Datuk Seri Dr Wee Ka Siong -Timba Ilmu Keusahawanan Demi Menyambung Legasi Sedia Ada


Oleh rmf

Kejayaan untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, amat bergantung kepada usaha kita menjayakan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang bertujuan mentranformasikan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam menjayakan model ini, keusahawanan yang menjadi salah satu daripada terasnya perlu dijaya dan digerakkan agar ekonomi negara sentiasa dinamik sekaligus memperkukuhkan produktiviti negara.

Seperti yang kita sedia maklum, keusahawanan bermula dengan wujudnya usahawan yang berpotensi, iaitu seseorang individu yang bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya.

Dalam proses melahirkan seorang usahawan,  sememangnya diakui bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Cabaran ini menjadi semakin hebat dengan keadaan ekonomi global yang tidak stabil pada ketika ini.

Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif untuk melahirkan usahawan semata-mata tetapi perlu juga memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk membentuk usahawan yang berkualiti dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi

Diatas kesedaran ini satu seminar Usahawan Muda telah diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor. Seramai 200 orang anak muda telah menyertai seminar ini untuk mendalami ilmu keushawanan dan juga input yang berguna untuk digunakan

Tujuan yang sama juga adalah  untuk membentuk  usahawan yang mana akan mewarisi perniagaan yang sedia ada yang telah terbina dari hasil usaha keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberikan penjelasan bahawa “Golongan muda sekarang tidak menghadapi banyak kesusahan seperti nenek moyang mereka ketika memulakan perniagaan, maka tahap menghargai dan menilai tidak sama seperti ayah mereka

Tanpa ilmu keusahawanan, keperitan untuk melangkah lebih jauh adalah amat sukar, ini akan menyebabkan perniagaan yang diwarisi oleh keluarga terhadulu akan mengalami kepincangan. Justeru itu kursus ini telah mendedahkan kepada para peserta betapa pentingnya ilmu keusahawan tersebut diperolehi.

Seminar keushawanan ini telah dianjurkan oleh Secretariat Of The Advancement Of The Malaysian Entreprenurs (SAME) dan Majalah Perniagaan Shang Hai merupakan satu inisiatif untuk membentuk usahawan muda sebagai pemangkin  kepada gerakan ekonomi akan datang.

Justeru itu, adalah amat relevan golongan muda ini terdedah dengan Program Pewaris ketika Seminar Usahawan Muda..syarikat juga perlu mengkaderkan pekerja dan keturunan mereka lebih awal supaya anak muda ini bersedia menghadapi cabaran lebih besar dalam dunia mewarisi perniagaan keluarga…

Datuk Wee menyatakan betapa SAME dan Shang Hai amat berminat menubuhkan kelab yang akan turut serta oleh mereka yang mengasaskan perniagaan sebagai platform untuk mereka yang muda dan baru belajar dunia perniagaan menuntut dengan yang lebih berpengalaman…

Datuk Wee turut mencadang untuk mengadakan plan “internship” dimana mereka boleh bersua, berbincang dan bertukar pengalaman bersama rakan yang turut menjadi pewaris perniagaan keluarga…

Image | This entry was posted in Datuk Seri Dr Wee Ka Siong -Timba Ilmu Keusahawanan Demi Menyambung Legasi Sedia Ada and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s