Anak Felda Berjiwa Kental Tawan Puncak Gunung Tujuh Benua


Oleh rmf

KEJAYAAN bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh semua manusia. Manusia gagal kerana mereka tidak menjuruskan kesemua kekuatan yang ada pada diri untuk mencapai kejayaan. Keadaan ini akan membuatkan mereka beranggapan bahawa segalanya susah.

Impian impian yang sedemikian dan melangkau kemampuan itu adalah kesungguhan dan kekuatan dalaman yang seharusnya dipupuk agar ianya bukan sekadar angan anagan untuk mencapainya. Kemampuan luar biasa ini acapkali digandingkan denagn jati diri yang kental.

Ramai di antara mereka yang gagal untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Jarang sekali mereka akan memikirkan liku-liku jalan yang perlu untuk mereka lalui sebelum mencapai impian itu.Untuk mencapai tahap ini setiap individu mengambil masa yang cukup lama untuk meyakinkan diri bahawa mereka adalah sebahagian daripada matlamat.

Mereka perlu sematkan pada pemikiran bahawa mereka adalah seorang manusia yang berkebolehan untuk melakukan apa sahaja yang ingin mereka capai. Iaitu tanpa memberikan sebarang alasan yang akan membataskan apa yang diingini mereka.

Ini adalah kerana setiap individu mempunyai potensi dan keupayaan yang sama hebat untuk mencipta kejayaan. Apa yang membezakan di antara yang berjaya dengan yang gagal ialah sejauh mana manusia menggunakan kebolehan dan keupayaan yang sedia ada pada diri mereka untuk mencipta kejayaan.

Misi di bawah kelolaan KE7B dan mendapat sokongan tajaan daripada IM4U itu bertujuan mencapai sasaran menjadi pendaki wanita Malaysia pertama mencapai puncak tujuh gunung tertinggi di tujuh benua.

Siti Hanisah merupakan anak FELDA Jelai 1, Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan Naib Presiden 4 (Beliawanis) Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM). Pendaki Negara ini akan mendaki Gunung Aconcagua, Argentina 14 Januari ini untuk melengkapkan pendakian menjejakkan kaki ke tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua dunia

Sebelum ini pendaki negara ini telah melakukan pendakian dan menawan puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro, puncak Elbrus di Benua Eropah, puncak Kosciuszco di Benua Australia dan Gunung Everest di Benua Asia.

Dan sekarang pendakian diteruskan dengan satu semangat jitu untuk menawan puncak tertinggi di Benua Amerika Selatan ini iaitu  Gunung Aconcagua, Argentina dengan ketinggian 6,962 meter.

Sebelum ini, Siti Hanisah sudah memegang rekod sebagai pendaki Everest Malaysia Termuda menawan puncak tertinggi di dunia itu pada 2013 di usia 23 tahun. Sebagai anak kelahiran Felda seharusnya seluruh  masyarakat Felda merasa bangga kerana mempunyai anak muda yang berjiwa kental yang kini sedang mengharumkan nama negara dan juga Felda dipersada dunia.

Misi terakhir untuk menawan puncak tertinggi di benua Amerika Selatan ini  dan sekiranya berjaya Anis akan mencipta satu lagi sejarah negara dan juga Felda  dimana membuktikan Malaysia mampu melahirkan pendaki yang bertaraf dunia dan mampu menawan tujuk puncak tertinggi diseluruh tujuh benua.

Sebagai rakyat Malaysia seharusnnya sokongan padu kepada pendaki kita yang berjiwa kental untuk mencabar kemampuan minda , fiziakal dalam misi yang mengharumkan nama negara dan juga Felda keseluruhannya.

Syabas diucapkan kepada kesemua pendaki negara yang berjuang dalam mencapai misi yang mana bukan semua orang akan dapat melakukannya.

.

Image | This entry was posted in Anak Felda Berjiwa Kental Tawan Puncak Gunung Tujuh Benua and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s