DAP Bukan Rasis?Mampukah DAP Mengembalikan Semula Kampung Dan Warung Orang Melayu Yang Di Zalimi 


Oleh rmf

Manipulasi sentimen agama yang didalangi propaganda UMNO BN terhadap DAP antara punca parti pembangkang itu dipandang serong dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam termasuk fitnah isu Israel.- Roketkini

Saya ingin menjawab  diantara dakwaan yang dibuat oleh pendakwah bebas Ean Ji Wan Husein yang mengatakan bahawa setiap apa yang diperkatakan mengenai DAP adalah fitnah dan hasutan terhadap sikap mereka anti Islam dan mengamalkan perkauman.

Secara dasarnya saya melebelkan pendakwah bebas ini adalah saorang yang hanya melihat pada sudut kulit  ideolgi yang tersurat yang dibentangkan oleh DAP semata mata,

Beliau tidak sama sekali mengimbau kejadian yang telah berlaku dimana pemerintahan DAP dalam mentadbir pemerintahannya telah melakukan kezaliman dan penindasan terhadap kaum lain untuk mengekalkan kuasa.

Cuba saudara buka mata dan minda apa yang telah berlaku di Pulau Pinang yang mana pengusiran terhadap kaum lain dilakukan secara terangan dan terancang, Setakat ini melalui kejadian yang telah berlaku sebanyak 26 buah kampung telah dihapuskan oleh DAP di Pulau Pinang.

Persoalan saya amat mudah kepada saudara, adakah ini bentuk kasih saying atau kezaliman dengan membiarkan rakyat hilang tempat berlindung serta segala sumber pendapatan melalui perniagaan kecilan yang dirobohkan itu satu kebaiakn yang dituntut dalam Islam?

Persoalan kedua yang paling mudah untuk saudara, Jika peniaga Melayu dan India muslin atau mamak diarah tutup atas alasan melanggar undang undang dalam negeri tersebut, Apakah peniaga keturunan cina yang tiada mempunyai lesen boleh berniaga sehingga menganggu lalu lintas itu tidak melanggar undang undang.

Bukan kah ini sikap perkauman yang nyata dan patut ditentang? Saudara jangan kerana upah berceramah , saudara terus menidakkan kebenaran yang berlaku dihadapan mata. Adakah dengan menutup kebenaran kejadian dan melihat penderitaan rakyat yang ditindas di Pulau Pinang dan Selangor itu satu kebaikan?

DAP adalah sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam. Cuba dimbas lagi isu DUMC, Isu Azan, Isu pengharaman tulisan jawi di papan tanda, isu bahasa Melayu dipapan tanda, Isu bahasa melayu dicadangkan menjadi bahasa kedua dalam urusan pekerjaan dan menobatkan bahasa Mandarin sebagai perantaraan.

Justeru, isu yang DAP bawa walaupun dalam wajah yang baik dan bermuka muka terus memanipulasikan semua tindakan mereka agar dilihat  DAP adalah sebuah parti yang membela rakyat , tetapi pada hakikat yang sebenarnya inilah parti yang memanipulasikan apa yang dibuat oleh orang Islam iaitu agama Islam dalam kepelbagaian cara.

Ini kerana, budaya perjuangan DAP ini  bukan berasaskan kepada rasional tetapi berasaskan sentiment. Jika benar DAP adalah sebuah parti yang baik menurut kata saudara, tidakkah saudara membuka mata seluas luasnya sokongan  mereka terhadap kumpulan G25 yang mana secara terangan menuntut agar larangan larangan dalam agama Islam “dihalalkan”.

Saudara telah terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh DAP . DAP menyumbang beberapa sumbangan yang disalurkan kepada Pusat Tahfiz dan beberapa pusat agama Islam dan termasuk kepada warga emas. Betul, mereka menyumbang.

Tetapi apakah dengan sekali sumbangan ini terus saudara meletakkan DAP sebagai sebuah parti yang cukup baik sedangkan pada hakikatnya DAP yang berfahaman sosilais ini adalah sebahagian daripada fahaman komunisme yang mana kuasa dan penguasaan dalam semua bidang itu adalah hak mereka.

Masyarakat Melayu luar bandar dan Bandar terpengaruh dengan propaganda dan manipulasi yang dimainkan oleh DAP dan menuding jari kesalahan mereka terhadap UMNO.Sedangkan pada masa yang sama mereka melakukan sikap rasis mereka kezaliman mereka dalam apa juga bentuk secara terancang dan senyap.

