KIT) bagi mencapai objektif seperti berikut:

  • Menyediakan latihan untuk para peserta dalam bidang kemahiran yang boleh dikomersilkan;
  • Membantu peserta meningkatkan potensi untuk berdikari secara ekonomi setelah memperoleh kemahiran, iaitu dengan menceburi bidang keusahawanan; dan
  • Membuka minda para peserta yang terdiri daripada wanita berpendapatan rendah, suri rumah dan ibu tunggal ke arah peningkatan keyakinan diri serta memberikan motivasi supaya mereka terdorong untuk memajukan diri masing-masing.

Dalam perkara yang berkaitan  kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM900 ribu dalam usaha untuk membangunkan Program Inkubator Kemahiran IbunTunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita)

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datik Paduka Chew Mei Fun menjelaskan, golongan ini akan diberi kemahiran dan latihan keusahawanan di bawah pengawasan rapi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Melalui kedua dua program yang dilancarkan ini  adalah bertujuan untuk menjana pendapatan  ibu tunggal dalam perbagi bidang yang diminati  dan juga termasuk bidang perlancongan. Dengan adanya program sedemikian, maka kebajikan dan usaha kerajaan dalam memastikan golongan ini akan terus terbela disampaing menjadikan  mereka sebagai usahawan yang berdaya saing.

Sesungguhnya melalui program seumpama ini dijalankan dan pihak kerajaan mensasarkan agar golongan ibu tunggal ini akan dapat meningkatkan potensi wanita untuk berdikari menjana ekonomi mereka setelah memperolehi pengalaman dalam kursus yang dianjurkan ini..

Datin Paduka Chew Mei Fun  berkata sehingga disember 2015, sejunlah 5,058 ibu tunggal mendapat manfaat daripada I-Kit sementara 7,719 wanita dari golongan berpendapatab rendah menerima manfaat daripada I-KeuNita..

Kerajaan dalam kepelbagaian usaha tidak pernah meminggirkan  semua rakyat dalam negara ini dan sentiasa akan memastikan akan mendapat pembelaan yang sewajarnya bagi mereka mengharungi kehidupan  masa depan dengan lebih berkeyakinan.

Image | This entry was posted in Datin Paduka Chew Mei Fun- RM900 Ribu Peruntukan Kerajaan Untuk Wanita dan Ibu Tunggal Dalam Program I-KIT Dan I-KeuNita and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s