Jual Negeri -Tanah di Pulau Pinang Hanya Tinggal 8% daripada 33%


Oleh rmf

Keceluparan mulut Rafizi mengkritik isu penjualan asset 1MDB  telah menjadi isu hangat diperkatakan oleh PKR . Sebelum ini saya pernat menyuarakan strategi  pembangkang dimana setiap isu yang dibagkitkan  adalah untuk menutup isu yang mereka lakukan.

Bukan sengaja dibangkitkan penjualan asset 1MDB yang mana kebiasaan nya dilakukan mana mana syrikat  yang tidak mempunyai kecairan tunai . Penjualan asset adalah untuk membayar hutang  dan sebagainya. Itulah yang dilakukan oleh 1MBD.

Tetapi pemikiran pembangkang akan menaikkan isu ini  untuk melindungi skandal penjualan tanah yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.

Pada Mei tahun 2015 Lim guan Eng telah menjual tanah yang ada di Pulau Pinang kepada sebuah syarikat di singapura dengan nilai RM30 juta.

Tanah yang dimaksudkan itu adalah tanah yang telag digazetkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk pembangunan untuk rakyat.

Bukan itu sahaja pada Julai 2015 juga kerajaan DAP telah memberikan pemilikan  6.8 ekar  kepada Temasek Singapura yang bernilai pasaran sebanyak RM11.3 billion.

Seacara ironinya tidakkah Rafizi melihat  tindakan ini menjual negeri kepada syarikat asing? Perkara yang berlaku dihadapan mata  tidak pernah dibangkitkan sama sekali.

Kepentingan DAP tetap dilindungi oleh Rafizi walaupun ianya nyata satu kesalahan sebagaimana didakwa oleh Rafizi terhadap 1MDB.

Kedua-dua projek di mana 100% dan 49% kini dimiliki oleh syarikat-syarikat Singapura adakah ianya  tidak dipanggil “negara jual” tetapi dianggap pelaburan asing? Oleh Rafizi?

Corak pemikiran Rafizi dalam apa juga fitnah yang dilakukannya  terhadap rakyat Malaysia amat banyak sekali. Jika dikaji secara dasarnya entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia dijual kepada sebuah syarikat China dianggap “negara jual” dan bukan sebagai pelaburan asing?

Tetapi Rafizi mendiamkan diri, membisu seribu bahasa dengan penjualan tanah tanah di Pulau Pinang yang mana terus membangkitkan isu perlaburan  1MDB yang dilakukan  secara sah.

Mungkin anda tidak perasan, setiap kali pendedahan tentang jualan tanah di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng dibuat, setiap kali itulah, DAP akan menggelupur mencari isu-isu remeh yang bersifat sensasi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada permasalahan serta skandal terbesar di Pulau Pinang, terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri.

Tahukah anda, walaupun DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan.

Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya.

Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja.

Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas:

2011 – seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.

2013 – seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai.

2013 – 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.

2014 – tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%.

2014 – 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.

2014 – 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.

2014 – 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!

Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion Ringgit, tetapi jualan tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion.

Persoalannya ialah, menerusi peningkatan yang begitu kecil, di mana keseluruhan wang yang berbilion-bilion hasil jualan tanah itu semua? Adakah kerana perbelanjaan tahunan yang bertambah dua kali ganda?

Satu persoalan besar yang seringkali dipersoalkan ialah, berbanding menjual tanah, mengapa agaknya PDC Pulau Pinang tidak membangunkan atau memajukan tanah milik Kerajaan Negeri itu sendiri?

Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang sendiri, apakah polisi Lim Guan Eng ini sebenarnya mencerminkan sikap orang Melayu yang hanya fikirkan ‘NAK SENANG’ sahaja sehinggakan pesta jualan tanah secara besar-besaran oleh DAP di Pulau Pinang, langsung tidak membimbangkan mereka?

Apa yang mereka perolehi daripada skim dan skandal tanah tersebut? Sedangkan polisi DAP dan Lim Guan Eng, jelas untuk mengkayakan lagi pemaju. Pemaju mengutip keuntungan berpuluh-puluh kali ganda hanya kerana kecenderungan Melayu untuk membuat ‘perubahan’.

Perubahan apa yang sedang berlaku? Semua kerja hartanah akan dipindahkan kepada arkitek-arkitek Cina, jurutera-jurutera Cina, Qs, Subcons dan peguam-peguam Cina, manakala peguam-peguam Melayu, arkitek-arkitek Melayu dan jurutera-jurutera Melayu, semua pakat nganga!

Apa yang berlaku dalam GLC terutama sekali dalam sektor perbankan, sedang diamalkan secara meluas menerusi pesta jualan tanah di Pulau Pinang!

Persoalanya sekarang kemanakah duit  jualan tanah di Pulau Pinang disalurkan atau ianya masuk ke kantung Lim Guan eng. Sebelum ini dalam satu post saya di FB menyarankan semua ketua bahagian atau penjawat tertinggi didalam UMNO membuat laporan polis bagi mengwujudkan satu siasatan lengkap  keatas kerajaan DAP .

Terlalu banyak skandal yang berlaku. Namun semuanya dibiarkan begitu sahaja. Sampai bila  perkara ini harus dipencilakn’?

Image | This entry was posted in Juala Negeri -Tanah di Pulau Pinang Hanya Tinggal 8% daripada 33% and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s