Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 1)


Oleh rmf

Oleh keran artikel ini terlalu panjang saya bahagikan kepada  tiga bahagian untuk memudahkan para pembaca menghayatinya. Perludiingatkan DAP MUSUH MELAYU ISLAM

Isteri saya kata kat saya “Tak sangka aku hidup selama ini dengan seorang pengkhianat!” Saya mendedahkan segala-galanya. Dia menangis Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia tak dapat nak terima yang suami dia ni buat perkara ni.

Isteri saya kata kat saya “Tak sangka aku hidup selama ini dengan seorang pengkhianat!” “You ni di depan terlalu elok, tapi di belakang you adalah syaitan nombor satu.” Dia kata kat saya, dia tak dapat terima saya buat kerja ni.

UCAPAN PENUTUP 2015 LIM GUAN ENG: I DON’T CARE AGAMA YOU!! DAP LEBIH PENTING DARIPADA ISLAM

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mendedahkan perancangan-perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya dan apa yang bakal dilakukan selepas parti itu dapat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Putrajaya.

Ucapan Pengerusi Majlis
Bismilahirahmanirahim…
Alhamdulillah
Yang kita hormati saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman, penceramah undangan kita. Elok juga saya mengenal beliau sepintas lalu.

Beliau merupakan salah seorang mantan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Dan banyak soal-soal, perkara-perkara strategi dalam parti DAP, kemungkinan beliau akan kemukakan.

Jadi, itu sedikit latar belakang. Mungkin dia akan memperkenalkan dirinya masa sesi beliau dan sejurus selepas itu, saudara-saudara, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian diberi ruang sepenuhnya untuk mengemukakan soal jawab yang berkaitan dengan ceramah ataupun ucapan yang telah disampaikan oleh beliau.

Dan saya rasa, saya tidak mahu mengambil masa yang begitu panjang. Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Razali bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramah beliau, dipersilakan.

Ucapan Mohamad Razali bin Abdul Rahman

Bismilahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan dan izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini. Ini merupakan kali pertama saya berada di Putrajaya. Kali pertama dalam hidup saya.
Mungkin Tuan-tuan dan Puan-puan tertanya-tanya saya, siapa ni, tiba-tiba berada di hadapan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi satu taklimat.

Terlebih dahulu di sini, saya ingin memperkenalkan diri sayalah siapa. Saya Mohamad Razali. Saya anak anak jati Pulau Pinang. Lahir di Pulau Pinang, besar di Pulau Pinang, belajar di Pulau Pinang. Telah pun berumah tangga, mempunyai dua orang cahaya mata, seorang sahaja isteri ya.

Saya ini bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong.

Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihanraya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihanraya negeri untuk tahun lalu.

Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng.

Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.

G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya

Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.

Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.

Di Malaysia ini, kami sempat buat di tiga tempat saja. Satu di Pulau Pinang. Lepas itu kami buat di Hotel Shangg di Johor dan satu lagi di Selangor, di Hotel Quality Shah Alam. Lain semua di luar negara.

Saya kata saya dilatih tiga tahun oleh pihak Israel, jadi ideologi saya dengan Tuan-tuan dan Puan-puan berbeza lah.

Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis. Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima. Saya lebih pentingkan parti saya ni daripada anak ke..bini ke..family ke segala-galanya, parti its more semua important bagi saya.

Ini merupakan taklimat saya yang ke 105 dalam masa tiga bulan saya merantau hampir ke seluruh pelusuk tanahair. Ini yang ke 105 pada pagi ini.

Jadi, saya di sini ingin berkongsilah pengalaman saya, apa yang saya diajar oleh pihak-pihak Yahudi.

Tugas utama saya Tuan-tuan dan Puan-puan. Tugas utama saya semasa saya berada dalam Kerajaan Negeri adalah merancang bagaimana nak mengusir orang Melayu ni keluar daripada Pulau Pinang.

