Young Syefura :Tunjukkan Bukti MemBela Rakyat Di Pulau Pinang Dahulu Sebelum Mengkritik Barisan Nasional


Oleh rmf

Buka kain sendiri dulu, lihat dimanakah kurap dan kudis yang ada di tubuh badan,Dimana bisul dan dimana nanahnya.

Itulah yang ingin saya katakan kepada Penyelaras DAP Dusun Tua Young Syefura sebelum melakukan kritikan terhadap Barisan Nasional.

Menentang perlaksanaan GST telah dilakukan secara berterusan oleh DAP dan juga sekutunya dalam usaha memburukkan kerajaan dan menggunakan perkataan “penindasan” dan juga “rakyat’ sebagai ayat  meraih simpati.

Tetapi pada masa yang sama juga perkataan penindasan  dan juga rakyat ini digunapakai sewenangnya oleh DAP untuk menguasai tanah tanah kepunyaan orang Melayu secara  paksa dengan kaedah komunis  iaitu melakukan pengusiran.

Jeas, bahawa GST sejak awal perlaksanaannya telah  menjadi viral diserata  kenyataan peminpin DAP diseluruh negara. Dalam apa juga kenyataan perkataan GST dan penindasan kepada rakyat digubapakai sebagai tanda protes kepada dasar kerajaan.

Tahukah anda, bahawa perlaksanaan GST yang telah dilancarkan oleh kerajaan telah berjaya memerangkap kumpulan chauvanis  yang mana selama ini menipu dalam  membayar cukai kepada kerajaan.

Sebelum ini , mereka menipu kerajaan dengan mengubah pendapatan yang mereka perolehi melalui kemakmuran negara ini. Sebilangan besar daripada mereka adalah golongan yang melarikan cukai dan menikmati keuntungan tanpa menyumbang kepada negara.

Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Penyelaras DAP Dusun Tua, Young Syefura Othman yang mengatakan bahwa sekarang  rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup adalah satu pembhongan yang amat nyat.

Buta atau tidak mata Young Syefura melihat dipersekitaran  yang ada sekarang, Saya ingin melontarkan persoalan  adakah putaran ekonomi dalam negara sekarang berada ditahap yang mendatar atau static dalam ertikata yang lain kecairan tunai dalam negara bergerak lembab disebabkan kos sara hidup.

Jika benar kos sara hidup itu sebagai satu bebanan kepada rakyat, maka pada perkiraan dan statistic  penambahan unit kenderaan dijalan raya tidak bertambah malahan ianya akan berkurang. Dari 800 ribu kenderaan sedia ada kini telah bertambah sebanyak 1.2 juta untuk tahun lepas.

Peningkatan jumlah kenderaan ini bukan sekitar jumlah yang melibatkan  kenderaan keluaran tempatan , malah peningktan jumlah ini banyak melibatkan  kenderaan luar negara. Hebat bukan dalam menghadapi kos sara hidup rakyat masih mampu menukar atau membeli kenderaan baru  berjenama luar negara.

Peraka ini belum lagi kita lihat bagaimana setiap jualan murah atau “sale” dimana mana gedung perniagaan, kesesakan manusia berlaku , kesesakan kenderaan berlaku. Apakah rakyat sedanag menangani kos sara hidup dengan berbelanja dengan cara yang sedemikian.

Jangan dijadikan isu bila melihat hanya beberapa perpuluhan peratus  rakyat yang hidup pada paras kemiskinan itu  dijadikan penanda aras untuk menuding jari kepada kerajaan dalam isu kos sara hidup. Penyelaras DAP ini harus melihat secara meluasa kegiatan dan aktiviti yang berlaku secara berskala besar disekeliling.

Pada masa sama kerajaan telah berjaya  mengaut RM39 bilion melalui kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mana selama ini dilarikan oleh kumpulan chauvanis yang pentingkan diri dan megelak dari percukaian negara.

Young Syefura  mencadangkan agar kutipan GST tersebut disalurkan untuk menjadi subsidi kepada rakyat. Buta atau celik pandangan Young Syefura  dalam melihat  disekelilingnya atau dalam rangkaian politik DAP dahulu.

Tol Sungai Nyior telah dinaikan secara mendadak oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang, seharusnya Young Syefura  melihat ini merupakan satu penindasan kepada rakyat, seharusnya penyelaras DAP ini berjuang untuk  membela rakyat bukan melihat  perkara yang berlaku diluar dahulu.

