McDonald’s Ternyata HALAL 100%


Oleh rmf

img3

McDonald’s secara keseluruhannya  tidak hanya digemari kaum remaja tapi, restoran “fast food” atau cepat saji ini juga digemari berbagai golongan dari orang tua hingga anak-anak muda sudah pastinya

Tohmahan dan fitnah yang mengatakan penyediaan daging serta makanan yang dihasilkan adalah dikatakan cukup menjijikkan dan tidak menepati SOP yang ditetapkan

Semua fitnah ini telah disanggah dengan fakta fakta jelas dan berhemah untuk membuktikan bahawa McDonald’s  adalah restoran yang ternyata telah menepati SOP yang ditetapkan oleh JAKIM.

Tahukan anda bahawa penyediaan daging McDonald’s adalah diantara prosedur yang amat ketat dan dijaga  kualiti dan juga kebersihan penyediaannya. Mana mungkin  tuduhan sedemikian dilakukan dengan tidak mengambil kira kelulusan yang diberikan oleh pihak JAKIM dalam Persijilan Halal.

Justeru itu adalah satu pembohongan besar dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan fitnah  terhadap McDonald’s. Dengan Persijilan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM Sekali gus telah menafikan semua tohmahan yang dilemparkan kepada McDonald’s

JAKIM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh penghasilan daging dan makanan yang lain mengikut hukum syarak.Prosedur yang telah ditetapkan bagi menjamin  mutu makanan McDonald’s menepati hukum syarak.

McDonald’s di Malaysia diseliakan secara terus oleh JAKIM dan setakat hari ini, pihak McFood yang bertanggung jawab membekal daging ke McDonald’s mengikut polisi yang ditetapkan oleh JAKIM.

Sekarang McFood telah membekalkan daging yang diambil dari Australia, Ini adalah kerana  disana  terdapatnya pembekalan daging halal yang diktiraf oleh JAKIM.

Bahagian Hab Halal JAKIM memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.

Dalam memastikan produk makanan McDonalds melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Dibawah ini adalah petugas yang diamanahkan oleh JAKIM memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Menghidangkan makanan Halal yang berkualiti sentiasa menjadi keutamaan McDonald’s. Oleh itu, pihak pengurusan sentiasa memastikan produk yang berkualiti dan 100% memenuhi syarat Halal.

Bagi pengawasan ketat, McDonald’s mempunyai Ahli Audit Halal dalaman McDonald’s sendiri yang berterusan memastikan semua proses  mematuhi keperluan pensijilan Halal.

Disamping itu juga McDonald’s juga mendapat khidmat dua penasihat Syariah untuk meyakini pelangan bahawa McDonald’s adalah yang terbaik dalam penyediaan makanan.

Ahli-ahli Audit Halal dalaman McDonald’s:
Pengerusi: Wan Mohd Zam Wan Embong, Ahli Lembaga
Wakil Pembelian Bahan Mentah:
Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Sumber Strategik
Wakil Pengeluaran/Operasi: Tuan Haji Mohd Nasir Mailok, Pengurus Operasi
Penasihat Syariah:
Associate Professor Dr. Muhd Fauzi bin Mohamad
Ustaz Khairuddin Malik

Panel Jemputan:
Penasihat Tugasan Khas: Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi & Menu

Wakil Kawalan Mutu: Ruth Cheng, Pegawai Kanan Kawalan Mutu

Pembekal luar negara McDonald’s  juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan  di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.

McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan JAKIM. Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan

McDonald’s dalam  dalam beberapa negara dengan nilai transparansinya dengan memaparkan bagaimana penghasilan pemerosesan daging dilakukan. Secara tidak langsung ianya menunjukkan kepada pelanggannya, bagaimana proses daging dihasilkan.

Kebersihan, mutu , dan kawalan kualiti serta pemeriksaan terhadap daging semuanya diambil kira dan menepati SOP yang  diberikan. Kegagalan berbuat demikian  secara tidak langsungnya akan menjurus kepada  penarikan semula Persijilan Halal yang diberikan oleh JAKIM.

Audit di kilang bukan sahaja kepada bahan ramuan sahaja, tapi akan tentukan bagi pembuktian berkenaan produk itu. JAKIM  juga melihat proses produk berkenaan, peralatan, kebersihan persekitaran serta pekerjanya.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyediaan daging burger serta lain lain makanan McDonald’s di Malaysia adalah dipantau rapi oleh JAKIM bagai memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan daging segar McDonald’s tanpa rasa was was.

Kebersihan , Kualiti dan  segalanya amat dititik beratkan untuk memastikan pelanggan McDonald’s mendapat yang terbaik. Sudah Pastinya dari McDonald’s

Image | This entry was posted in McDonald's Ternyata HALAL 100% and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s