Bersetuju betapa kempen memburuk-burukkan UMNO telah  gagal di kawasan yang diwakili parti itu kerana pengundinya mendapat maklumat sebenar yang terpancar melalui kesungguhan pemimpin parti itu membela rakyat sekaligus sukar dipengaruhi propaganda DAP dengan menaikkan isu isu yang berulang kali dan lapok.

Kerjasama PAS-UMNO pula kebelakangan ini,, antara faktor yang menambah dorongan orang Melayu luar bandar terutama ahli dan penyokong PAS, untuk semakin menolak DAP.

Saudara saorang pendakwah, adakah perpaduan  diantara sesame muslim itu satu kesalahan yang berat didalam Islam atau sesuatu yang wajib diusahan demi memertabatkan Islam  serta ukhwah disampaing mengukuhkan kekuatan Jemaah.

Jika ianya satu perkara yang wajib dilakukan, adalah tidak wajar bagi kita mempertikaiannya dan sebaliknya kita mesti mengusahakan agar ianya terlaksana.

“Bermusuh Dengan DAP” dua perkataan yang dimanipulasikan oleh DAP sendiri  untuk menolak dan mempengaruhi rakyat dalam memgagalkan usaha perpaduan yang diusahakan.

Apabila DAP menggunakan perkataan ‘bermusuh dengan DAP’,ia memberi implikasi besar pada sudut pandangan pengundi Melayu atas pagar, kesan simpati dan menutup kesalahan  yang dilakukan ditutup secara total. Tindakan sikap DAP anti-Islam dan anti-Melayu akan lenyap dengan perkataan “Bermusuh”-

Secara tidak langsung  perkataan “Bermusuh” itu merujuk kepada sikap tidak baik kepada UMNO dan juga orang Melayu yang telah lama mengenali sikap DAP yang sebenarnya.

Untuk pengetahuan saudara Wan Ji, isu bersekongkol dengan Israel bukan perkara baru, seharusnya saudara menggunakan fakta kejadian dan fakta fakat  pengakuan sebagai landasan sebelum mengeluarkan  kenyataan.

Mohamed Razali Abdul Rahman

Saudara akan dilihat tidak  memahami isu  jika terus mengeluarkan kenyataan tanpa melihat bentuk pengakuan dan kejadian yang mengaitkan DAP dengan Israel. Kenyatan ini telah dikeluarkan oleh saorang bekas pegawai yang paling rapat dalam DAP yang mana telah sedar dan mengakui terdapatnya hubungan dan sumbangan yang telah diterima oleh DAP melalui Israel.

Setakad ini belum ada lagi penafian yang dilakukan oleh DAP mengenai isu ini, malahan hanya ugutan saman sahaja yang telah dikeluarkan oleh Lim Kit Siang tanpa membuat penafian. Apakah ini satu petanda bahawa pertuduhan yang telah dibuat oleh bekas anggota mereka itu satu pembohongan?

DAP terus dipandang serong, buakn kerana nama partinya DAP, DAP akan terus dilabelkan sebagai sebuah parti yang amat rasis dan perkauman dengan berdasarkan tindaka mereka terhadap bangsa lain yang sangat kejam dan zalim. Lihat fakta kejadian.

Sokongan terhadap DAP akan bertambah dan kepercayaan terhadap pati itu akan disanjung, jika DAP MAMPU MENGEMBALIKAN SEMULA 26 BUAH KAMPUNG DAN WARUNG KEPUNYAAN MELAYU YANG DIZALIMI DAN DITINDAS.

Saudara Wan Ji sampaikan kepada kepimpianan DAP bahawa  dengan mengembalikan semula 26 buah kampung yang dizalimi itu dan mengambil tindakan terhadap semua peniaga  cina yang dilindungi oleh mereka dilayan saksama mengikut undang undang. Boleh?

Image | This entry was posted in DAP Bukan Rasis?Mampukah DAP Mengembalikan Semula Kampung Dan Warung Orang Melayu Yang Di Zalimi  and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to DAP Bukan Rasis?Mampukah DAP Mengembalikan Semula Kampung Dan Warung Orang Melayu Yang Di Zalimi 

  1. Rahman Abbas says:

    100% and correctly said. bravo DAP haramjadah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s