Wee Ka Siong Sebak Jiwa Dengan Kejadian Rakit Karam 


Oleh rmf

Walaupun kejadian ini telah berlaku beberapa hari yang lalu, namun saya mengambil kesempatan ini untuk melakarkan semula pemberitaan yang telah berlaku sebagai iktibar kepada kita semua agar sentiasa berhati hati dalam setiap gerak kerja yang dilakukan.

Pemimpin berjiwa rakyat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa mati lemas  dalam kejadian rakit karam di Sungai Bekok, Yong Peng .Johor.

Dalam kejadian tersebut telah mengobankan  empat mangsa dalam satu keluarga.Kejadian tersebut bukan sahaja meruntun hati keluarga yang malang ini dan orang ramai bahkan turut dirasai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam satu kenyatannya wee  menyifatkan kejadian ini sebagai tragik dan merakamkan takziah kepada Hairaddin sekeluarga. Sepanjang beliau mengenali Hairaddin, adalah dikenali sebagai  seorang yang rajin bekerja, komited dalam tugas serta disenangi seluruh masyarakat tempatan

Wee yang juga Timbalan Presiden MCA dan anggota Parlimen Ayer Hitam berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumah Hairaddin, di Kampung Melayu Kangkar Bahru, di sini, hari Ahad.

Wee yang turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa berpesan keadaan Sungai Bekok yang dalam selepas kerja kerja mendalamkan  sudah dilakukan sejurus bencana banjir besar yang melanda Johor sebelum ini.

Wee meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung kawasan itu memberitahu para penduduk supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai terbabit demi menjamin keselamatan penduduk serta menghindarkan kejadian  trajis ini tidak berulang lagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, rakit kayu membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga termasuk Hairaddin, tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai tersebut untuk melihat ternakan kambing mereka di tebing sungai.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izaha, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izaha, 10 bulan telah ditemui lemas sejurus kejadian itu manakala isteri Hairuddin, Lana Ismail, 55, dan anak bongsu Hairuddin, Mohd Aiman Arif, 10, hilang.

Mayat Mohd Aiman Arif kemudian ditemui pasukan bomba dan penyelamat kira-kira dua meter dari lokasi kejadian, pada pukul 8.40 malam tadi manakala mayat Lana ditemui terdampar di tebing di bawah jambatan sungai pukul itu, 8.15 pagi tadi.

Selain Hairaddin, mangsa lain yang terselamat adalah Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2. Nor Diana Alisa, bagaimanapun, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.

Image | This entry was posted in Wee Ka Siong Sebak Jiwa Dengan Kejadian Rakit Karam  and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s