Datuk Seri Liow Tiong Lai – Pencemaran Kronik, Pengangkutan Bauksit Dhentikan Sementara


Oleh rmf

unnamed (2)

Pencemaran udara dan alam sekitar dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara.

Pencemaran udara dan  juga alam sekitar memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran.

Jika udara mengandungi bahan pencemar, Perkara ini sedang berlaku pada tahap yang serius di kawasan penempatan dan lalauan perlombongan bauksit di Pahang.

Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian berlaku?

Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah, kita dapat melihat kedegilan sebilangan dari individu yang rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan hak hak orang lain..

Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawakepada  masalah  pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.

Perlombongan bauksit yang dijalankan di Kuantan kini sudah mencapai tahap pencemaran yang kronik dan perlu dihentikan segera. Pencemaran yang menghantui perkampungan yang berdekatan sehingga berlakunya pencemaran udara dan sungai serta alam sekitar khasnya.

Tindakan tidak bertanggungjawab pelombong bauksit ini bukan sahaja  menghancurkan kualiti alam sekitar malah ianya  turut melanggar undang undang dalam negara ini. Keselamatan jalanraya dan melakukan pengangkutan bahan dilakukan secara merbahaya.

Penggunaan lori lori hantu atau lori tanpa permit ini dikatakan sudah melangkaui waktu malam dengan muatan yang berlebihan. Bukan kah ini turut menganggu keteraman yang selama ini dinikmati oleh sebahagian besar penduduk di Kuantan.

Jalanraya, sungai dan tumbuhan serta rumah kini sudah bertukar warna akibat tindakan yang didak bertanggung jawab  pelombong bauksit. Kehancuran alam sekitar nyata jelas berlaku. Kerajaan harus bertindak secara drastic untuk memberhentikan perlombongan ini.

Kabinet dalam keputusannya baru baru ini telah mengeluarkan satu arahan pemberhentian operasi selama tiga bulan. Tindakan ini amat tepat berdasarkan rungutan dan kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat sekitar yang kini hidup dalam debu debu bauksit.

Sepatutnya perlombongan bauksit ini tidak menimbulkan masalah jikalau dibuat dengan cara yang betul.Bukan sahaja Malaysia malah banyak negara luar melakukan perlombongan bauksit , namun ianya dapat dikawal dengan baik dan mengikuti prosedur yang dutetapkan oleh kerajaan dan alam sekitar.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja dilakukan diatas jalan raya malah ada pihak menggunakan bekas lombong untuk mencuci bauksit di Felda Bukit Sagu 1 dan 3 sehingga mengakibatkan penduduk sekitar mengalami masalah bekalan air.

Pengaliran air yang mengandungi bauksit ini telah mencemarkan Sungai Taweh ke kawasan loji yang mana mengakibatkan masalah bekalan air sungai kering..ia menyebabkan air sungai tidak dapat dipam dan mengakibatkan gangguan bekalan air.

Memandangkan operasi Bauksit ini dihentikan sementara, Datuk Seri Liow Tiong Lai melalui kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula kaedah penggunaan pengangkutan bagi membawa bauksit..pengangkutan darat menggunakan lori sebenarnya memberi peratusan tertinggi pencemaran akibat bauksit.

DS Liow turut meluahkan rasa kesal ekoran pencemaran bauksit ini dan memerlukan tindakan segera bagi mengawal operasi bauksit ni..Jadi eloklah pengangkutan ini dikaji semula agar satu penetapan dapat dilakukan agar penggunaan lori mengangkut bauksit tidak menyusahkan orang ramai di masa akan datang..

Satu darf atau SOP perlu dikeluarakan bagi menjamin keselamatan penduduk dalam usaha pihak pelombong  mengangkut bauksit ke pelabuhan. Jika dengan penggunaan lori telah menyebabkan kehancuran kualiti alam sekitar yang teruk.

Tiada pilihan lain pihak pelombong seharusnya menggunakan satu kaedha lain yang tidak memberikan pencemaran dan mengharamkan penggunakan lori jika ianya tidak menepati SOP yang dikeluarakan.

Image | This entry was posted in Pengangkuatan Bauksit Dhentikan Sementara and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s