Viral!! “Saya Tidak Peduli Agama Kamu, DAP Lebih Penting” (Bahagian 3)


Oleh rmf

Sambungan dari bahagian dua

Saya rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB yang jemput.

Saya rasa malam tu tak puas hati lah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa negara asing.

Rasa satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.

Majlis pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung.

Dia mempertikaikan, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas, terorist religion. Dia mempertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan.

Benda yang sama dia kata dulu masa kempen di Sarawak, bagi saya okay. Tapi malam tu saya rasa macam marah, geram. Saya duduk di meja yang keempat, pasal tak puas hati tapi saya diam. Saya mendiamkan diri. Datang pula seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson daripada Seri Aman, Ketua Paderi Seri Aman.

Ucapan dia Tuan-tuan dan Puan-puan, dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Muhammad, dia kata. Nabi Muhammad dia kata, tidak layak dipanggil Nabi. Sebab itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka juga bersama-sama kami untuk masuk ke syurga. Masuk ke syurga dia kata.

Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga.

Lepas itu datang pula Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata, mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Dan pada masa itulah YB Jeff telah bangun dan beri satu kenyataan.

Dia kata apa, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.

Paderi yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange, beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan (tunjuk gambar).

Lepas tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak telah berjaya.

Lepas ini mereka akan fokus di Semenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian.

Dan selepas itulah, tiga puluh lima (35) paderi dipanggil, dia panggil satu-satu nama datang ke depan buat satu bulatan. Inilah cara mereka ingin berikrar, bersumpah dan berdoa, tiga dalam satu.

Saya merakam segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu. Saya merakam. Rasa tak puas hati. Nak keluar tak boleh, pintu tutup dah. Saya merakam segala-galanya.
Dia panggil satu tu nama datang ke depan buat, mereka ingin berdoa. Mulanya doa mereka okay, keamananlah, kesejahteraanlah, it’s ok bagi saya, you doa macam biasa. Tetapi ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, “we must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next Prime Minister is a Christian”.

(Tayangan gambar) Gambar ini Tuan-tuan lebih jelas, siapa yang terlibat, tengoklah kedudukan Ahli Parlimen Jelutong. Semasa beliau memberi kenyataan akhbar, beliau kata, semasa kejadian ini beliau sedang makan dan bermain ipad.

Tapi Tuan-tuan boleh lihat di manakah kedudukan pemimpin-pemimpin DAP pada masa itu.

Saya dok rakam Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya terkejut, saya rasa macam saya ni terjaga daripada mimpi, saya rasa macam saya kena satu penampar. Terjaga, takkan disebabkan politik, sebabkan saya ni nak jadi calon PRU ke 13, disebabkan duit, takkan aku nak jual agama kot? Timbul satu kesedaran pada masa itu. sebelum itu memang saya tak sedar langsunglah. Tak sedar, everthing block. Everthing saya block, saya tak boleh terima.

Tapi pada malam itu, timbul satu kesedaran, rasa tak puas hati, nak keluar tak boleh pintu tutup. Saya tunggu sampai pukul 10.35 malam pintu dibuka, saya keluar terus pergi ke tempat letak kereta saya. Masuk dalam kereta, saya duduk diam. Saya duduk hampir setengah jam dalam kereta, saya duduk sorang-sorang.

Saya memikirkan kejadian yang baru berlaku dengan kezaliman yang saya buat selama ini semasa saya berada dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. Takkan disebabkan nak jadi calon, dibayar gaji tinggi, aku nak jual agama?

Itulah kali pertama dalam hidup saya Tuan-tuan dan Puan-puan, saya menangis untuk agama Islam. Kali pertama, sebelum ni tak ada, jahil. Kali pertama saya menangis, menyesal. Hampir setengah jam saya dok sorang.

Selepas itu saya kembalilah ke rumah saya. Dua hari kehidupan saya ni tak menentu, rasa tak puashati. Dua hari juga saya tak pi ke pejabat. Pejabat saya tingkat 28, pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isteri saya pun tanya saya, “What happen to you? Pasai apa you nampak semacam je?”. Saya habaq kat dia, saya ni kurang sihat. Sebab isteri saya dia memang tak tahu apa pergerakan saya. Sebab saya ni ambil sumpah cara orang Yahudi. Saya habaq, saya ambil sumpah cara orang Yahudi. Satu perenggan sumpah dia kata apa, “Don’t trust anybody even those she is your wife.” Jangan percaya sesiapa pun, walaupun dia isteri kamu sendiri. Sampai tahap tu saya ikut.

Isteri saya cuma tau, saya pergi mesyuarat, balik mesyuarat. Pi luar negara, balik luar negara. Saya kata dia, “You don’t ask me what I doing. Apa yang you nak, you minta I bagi. Tapi you jangan tanya apa yang saya buat.” Sampai tahap tu saya buat kat dia.

Dua hari memang saya pressure habis. 5 hari bulan berlaku (5 Mei 2011), tiba-tiba 7 hari bulan (7 Mei 2011), keluar dalam Utusan Malaysia, “Kristian Agama Kristian Rasmi?.” Saya masa tu dok dalam market nak beli makanan, terpampang Utusan. Saya pun belilah paper Utusan tu. Beli, saya baca.

