Pemandu Teksi Mesti Muhasabah Diri dan Terus Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan


Oleh rmf

Susulan tindakan 100 orang pemandu teksi yang menyaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) susulan dikatakan cuai dalam membenteras dan mengharamkan Uber, GrabCar dan Blacklane dikatakan telah menjejaskan pendapatan mereka.

Tindakan yang dilakukan oleh  pemandu teksi ini dilihat tidak melihat perkembangan tindakan yang telah dilakukan oleh SPAD selama ini. Mereka juga tidak pernah untuk menilai perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Seharusnya  mereka sebagai pemandu teksi perlu mencari jalan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka seperti menyediakan perjalanan yang selesa, mesra pelanggan dan menggunakan meter tambang.

Pemandu teksi perlu faham bahawa merekalah yang membuka peluang kepada penyedia perkhidmatan perjalanan alternatif meningkat naik kerana perkhidmatan mereka yang teruk kepada pelanggan.

Sebagai contoh yang nyata berlaku dimana ada dikalangan pemandu teksi yang menolak perkhidmatan bila mana ada golongan OKU yang berkerusi roda ingin menggunakan perkhidmatan mereka.

Mereka perlu sedar bahawa tindakan mereka ini saolah olah untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Mana tidaknya SPAD dalam usaha  meningkatkan perkhidmatan dan pendapatan pemandu teksi telah melakukan pelbagai operasi dan penyitaan terhadap  pengendali Uber, Grabcar  ini. Apakah mereka tidak pernah membaca  atau mengikuti perkembangan ini?

Hear us out: A group of taxi drivers holding a protest at the High Court in Kuala Lumpur where they filed the lawsuit.

Pelanggan mempunyai hak memilih, mereka berhak untuk menggunakan perkhidmatan yang terbaik, oleh yang demikian seharusnya pemandu teksi melalui persatuan persatuan menetapkan garis panduan perkhidmatan yang terbaik untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Tindakan menyaman SPAD bukan cara yang terbaik dalam  persaingan sihat untuk menarik hati pelanggan, menyalahkan satu satu pihak  tanpa berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Dalam industri  perkhidmatan,  seharusnya persatuan pemandu teksi sentiasa mengingatkan kepada ahli ahli mereka sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama kepada pelancong asing dan mengelakkan penipuan berlaku terhadap pelanggan

SPAD sememangnya tidak menghalalkan aktiviti dan operasi Uber, GrabCar dan Blacklane, sebagai pengendali yang tidak mempunyai lesen pengendali yang sah. SPAD dalam kebertanggungjawabannya  sentiasa menjaga kepentingan nyawa penumpang dan sentiasa memberikan ingatan betapa bahayanya menggunakan perkhidmatan Grabcar dan Uber yang tidak dilindungi insuran

Sebelum ini beberapa siri tindakan yang diambil oleh SPAD terhadap pemandu Uber dan GrabCar, SPAD telah merampas 132 buah kereta sejak Oktober 2014 sehingga September 2015. Daripada jumlah itu, sebanyak 89 buah kereta adalah milik pemandu GrabCar manakala baki sebanyak 43 buah kereta adalah milik pemandu Uber.

Keperihatinan Pengerusi SPAD Syed Hamid ketika mengulas, walaupun terdapat pihak yang mencadangkan supaya memberi lesen kepada “kereta persendirian” ini, namun ia tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan membunuh industri teksi.

“Ada yang mempersoalkan kenapa tidak beri lesen kepada kereta persendirian ini supaya menjadi teksi. Kalau buat macam itu, habis industri teksi yang ada sekarang. Mati semua,” katanya.

SPAD dalam usaha menjaga kepentingan pemandu teksi yang mencari rezeki secara sah ,tindakan menyita juga telah dilakukan. Bukankah  tindakan ini menunjukkan betapa prihatinya SPAD tentang permasalahan yang dihadapi oleh pemandu teksi sekarang.

Berkait dengan isu Uber, Grabcar ini juga  SPAD tidak boleh mengambil tindakan terhadap Uber dan Grabcar memandangkan ia sebuah aplikasi dan di luar bidang SPAD.

Ini adalah disebabkan Uber dan Grabcar menyediakan perkhidmatan aplikasi yang mana bidang kuasanya terletak  kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Selain itu pihak berkuasa lain yang boleh mengambil tindakan terhadap kereta persendirian pula ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tetapi dalam usaha mencari penyelesaian dan membantu pemandu teksi , SPAD secara dasarnya sedang, telah dan akan terus melakukan pembeterasan secara  berterusan untuk memastikan keselamatan  pengguna serta mengalakan pengguna menggunakan perkhidmatan  pemandu teksi yang sah.

Seharusnya pemandu teksi  tidak terpengaruh dengan desakan yang dibuat tanpa melihat tindakan tindakan yang telah dilaksanakan oleh SPAD selama ini.

SPAD akan terus bertindak  terhadap  perkhidmatan perkongsian perjalanan tanpa permit. Kesalahan ini membolehkan  dikenakan tindakan undang-undang seperti denda sehingga RM10,000 dan / atau satu tahun penjara di bawah seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, serta kereta mereka juga akan turut disita

Image | This entry was posted in Pemandu Teksi Mesti Muhasabah Diri dan Terus Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s