Viral!! “Hang Buat Laporan Polis, Katakan UMNO Yang Paksa” (Bahagian 4)


Oleh rmf

Dari Bahagian tiga 

Bila saya on Tuan-tuan dan Puan-puan, saya dapati hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba menghubungi saya pada masa itu. Bila saya check balik satu-satu call tu, semua call yang memang kenallah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hari pertama sahaja, lepas saya buat laporan polis, dia cuba menghubungi saya hampir 35 kali, Lim Guan Eng ni. Tak termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Jeff Oii, Ronnie Liu, Tony Pua, daripada Pas ada, daripada PKR ada. Semua cuba nak menghubungi saya.

Dua hari saya tak berani nak ambil phone, takut. Saya takut nak ambil phone, dua hari pressure. Isu dah meletup hangat, kita stress, dua hari saya duduk diam.

Sampailah hari ketiga tu, dalam pukul 9 pagi, Lim Guan Eng memang dia call, tiap-tiap hari dia call saya.

Hari ketiga tu saya beranikan diri angkat phone, tak apa saya ambillah. Saya panggil dia boss. Memang daripada dulu saya panggil dia boss. Dan saya pun jawablah, saya kata good morning. Bila dia dengar suara saya Tuan-tuan dan Puan-puan, dia tak kata apa terus dia maki saya. Dia maki-hamun saya dalam bahasa Inggeris. Macam-macam dia kata kat saya.

Dia kata apa kat saya, “Why you go made report, you should came to us, we can talk decision before you going to the police.”

Saya kata,Boss this is regarding my religion.”
“I don’t care about your religion, party it’s more important than your religion.”

Parti lebih penting daripada agama kamu, dia kata.

“Saya nak kamu tarik balik laporan polis ni hari ini juga.” Dia bagi arahan kat saya, tarik balik laporan polis tu hari ini juga.

Saya kata, “Sorry boss, saya takkan tarik balik.”

“Razali, you don’t against me. You know isn’t my character. You know isn’t very well.”

Guan Eng ni Tuan-tuan dan Puan-puan, dia merupakan seorang pemimpin yang mempunyai dua watak yang cukup berbeza. Saya dok lama dengan dia. Di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan, itu merupakan watak lakonan sahaja. Di belakang itu adalah watak real Lim Guan Eng. Siapa yang rapat dengan dia yang biasa tengok watak sebenar Lim Guan Eng.

Beliau mempunyai satu kumpulan gangster yang cukup-cukup jahat di Pulau Pinang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk Lim Guan Eng. Saya tahu sebab saya bersengkokol dengan mereka pada masa itu. Saya bersengkokol dengan dia pada masa itu, saya tahu siapa-siapa dia ini.

Dia kata, “You don’t against me.” Saya kata, “No, saya tetap dengan pendirian saya tak tarik balik laporan polis itu. I stick which my decision, I won’t pull out this report.”

“Ok never mind Razali, if you don’t want pull out, I will make sure after this your life in Penang were be miserable.” Saya akan pastikan kehidupan kamu di Pulau Pinang akan huru-hara.

“Never mind..whatever you to do I don’t care.” Saya letak phone.

Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi Pas menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.

Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.

“Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?.”
“Abang, ini isu agama bang.”
“Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi.” Dia kata.
“Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama

Kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik.”

“Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?”
“Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu.”

Saya kata dia, “Isu agama.”
“Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?”. Sampai tahap tu dia kata kat saya.
“Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik.”

Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. “Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik.”
“Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu.”

RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja.

Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.

Tapi dia kata, “Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup.”

Saya tanya kat dia, “Apa dia?.”
“Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu.”

Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, “Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?”

“Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa.”

Pemimpin Pas, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).

Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden Pas sekarang.

Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.

So, matlamat menghalalkan cara. janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.

Saya banyak menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat. Saya tahulah pemimpin Pas masa mesyuarat tu macam mana. Saya tahu, saya dok sekali dengan depa.

Tak cukup dengan tu Tuan-tuan dan Puan-puan, arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya saya dipecat daripada Ivory Property Group. Dia kata, kalau nak dapat projek Bayan Mutiara, you pecat Razali baru saya bagi, kalau tak saya takkan bagi.

Datuk tu pun kelam-kabut call saya, “Razali you come to office now.”

Saya pun pergilah ke office. Pergi ke pejabat, dia kata arahan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka pun kata, “Saya ni kalau boleh, I don’t want to alternate you ni, kalau boleh you berhentilah dengan sendiri.”

Pihak Ivory telah sediakan satu surat perletakan jawatan saya. Suruh saya tandatangan sahaja. Saya kata, “Datuk, saya baru quit, pada 16 haribulan dipecat daripada Kerajaan Negeri. Yang ni pun kalau dipecat, saya nak makan apa?”

Dia kata, “Sorrylah, saya terpaksa pentingkan 500 pekerja daripada you. Projek ni amat penting untuk kami. Takkan disebbakan you, saya nak buang projek lebih 1 billion. Projek tu lebih penting dan saya kena pastikan 500 pekerja ni survive.”

Saya kata, “Datuk bagi sikit kat saya.” Dia kata okay. Datuk ni actually baik, dia baik. dia terpaksa. Dia pun bagi balik surat ni kat saya dan suruh balik rumah.

Saya pun balik rumah. Lepas seminggu, dia call balik. “Bila you nak hantar surat tu?” saya kata, “Datuk, saya tak akan resign.”

“Sorry, kalau you takkan resign, kami akan pecat you.”

Selepas itulah pihak Ivory menghantar beberapa surat kat saya suruh saya bayar ganti rugi, yang tu la yang ni la. Lepas tu dia hantar surat kata saya tak datang kerja. Akhirnya saya dipecat daripada Ivory Property.

(bersambung di post seterusnya)

Image | This entry was posted in Katakan UMNO Yang Paksa” (Bahagian 4), Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s