Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 2)


Oleh rmf

sambungan dari bahagian 1

Kita bincang tentang isu ini pada 26 Mac 2009 di Medan, Indonesia. Saya telah membuat rombongan ni pergi ke Medan antara Ivory Property dengan Kerajaan Negeri. Kita telah pergi ke Medan berbincang, tiga hari dua malam di sana.

Kami telah berbincang tiga hari dua malam. Itu tidak diberi open tender. 2009..kita dah set dah nak bagi dekat Ivory Property. Harga sekaki tanah di Pulau Pinang, di tempat itu berharga RM420 sekaki tanah harganya. Bayangkanlah, projek itu bernilai lebih RM1 billion pada masa itu. Sekarang lebih lagi. Memang tak diberi open tender, dah diset kita akan bagi dekat Ivory Property.

Sayalah orang yang terlibat. Sayalah orang tengah antara Kerajaan Negeri dengan Ivory Property untuk projek Bayan Mutiara. Begitu juga dengan projek-projek lain yang sedang rancak sekarang. Sedang diusahakan terutamanya di bahagian Batu Feringgi tu, Island Resort Moon Light Bay..semua itu merupakan sayalah orang yang terlibat.

Walaupun tak dapat kelulusan disebabkan lereng bukit tapi saya berjaya menggunakan kuasa yang ada kat saya mempengaruhi Kerajaan Negeri supaya memberi kelulusan kepada Ivory Property. Banyaklah saya buat di sana

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Merampas tanah-tanah orang Melayu, merobohkan kedai-kedai orang Melayu, sayalah orangnya. Kalau kami tahu dia tu tak sokong Pakatan Rakyat, tak sokong DAP, kami akan pastikan kedai dia akan diroboh walaupun dia ada lesen ke apa, kita akan cari teknikal apa pun untuk merobohkan kedai dia atau sekurang-kurangnya menyaman dia, bagi denda. Macam tu cara kami.

Kalau dia tu merupakan penyokong Pakatan Rakyat, you tak ada lesen pun tak ada masalah, kita akan benarkan you berniaga.

Contoh saya boleh bagi. Tuan-tuan kalau pi ke Pulau Pinang, pergilah ke Jalan Yong Len berhampiran dengan Hotel Sunway, di sana merupakan penyokong-penyokong tegar DAP yang berniaga di sana. Mereka tidak mempunyai lesen ke apa, tak ada. Disebabkan mereka hardcore DAP, kita sanggup tutup jalan daripada pukul 4 (petang) hingga 12 (malam) untuk memulakan mereka berniaga. Sebab depa penyokong DAP. Kalau penyokong UMNO ke Barisan Nasional ke, padah akan menanti dia. Sampai macam tu saya buat.
Saya merupakan orang yang merancang segala-galanya. Akan memberi nasihat kepada Lim Guan Eng atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Merekalah yang akan menjalankan tugas ini tapi kami tujuh belas orang ni tak akan muncul.

Begitu juga di Selangor Tuan-tuan. Tony Pua..Ronie Liu merupakan pakar strategi DAP. Hanya dua. Salah seorang Ahli Parlimen dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini yang berada dalam kepimpinan G17, yang lain itu semua merupakan orang-orang biasa saja.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Sibu sebagai Timbalan Pengarah Strategi untuk Pilihanraya Negeri pada tahun lalu.

Saya sepatutnya berada di Sibu hampir dua minggu. Lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Semasa dewan (DUN) dibubarkan, saya berada di Shanghai, China atas urusan rasmi kerja saya.

Jadi, saya agak lewat sikit datang ke Sibu. Apabila saya sampai di Sibu, tempat tinggal ataupun bilik hotel yang sepatutnya disediakan oleh DAP ini, telah pun diambil alih oleh rakan saya daripada Selangor.

Jadi, kita maklumlah bila dah bubar dewan tu, hotel penuh tiba-tiba, rumah sewa apa pun tak ada. Saya sampai di Sibu pukul 12 tengah hari sampai malam ni saya tak tahu nak duduk mana. DAP berusaha carikan satu tempat tinggal untuk saya. Tak dapat juga. Last, pukul 7.30 malam, barulah DAP membuat satu keputusan.

