G25 Adalah Bayangan IFC kearah Pluralime Di Malaysia


Oleh rmf

3027_215699778767095_2109347343468614896_n

Setelah berbagai serangan dilakukan terhadap kepimpinan UMNO dan juga Barisan Nasional,  semuanya telah menemui jalan buntu – Pembangkang telah kehabisan idea untuk menyerang –

Kini mereka beralih kepada isu yang paling sensitive  bagi umat Melayu Islam iaitu serangan dalam isu agama dilakukan.

Dengan menggunakan beberapa pendekatan termasuk NGO , pembangkang dengan rasa tidak bertanggungjawab dan sensitive pada penganut agama Islam terus membuat isu yang bercanggah dengan pegangan agama.

Bermula dengan kenyataan Nurul Izzah satu ketika dahulu yang mengatakan bahawa  setiap orang islam seharusnya diberikan hak untuk memilih  agama adalah merupakan satu kenyataan yang menjurus kepada kesamarataan beragama.

Pembangkang  beranggapan bahawa Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama. (Artikel 18).

Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

Disusuli pula dengan penolakan hudud  oleh PAN anak kesayangan DAP secara jelas dan nyata. Sekarang kita sedang berhadapan dengan G25 yang mana menggunakan saorang Melayu untuk membangkitkan isu halangan halangan dalam agama yang seharusnya dileraikan dari kekangan anutan.

Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang.

Kenyatan tersebut jika kita lihat pada ayat yang terakhir  “sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang”  merupakan bahawa keputusan sebenarnya ialah diputuskan oleh  DAP. Secara terang bahawa PAN tidak mampu membuat keputusan sendiri dalam apa juga termasuk yang melibatkan kepentingan agama.

Perjuangan G25 yang disokong oleh DAP dan PAN  tak jauh beza dengan perjuangan puak LGBT , perjuangan yang  benar benar merosakkan akidah,menghalalkan apa saja dengan atas nama “human right” dan “freedom of speech”

Seharusnya sebagai umat Islam Melayu Islam yang berada dalam negara ini  faham maksud yang ingin disampaikan oleh G25. Dari sini telah saya katakana tidak lama dahulu kenapa kita perlu menolak DAP,PAN dan PKR.. Umno dan PAS dalam usaha bekerjasama ,dua parti melayu Islam terbesar dinegara ini tidak akan membiarkan sama sekali ekstrim liberal berleluasa dinegara ini.

Sokongan 48 badan bukan kerajaan (NGO) kumpulan sivil terhadap Datuk Noor Farida Ariffin membuktikan gerak kerja jurucakap kumpulan G25 itu ditaja DAP. Tindakan ini  sama juga dengan Modus Operandi yang dilakukan oleh  IFC yang mana menuntut  kesamarataan dalam agama .

Apakah umat Melayu Islam masih lagi tidak nampak agenda mereka yang sebenarnya. Masih butakan mata untuk menegakkan apa yang  sepatutnya. Jika ianya sudah melibatkan agama Islam apakah masih terbuka hati untuk menyokong PAN dan DAP.

Musuh tidak kenal penat. Dalam kita menghadapi pelbagai serangan musuh, kita perlu mengkaji gerak kerja musuh ini. Kita perlu ingat dan sentiasa ingat bahawa usaha yang dilakukan melalui IFC itu tidak pernah padam (baca: Mengingat Kembali Ancaman IFC).

Sebagaimana yang dituntut oleh G25 terhadap agama Islam, didalam IFC juga terdapat kehendak yang mana mahu melihat dan berpandangan bahawa manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas, mereka beranggapan bahawa bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

Persamaan ini dilihat adalah berdasarkan kehendak liberalism dan pluralism yang mana menuntut agar kebebasan  memilih apa yang difikirkan  baik tanpa ada sekatan  yang menjadi kekangan dalam prinsip beragama.

Ummat Islam Malaysia terutama orang Melayu  harus bangun dan sedar ancaman dan bahaya yang bakal ditimpa keatas Melayu Islam dalam negara ini dengan fahaman yang dibawa oleh Pakatan Harapan yang menjurus kepad kehancuran agama Islam dan  menjadikan Islam tu tiada berdalulat dalam negara ini.

Jika kita dapat membezakan diantara politik dengan kepentingan agama, sudah pastinya kita menolak agen yang berpaksikan pluralism dan juga liberalism  yang sedang dibawa kedalam negara kita. Penolakan  sokongan rakyat kepada pakatan adalah satu tindakan yang cukup bijak untuk mengelakkan kemurkaan Allah terhadap umat Islam di Malaysia,

Berselidung dengan hak hak kemanusiaan atau hak asasi  pembangkang menggunakan semua saluran antarabangsa untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha yang selari dengan kehendak kafir yahudi di barat.

Sudah pastinya tekanan antarabangsa akan berlaku terhadap pemerintah  negara ini. Perkataan diskriminasi akan digunakan  sebagai alasan  dan melanggar hak hak asasi sesaorang individu . Pengaruh ahak asasi ini sekali gus akan membawa kepada kerosakan aqidah Umat Islam dalam negara ini.

Justeru itu. Akal yang bijak akan menghasilkan keputusan yang baik., menolak pakatan pembangkang dalam negara ini adalah satu tindakan atau usaha untuk memelihara Islam  bukan kerana politik tetapi kerana tuntutan Allah untuk kita memastikan Islam tu berada dipersada yang tertinggi.

Image | This entry was posted in G25 Adalah Bayangan IFC kearah Pluralime Di Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s