FGV Rancang Masa Depan Yang Lebih Dinamik Dalam CPO (Crude Palm Oil)


Oleh  rmf

Perancangan adalah proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Aktiviti yang berorientasikan masa depan, iaitu apa yang hendak diperolehi pada masa hadapan dengan mula melaksanakan programnya sekarang.

Perancangan Jangka Panjang (Strategik) Dilakukan oleh pengurusan atasan. Merupakan perancangan menyeluruh bagi mencapai  matlamat organisasi. Ia melibatkan proses pembuatan keputusan berkaitan matlamat jangka panjang organisasi. Tempoh masa melebihi tiga tahun Perancangan ini melibatkan risiko yang tinggi kerana melibatkan perancangan keseluruhan.

FGV melihat melalui perancangan , pengurusan  menentukan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi. Perancangan yang dibentuk membantu pengurus menentukan matlamat kumpulan kerja dan membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat organisasi.

Dalam hal ini pengagihan dan mengguna sumber-sumber dengan lebih efektif dan efisien. Bertitik tolak dari perkara ini  anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa mereka sudah bersedia menghadapi tahun baharu 2016.

Ia dapat dibuktikan dengan perancangan-perancangan awal yang dilaksanakan sejak tahun 2015 lagi. Segala perancangan yang dibuat FGV antara lain bertujuan menghadapi cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu.

Kelembaban dan kemerosotan ekonomi yang berlaku pada tahun 2015 telah meninggalkan banyak kesan kesan yang negative pada kebanyakan syarikat –syarikat yang beroperasi didalam mahu pun diluar negara. Kesan ini juga dirasai oleh FGV yang mana menjalankan urusniaga dalam komodi.

Para penganalisis saham bagaimanapun menjangkakan FGV bakal peroleh keuntungan pada angka sekitar RM178.9 juta bagi tempoh berakhir tahun 2015. Bagi FGV, mereka menghadapi kesukaran tersebut dengan tenang apabila mengambil langkah meminimakan kecenderungan kerugian sebaik mungkin.

Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, pihaknya berhasrat memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti tambah nilai dalam perniagaan hiliran (downstream) – terasing daripada harga komoditi. Ia termasuklah mentransformasikan barangan terpakai dari bahan ‘methane’ kepada ‘resins’.

Jelas Mohd Emir, industri komoditi adalah sektor pusingan dan ulangan sekaligus menjadikan FGV kekal teguh serta berupaya mempelbagaikan asas pendapatannya.Dalam perkembangan sama, FGV meramalkan harga CPO (Crude Palm Oil) akan didagangkan dengan tinggi pada tahun 2016 ini berikutan peningkatan permintaan diperingkat global.

Selain daripada itu, FGV juga bersemangat menyusuri tahun-tahun kehadapan bersama rancangan transformasi 5 tahun bagi sasaran meraih keuntungan sehingga RM100 bilion menjelang tahun 2020.

Disamping  meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran, FGV juga akan melakukan penggabungan dan pengambilalihan sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan kumpulan itu pada masa akan datang.

Pelaksanaan Pelan Transformasi ini merupakan kunci utama menentukan kejayaan FGV dalam masa lima tahun akan datang, dan ia merupakan satu perjalanan yang cukup panjang dan mencabar.

Image | This entry was posted in FGV Rancang Masa Depan Yang Lebih Dinamik Dalam CPO (Crude Palm Oil) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s