Kualiti Makanan Cepat Saji- Sudah Pastinya McDonald’s


Oleh rmf

Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan

Kementerian Kesihatan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus berusaha untuk memastikan keselamatan makanan sepertimana mandatnya sebagai competent authority berkaitan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan.

Berdasarkan kuasa di bawah Akta Makanan 1983 di mana tanggungjawab melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan dan penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya terletak di bahu Kementerian Kesihatan.

McDonald’s sebagai satu industri makanan  cepat saji,yang  menghasilkan produk makanan cepat saji bukanlah satu-satunya jaminan untuk terus kekal di dalam industri yang diceburi jika mengabaikan keselamatan makanan dan kualiti makanan

Dalam hal yang sedemikian McDonald’s sebvagai pemain dalam  industri makanan  telah menetapkan matlamat memastikan hanya produk makanan yang diyakini bersih, selamat dan berkualiti sahaja dipasarkan.

Bidang kawalan dan keselamatan makanan serta memastikan kualiti  makanan yang dihasilkan oleh McDonald’s di Malaysia telah mengalami perubahan yang besar demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia khususnya dalam memastikan pengguna mendapat akses makanan yang terbaik,selamat dan bersih.

Produk makanan yang dihasilkan oleh McDonald’s perlulah mematuhi perundangan makanan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia agar ia dapat memberi jaminan kepada pengguna. Sehubungan itu, tanpa ragu ragu telah mematuhi semua syarat wajib yang ditentukan oleh perundangan di Malaysia dalam  industri makanan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dalam hal ini, McDonald’s telah mengambil beberapa langkah yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan terus  memastikan beberapa perkara yang melibatkan penghasilan makanan yang berkualiti dan selamat selain daripada hasil daging yang segar dari ladang.

Berberapa perkara asas yang diambil kira oleh McDonals’s tanpa kompromi dan mesti dilakukan mnegikut prosedur yang telah ditetapkan ialah berkaitan dengan kebersihan . Perkara tersebut ialah:-

  1. Pengeluar Bahan makanan
  2. Katering makanan
  3. Premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidang
  4. Kenderaan yang yang digunakan untuk makanan mentah dan  siap

Dalam memastikan produk makanan McDonald’s  melepasi syarat ketat dan juga syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan keselamatan Makanan, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal dan mematuhi segala  syarat penghasilan bekalan yang bermutu dari pengeluar yang dijamin tahap penghasilannya.

Pemantuan penghasilan bahan mentah dan pengeluar dilakukan sepanjang masa. Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Untuk bekalan daging dan sebagainya yang dihantar masuk dari luar negara , McDonald’s  telah menetapkan pembekal luar negara yang telah diiktiraf oleh McDonald’s  akan melalui  proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara dan juga dalam negara termasuk Jabatan Veateriner, Kementerian kesihatan dan juga Jabatan Agama Islam Malaysia..

Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan oleh McDonald’s  di Malaysia memenuhi syarat-syarat untuk menghasilkan bekalan makanan kepada McDonald’s.

Kerjasama dengan pembekal bagi memastikan bahan yang digunakan dalam menu McDonald’s menepati piawaian ketat keselamatan makanan.  Bagi memastikan tahap standard kesihatan yang tinggi, pekerja kami diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran McDonald’s.

Sehubungan itu McDonald’s juga telah melatih pihak pengurusan restoran cepat saji dan kakitangannya untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan langkah mengekalkan kualiti dipatuhi.

Setiap pekerja dan kakitangan juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dipatuhi.

Bukan itu sahaja melakukan sebarang tingkah laku seperti merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan.

Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelbagai program Jaminan Keselamatan Makanan seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Melalui pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan tersebut ianya dapat membantu menyediakan industri makanan untuk menembusi pasaran makanan global sebagaimana yang telah dilakukan oleh McDonald’s sekarang  disamping seterusnya melonjakkan ekonomi negara dalam sektor industri makanan.

Pertambahan industri makanan cepat saji di pasaran dan perkembangan teknologi dalam industri makanan telah mewujudkan persekitaran yang kompleks telah mengwujudkan satu persaingan nilai , mutu dan kualiti yang dihasilkan untuk pengemar makanan cepat saji.

Menyedari  hakikat ini McDonald’s tanpa rasa  ragu ragu dan penuh yakin dan sentiasa mematuhi Akta keselamatan Makanan dan patuh syariah  dalam semua  perkara dari mula proses penghasilan makanan agar ianya terjamin berkualiti dan bermutu untuk pengemar makanan cepat saji McDonald’s

Pematuhan sendiri juga ditekankan oleh McDonald’s dan pemilik Francais makanan bagi memastikan bahan mentah yang digunakan bebas dari unsur-unsur yang boleh memudaratkan pengguna. Kawalan semasa proses juga adalah penting bagi menyingkirkan keseluruhan bahaya.

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab McDonal’s secara meyeluruh dan semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri makanan untuk meningkatkan kawalan bagi mengurangkan risiko pencemaran dan bahaya di dalam makanan.

Kini, McDonald’s adalah diantara restoran cepat saji yang diiktiraf kebersihannya oleh Kementerian Kesihatan dan  Syariah dan telah pun diakui mencapai standard global dimana  McDonal’s Malaysia telah memenangi  beberapa anugerah pada tahun 2011, 2013 dan juga 2015.

Justeri itu, McDonald’s adalah sebuah restoran yang terbaik dalam industry penyediaan makana cepat saji  dan kebersihan produk yang dihasilkan telah menepati syarat perundangan dalam negara ini serta mendapat pengiktifan sewajarnya.

Image | This entry was posted in Kualiti Makanan Cepat Saji- Sudah Pastinya McDonald’s and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s