Akhirnya saya telah ditempatkan di salah sebuah gereja di Sibu. Saya tinggal di gereja hampir dua minggu Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya sanggup tinggal kerana apa, perbezaan politik saya berbeza. Berbeza…saya duduk dua minggu di asrama gereja. Kiri kanan paderi-paderi daripada luar negara. Saya sanggup duduk.

Banyaklah paderi-paderi yang saya bertemu di sana ni. Mereka ingat saya ni orang India sebab muka nampak macam orang India. Sebab saya pun tahu empat bahasa. Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Tamil pun saya tahu, bahasa Mandarin pun saya tahu.

Jadi, mereka ingat saya ni orang India. Ada seorang paderi tu, semasa dia berjumpa saya, dia dok bercakap bahasa Tamil dengan saya, dia ingat saya India. Dia pun tak tanya nama saya, dia dok panggil saya brother ja. Saya pun panggil dia brother balik.

Saya tanya kat dia, apa you buat kat sini hampir lima tahun. Nama dia Martin. Beliau ni fasih berbahasa Melayu, cukup fasih paderi ni. Dia kata, dia dok di Sibu ni hampir lima tahun. Tanya kat dia, apa you buat lima tahun kat sini? Adakah ditugas nak ajar cara-cara nak sembahyang orang Kristian ke? Dia kata, tak. Yang tu bukan tugas dia. Tugas utama dia adalah untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Sibu.

Bila dia kata benda ni, saya rasa macam tak terkejut, biasa je. Oh macam tu ke, okay. Tanya balik kat dia, dah berapa ramaikah orang Melayu yang telah dikristiankan di Sibu? Saya tanya balik kat dia. Dia kata, terlalu ramai, lots. Dia kata, paling tidak sekurang-kurangnya dua orang Melayu akan dikristiankan setiap dua minggu. Bayangkanlah dia dok sana lima tahun, satu paderi. Tak termasuk paderi-paderi yang lain.

Saya nampak Tuan-tuan dan Puan-puan, depan mata saya ni. Dua orang gadis Melayu, pakai tudung labuh, pakai baju kurung, masuk ke dalam gereja. Mereka pergi ke mana? Tempat sembahyang orang Kristian dalam tu, dewan sembahyang. Tak tahu depa pi pasal apa. Saya nampak, lepas dua hari saya berjumpa dengan paderi tu. Saya nampak, remaja, awal 20-an..mereka masuk.

Selepas saya berada di sana seminggu, saya sajalah nak tipu juga, masuk ke dalam menghampiri dewan sembahyang orang Kristian, nampak satu papan kenyataan, dia tulis apa, “Muslim and pet not allow,” “Orang Islam dan binatang tak dibenarkan masuk”, terpampang di sana. Saya cuma tangkap gambar. Lepas tu saya kembalilah tugas saya Pakar Strategi DAP.

DAP bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 (kerusi). Kali pertama DAP menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6 (kerusi). Inilah kali pertama (menang).

Saya ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut…menghasut orang-orang Iban supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni Tuan-tuan dan Puan-puan.

Apa yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai pusat uji kaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni. Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami menang.

N46 tu, (DUN) Dudun, ikut sejarah DAP, tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP. Tapi saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran. Kami fokus khusus untuk kerusi itu.

Kami dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000. Nak habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.

Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh. Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni.

Kekuatan ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.

So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja. Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.

Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya. Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.

Jadi, selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat. Saya Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.

Jadi, kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.
Jadi, kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja. Kami di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek tu lah. Saya akan ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.

So, saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi, saya serahklan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya serah kat dia.

Lepas itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 (Mei) 2011. Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.

5 Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya yang kena ada dalam majlis tu Tuan-tuan dan Puan-puan, 40 orang saja, ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang.

Tetapi yang ada pada malam tu Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.

Image | This entry was posted in Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 2) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s