Datuk  Seri Liow Tiong Lai : Kumpulan Berpendapatan Rendah Dan Sederhana Sasaran Utama Dalam RMK 11


Oleh rmf

Rakyat Malaysia sekali lagi dengan rasa bersyukur telah menyambut kedatangan 2016 dengan penuh  semangat  perpaduan yang amat tinggi diantara berbilang bangsa.. Perpaduan yang mengeratkan hubungan antara kaum dan etnik dalam negara ini adalah menjadi teras kerukunan kehidupan yang mana sekali gus mencerminkan sikap saling menghormati.

Pelbagai transformasi dilancarkan oleh kerajaan untuk mengimbangi  bebanan yang dihadapi susulan gerakan ekonomi dunia yang sukar sedang dihadapi oleh semua negara. Kerajaan dalam kepelbagaian makanisme yang dirancang diharapkan dapat memberikan kesan yang positif disamping mengurangkan beban kepada rakyat.

Datuk  Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan  dengan penuh yakin  berpendapat  dan menjangkakan bahawa dalam RMK 11 akan membawa satu kesan yang besar kepada ekonomi negara pada masa akan datang.

Perlaksanaan dan  perancangan yang teliti akan diterima faedahnya oleh negara dan juga rakyat  yang datang dari golongan berpendapatan rendah dan  sederhana untuk  menikmati kemakmuran yang selama ini dikecapi bersama.

Dalam hal ini Datuk Seri Liow tanpa berselindung telah memuji sikap rakyat  Malaysia yang begitu sabar dan tabah dalam mengharungi 2015  yang penuh dengan cabaran.

Pada masa yang sama Datuk Seri Liow mengingatkan agar  rakyat Malaysia  mengamalkan budaya tolerasi  dan mengeratkan perpaduan serta mengimbas semula pergorbanan  pejuang terdahulu untuk memastikan kemerdekaan negara ini.

Kehancuran  negara akan berlakku apabila  terdapatnya perasaan saling mencurigai diantara satu dengan yang lain. Sudah tentunya ianya akan memudaratkan kestabilan , keamanan serta keharmonian yang telah dipupuk sekian lama.

Berikut  disertakan ucapan tahun baru 2016  oleh Datuk  Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan  Malaysia.

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

PERUTUSAN TAHUN BARU
1 Januari 2016

Di saat 2015 melabuhkan tirai, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali detik setahun yang lalu serta sama-sama mengalu-alukan kedatangan tahun baru.

Tidak dinafikan bahawa tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat seluruh warga Malaysia, lebih-lebih dari sudut ekonomi. Kita juga tidak bersendirian di mana seluruh dunia turut berdepan cabaran pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Sedang kita mengorak langkah menuju ke tahun baru, yakinlah bahawa Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bertujuan untuk meringankan beban kewangan Rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara inisiatif utama adalah dengan bermulanya pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11, yang dijangka akan memberi kesan positif terhadap ekonomi negara.

Di samping itu, kita sedikit sebanyak turut menerima kesan unsur-unsur perpecahan yang kini kian mengancam perpaduan negara. Dengan dunia berkembang ke arah globalisasi, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan sifat warga Malaysia.

Kita seharusnya tidak mempunyai pendirian yang serong terhadap satu-satu bangsa, lebih-lebih lagi apabila kita saling hidup dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Sebaliknya, kita harus mendukung dan menegakkan nilai-nilai penerimaan, penghormatan dan seterusnya menghargai segala pengorbanan para atok moyang kita dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Dalam usaha berterusan tanah air untuk mencapai status negara maju di peringkat global, adalah amat penting bagi kita untuk bukan sahaja mengetepikan perbezaan, malah turut mempertahankan kepelbagaian budaya yang menjadi keunikan negara tercinta ini.

Warga Malaysia sekalian, saya berasa bangga di atas semangat ketahanan jitu negara ini walaupun kian berdepan dengan segala cabaran. Marilah kita sama-sama berazam untuk sentiasa berdiri teguh dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang selain turut meraikan segala nikmat yang telah kita kecapi bersama sebagai sebuah negara.

Sudah tentu ramai akan mengambil peluang ini untuk bercuti serta meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan pada hujung minggu yang panjang ini. Pesanan saya kepada semua adalah supaya anda dapatkan rehat yang mencukupi. Sila memandu dengan berhati-hati demi insan tersayang dan pengguna jalan raya yang lain.

Selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia!

Image | This entry was posted in Datuk  Seri Liow Tiong Lai : Kumpulan Berpendapatan Rendah Dan Sederhana Sasaran Utama Dalam RMK 11 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s