Bukan itu sahaja jika ingin dan berjiwa rakyat Young Syefura harus melihat bahawa pengusiran yang dilakukan keatas puluhan kampung Melayu di Pulau Pinang itu merupakna satu bentuk penindasan kepada rakyat yang harus dibela. Dimanakah Young Syefura  pada ketika itu.

Bercakap amat mudah, tetapi sebelum mengutarakan sesuatu persoalan  seharusnya Young Syefura melihat sistem dalaman DAP yang diamalkan adakah ianya melakukan pembelaan kepada rakyat atau sebaliknya.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengambil tindakan drastik membenarkan kenaikan kadar tol di lapan lokasi sekitar Lembah Klang, selain membiarkan kadar tambang pengangkutan awam, naik mendadak pada paras tinggi.

Mungkin Young Syefura hanya tahu cerita politik dalam kain DAP semata mata dan menyangkkal bahawa setiap kenaikan yang berlaku walaupun dari sudut tol ianya melibatkan perjanjian konsesi yang telah dipersetujui. Mengapakah disembunyikan perkara ini?

Kadar kenaikan harga barangan dipasaran, apakah Young Syefura masih mahu membela chauvanis yang menggunakan kaedah tarik tali dalam penguasaan mereka dalm ekonomi negara ini. Begitu juga dengan kenaikan tambang  pengangkutan awam darat.

Kenaikan tambang teksi telah dipersetujui kenaikan nya sebanyak 30%-40%  setelah tiada berlaku kenaikan tambang selama 7 tahun. Kenaiakn ini hanya sekitar RM0.30sen. Sebelum ini para pemandu teksi terpaksa menanggung kos kso penyelengaraan  kenderaan mereka dalamkadar tambang yang tidak dinaikan.

Menyifatkan kerajaan DAP sebagai hilang punca, DAP terus memainkan isu penindasan rakyat sebagai modal politik mereka dalam isu kenaikan kadar tambang, tol  dimana dikatakan  menyebabkan rakyat menghadapi  kenaikan kos sara hidup.

Young Syefura seharusnya melihat kadar kenaikan cukai di Pulau Pinang juga salah satu penindasan terhadap rakyat serta membebankan rakyat oleh kerajaan DAP. Begitu juga apa yang berlaku di Selangor, kenaikan cukai perniagaan , cukai pintu dan berbagai sistem percukaian ianya amat membebankan rakyat. Ini juga satu penindasan.

Young Syefura juga seharusnya melihat bahawa penindasan yang dilakukan oleh DAP terhadap rakyat dilakukan secara sistematik dimana rakyat yang berpendapatan rendah di Pulau Pinang tidak mempunyai peluang untuk memiliki rumah dengan sistem pengusiran  melalui pembangunan.

Seharusnya penyelaras DAP ini memperjuangkan kepentingan rakyat melalui pemilikan rumah mampu milik yang mana langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP. Inikah yang dinamakan ketelusan oleh kerajaan DAP.

Secara terang dan nyata ini menunjukkan kerajaan DAP  sudah tidak waras, tak punya hati dan perasaan sebagai sebuah kerajaan di Pulau Pinang dalam membela nasib rakyat. Terlalu banyak penindasan terhadap rakyat terutama orang Melayu dilakukan. Dimanakah Rara dimasa itu.

Kenaikan kos pengangkutan yang mendadak sudah tentu sudah tentu menjadi topic hangat bagi DAP, khususnya golongan kelas menengah dan rendah, akan tetapi kehilangan tempat tinggal dan juga kampung halaman akibat diusir oleh kerajaan DAP adalah satu bentuk membentuk sebuah koloni kemiskinan pada tahap kritikal.

Justeru itu, Young Syefura seharusnya membuktikan perjuangan dalam membela rakyat dari berlakunya penindasan dibuat di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum masuk kedalam sistem yang dilakukan oleh Barisan Nasioanal .

Buktikan bahawa Young Syefura adalah penuang kepada masalah rakyat di Pulalu Pinang yang semakin kritikal dengan amalan perkauman yang dasyat dilakukan oleh kerajaan DAP. Buktikan!!

Image | This entry was posted in Young Syefura :Tunjukkan Bukti MemBela Rakyat Di Pulau Pinang Dahulu Sebelum Mengkritik Barisan Nasioanl and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s