Itulah kali pertama saya beli paper Utusan. Selama ni saya tak pernah beli, saya cuma baca Harakah, Keadilan dengan Roket. Tiga ni saja, lain semua saya tolak.

Saya baca apa yang ditulis oleh wartawan tersebut. Benda ni baru dua hari lalu berlaku, macam mana puak ni boleh tau. Rasa hairanlah. Tak apalah, saya ambil paper ni buat balik rumah. Saya tunjuk kat isteri saya, saya tunjuk kat dia, suruh dia baca. Dia pun bacalah. Dia pula tanya saya, “Betulkah benda ni berlaku?”. Saya kata yes, benda ni memang berlaku.

Dia tanya pula, “Macam mana you tahu benda ni berlaku?”. Saya kata, saya hadir dalam majlis tu. Dia tanya lagi, “Sejak bila you pi majlis Kristian ni?”. Dia tanya kat saya.

Dan selepas itulah, saya menceritakan segala-galanya apa yang saya buat semasa saya berada dalam DAP. Saya dedahkan audio, video, dokumen yang ada kat saya. Saya tunjuk kat dia yang orang Melayu memang tak tahu langsung yang kami dok buat.

Saya mendedahkan segala-galanya. Dia menangis Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia tak dapat nak terima yang suami dia ni buat perkara ni.

Tahu dia kata apa kat saya, “Tak sangka aku hidup selama ini dengan seorang pengkhianat!”. Isteri saya kata kat saya, “You ni di depan terlalu elok, tapi di belakang you adalah syaitan nombor satu.” Dia kata kat saya, dia tak dapat terima saya buat kerja ni.

Tuan-tuan tahu tak, pada satu ketika tu, cara percakapan dia ni, kalau boleh dia tak mahu hidup dah dengan saya. Dia tak boleh terima saya buat benda ni. Saya minta maaf. Saya mengaku kesilapan saya, memang saya tahu saya silap semasa saya berada dalam DAP, memang saya silap.

Memang saya tahu, saya buat benda ni. Disebabkan apa? Duit, nak jadi calon, disebabkan harta. Tiga sebab nilah, tahu dia kata apa, “Kalau you sanggup menikam bangsa dan agama you dengan tiga benda ni, saya tak hairan satu hari you boleh jual saya juga disebabkan politik.” Sampai tahap tu dia kata kat saya.

Saya minta maaf kat dia. Saya mengaku kesilapan saya. Saya konfran dengan dia hampir empat jam. Sampai akhir tu, saya merayu kat isteri saya ni agar saya diberi satu peluang untuk hidup bersama. Sampai tahap tu saya pi.

Dia kata, “Kalau saya bagi satu lagi peluang, apa yang you nak buat? Adakah you sanggup mendedahkan benda ni kat orang Melayu? Orang Melayu tak tahu perancangan DAP ni, adakah you sanggup dedah? Adakah you sanggup buat laporan polis tentang isu Kristian ni? Semua pihak menafikan benda ni tak akan berlaku. Tapi bukti ada di tangan you. Adakah you sanggup?.”

Saya kata yes, saya sanggup buat. “Betul ke you sanggup? Kalau you buat, sekelip mata you akan hilang apa yang you ada”.

Saya kata, saya lebih rela hilang harta ke, wang ke daripada saya hilang agama selepas ini. Saya kata kat dia, saya menyesal dengan apa yang saya buat.

Dia kata, “You tak guna pi minta maaf kat saya. You kena minta maaf kat setiap orang Islam kat Malaysia ni sebab kesilapan yang you buat ni terlalu besar. Dosa yang you buat ni terlalu besar.”

Saya kata, yes saya sanggup. “Okay tak apa, saya nak tengok.” Dia kata dia nak tengok.

Selepas itulah 13 Mei, saya pergi membuat laporan polis. Dan di pagi hari tu, sebelum saya nak pergi buat laporan polis, masa itulah saya terharu dengan isteri saya ni, walaupun dia tak puas hati dengan saya tapi dialah berada di belakang saya memberi semangat. Menjadi tulang belakang saya membuat laporan polis.
Masa tu baru saya sedar kelebihan seorang isteri, seorang wanita tu macam mana. Sebelum ni saya tak pandang pun, duduk tepi cukuplah. Sampai tahap tu.

Dia pi ikut saya buat laporan polis. Terharu…saya cukup terharu. Disebabkan dialah saya boleh berada di depan Tuan-tuan dan Puan-puan sekarang ini.

So, di sini saya nak tunjuk rakaman yang keluar dalam TV3 pada hari tersebut. (Tayangan rakaman)
Soal siasat hampir lima jam pada hari tu, hari pertama oleh pegawai penyiasat. Dan lima kali jugalah saya dipanggil oleh pihak polis untuk beri keterangan tambahan.

Jadi, selepas saya buat laporan polis ni, saya pun nak baliklah ke rumah. Saya on balik handphone saya ni, masa buat laporan saya off.

Image | This entry was posted in Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 2) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s