Saya tak tuduh orang lain, saya tak kata orang tu baik, orang tu tak baik. Saya adalah orang yang terlibat secara langsung isu tanah-tanah orang Melayu di Pulau Pinang ini.
Isu di Pokok Asam di Jeletong, isu di Balik Pulau, Bayan Mutiara, pelupusan masjid yang berharga RM 125 juta ini.

Sayalah orang yang terlibat secara langsung yang merancang supaya kita tukar tapak masjid itu ke bangunan komersial. Sayalah orangnya.

Saya ni bekerja di dua tempat. Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara.

Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property. Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah. Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan.

Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini, cukup mewah, terlalu mewah. Apa yang saya tak ada, semuanya saya dapat. Saya ni merupakan anak emas lah orang kata kepada Lim Guan Eng. Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan.

Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja. Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.

Ini merupakan Ketua Pakar Strategi DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di bawah dia lah kami enam belas (16) orang berada. Dia cukup pakar. Ini manusia yang cukup berbeza. Cara pemikiran dia, idea dia, lain daripada yang lain. Saya duduk dengan dia hampir tiga tahun. Memang tahulah cara dia.

Berbeza, dia merupakan manusia yang cukup uniklah bagi saya. Pemikiran dia ni terlalu geniuslah. Susah nak dapat orang macam dia ni. Tapi apa nak buat, dia berada dalam parti DAP. Cukup berbeza. Satu manusia yang cukup istimewa Tony Pua ni. Itu untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Di sini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya, apa latihan yang diberi oleh pihak Yahudi. Dia cakap, cara-cara kita nak dapatkan idea atau ilham, katalah kita ada satu masalah tapi kita tak tahu jawapannya. Kita tak tahu cara nak menyelesaikan.

Dia kata, cukup mudah. Cukup mudah dia kata. Gunalah tiga benda ni saja, dia kata kita boleh dapat jawapannya. Kita dapat tiga jawapan, pilihlah satu jawapan yang terbaik.

Dia kata yang pertama, kalau kita ada satu masalah tak tahu jawapan. Semasa kita nak tidur pada malam hari tu, ambillah sekeping kertas dengan pen, letaklah di sebelah kiri kita dan kita tidurlah sambil memikirkan masalah yang belum dapat jawapan. Kita tidur macam biasa tapi kita fikir masalah yang kita tak dapat jawapan.

Di tengah-tengah malam masa kita tidur tu, jawapan pertama yang kita akan dapat. Confirm jawapan pertama yang akan kita dapat, dia kata, bangun dan tulislah pointnya, dia takut bangun pagi kita akan lupa. Lepas itu tidurlah seperti biasa.

Yang kedua dia kata, semasa kita mandi di pagi hari. Masa kita mandi di pagi hari Tuan-tuan dan Puan-puan, minda kita pada masa itu akan terbuka cukup luas. Masa tu Tuan-tuan dan Puan-puan cuba fikirlah masalah tu, jawapan yang kedua akan dapat.

Yang ketiga dia kata, semasa kita membuang air besar. Bila dia kata air besar, kami pun gelak. Merepek Yahudi ni, takkan masa buang air besar pun dapat idea. Dia rasa marah. Dia rasa kami yang tujuh belas ni (gelak), dia rasa tercabar. Dia bagi satu soalan kat kami suruh buat ketiga-tiga cara ni, esok pagi mailah dengan jawapannya. Kami buat. Tujuh belas orang ni buat.

Benda ni berlaku di Hotel Shangg (Ipoh), Perak. Kami buat ketiga-tiga benda ini. esok pagi Tuan-tuan dan Puan-puan, tujuh belas orang mendapat jawapan. Jawapan kami cukup berbeza, tujuh belas orang ni tetapi matlamat yang sama.
Kalau Tuan-tuan tak percaya, cubalah malam ni, tak salah kita cuba. Cuba sekali cukup, tengok kelainannya macam mana, berbeza.

Image | This entry was posted in Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 1) and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 1)

  1. Pingback: Viral!! Razali telanjangkan DAP & PAKATAN GUAN ENG (Bahagian 2) | Dwan Junid RMF ( RMF7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s