Datuk Seri Dr Ahmad Zahid -Hormati Penganut Agama Lain Jika Mahu Dihormati


Oleh rmf

RAKYAT Malaysia sepatutnya lebih memahami suasana dan corak hidup masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini. Masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini mampu mengekalkan keamanan berpuluh tahun lamanya hasil daripada usaha kerajaan dan kefahaman masyarakat mengenai konsep kehidupan masyarakat majmuk

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.dalam satu kenyataannya berpesan agar  setiap rakyat didalam negara ini lebih menghormati penganut agama lain dan tidak menimbulkan pelbagai isu sensitive untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham diantara penganut yang lain.

Konteks kehidupan masyarakat dalam negara ini tidak boleh disamakan dengan masyarakat negara lain. Jika Islam merupakan agama rasmi negara maka kenapa terdapat golongan tertentu dalam negara ini masih mempersoalkan perkara ini.

Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama seperti di  negara kita ini, kita perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi agama dan kepercayaan.

Ahmad Zahid berkata hasrat pemimpin terdahulu untuk rakyat Malaysia bersama mempertahankan kebersamaan, keharmonian dan kesejahteraan haruslah difahami secara mendalam terutama generasi masa kini

Semoga dengan cara sebegitu, dapat dicapai misi Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin” yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan bersesuaian dengan penghayatan konsep Satu Malaysia.

Pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan mempengaruhi strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga masyarakat di luar Islam akan tertarik dengan Islam, bukan benci kepada Islam. Umat Islam perlu ingat bahawa kira-kira 40 peratus penduduk negara ini terdiri daripada bukan Islam.

Oleh itu, menghormati mereka memberi peluang besar kepada umat Islam untuk berdakwah kepada sesiapa sahaja yang berminat mengetahui ajaran Islam sebenar, ini dapat menghindari prasangka tidak baik terhadap Islam oleh mereka yang tidak tahu ataupun kurang faham tentang ajaran agama Islam.

Justeru katanya menjadi tanggungjawab semua pemimpin sama ada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan serta masyarakat untuk menterjemahkan kebersamaan itu untuk diikuti semua rakyat Malaysia.

Bahkan, seseorang yang beragama itu tidak seharusnya berkelakuan seperti orang yang tidak beragama dengan membangkitkan kemarahan orang lain.Agama itu bukan sahaja menitikberatkan tentang hubungan dengan Tuhan sebagai sang pencipta, agama itu juga adalah berkenaan dengan hubungan dengan masyarakat.

Agama adalah sebagai pembimbing kepada umat manusia bagaimana caranya untuk bergaul dengan orang lain dan menyediakan batasan bagi perkara-perkara yang merosakkan hubungan sesama manusia.

Ahmad Zahid berkata hasrat pemimpin terdahulu untuk rakyat Malaysia bersama mempertahankan kebersamaan, keharmonian dan kesejahteraan haruslah difahami secara mendalam terutama generasi masa kini. Oleh itu menghayati benar-benar apa tujuan manusia beragama sudah pasti kekacauan dan huru hara yang melibatkan sensitiviti agama tidak berlaku.

Umat Islam hendaknya menjadi perintis dalam sama-sama mencipta suasana harmoni dalam kalangan warga Malaysia. Walaupun hidup di dalam negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbeza dari segi kepercayaan dan pegangan agama, umat Islam harus mencari titik pertemuan yang akan mengeratkan hubungan sesama warga Malaysia.

Kebersamaan yang ada itu adalah keinginan untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai, tanpa ada permusuhan dan berkasih sayang antara satu sama lain. Jangan jadikan agama itu sebagai alasan untuk menimbulkan permusuhan. Sebaliknya gunalah agama itu sebagai jambatan ke arah perpaduan.

Konsep ‘1Malaysia 1Ummah’ jika direalisasikan dan dijadikan prinsip kehidupan masyarakat majmuk negara ini, maka ia mampu mengekalkan keamanan. Usah bangkitkan isu-isu keagamaan atau merangka pelbagai agenda yang sensitif bagi mengeruhkan keadaan kerana ia boleh menggugat kestabilan politik

Image | This entry was posted in Datuk Seri Dr Ahmad Zahid -Hormati Penganut Agama Lain Jika Mahu Dihormati and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s