Melayu Islam Kian Tersepit Disebabkan Agenda Sosialis Liberal


Oleh rmf

Istilah ‘Melayu’ dalam konsep Melayu Islam Beraja dapatlah ditakrifkan bahawa Malaysia adalah negara ‘Melayu’ yang mengamalkan nilai-nilai tradisi atau kebudayaan Melayu yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan menguntungkan.

Tetapi itu satu ketika dahulu yang mana  Malaysia mengamalkan adat budaya yang cukup tinggi dan melambangkan  kedaulatan Melayu Islam tersebut.

Sekarang betapa orang-orang Islam di Malaysia benar-benar diuji Allah. Mereka kini dalam keadaan tersepit yang amat menyesakkan dada.Apa tidaknya, ketika PAS disingkir dari paktan dan PKR yang dipenuhi Melayu Islam mula dipandang jijik setelah persemendaan mereka dengan DAP menyerlahkan siapa mereka sebenar, UMNO melalui pemimpin bawahannya masih belum lagi sedar.

Perlancaran  Pakatan Rakyat 2 pada kali ini disertai oleh DAP, PKR dan sebuah parti baru serpihan PAS iaitu PAN atau Parti Pekerja. Secara tidak langsungnya PAS kini sendirian dan terpaksa berusaha keras untuk bersaing dalam Pilihanraya akan datang.

Ketika ini, ramai orang Melayu mula runsing, resah dan terfikir-fikir apakah yang patut mereka buat. Siapakah yang patut mereka pilih. PAS kini dilihat lebih survival dalam pilihanraya akan datang dan tangan tangan yang menolak perpaduan  sesama UMNO sebenarnya  ialah tangan tangan DAP yang berwajah PAS.

Hakikatnya mereka telah berjaya mermecahkan PAS dengan pelbagai fitnah sehingga kini  PAS telah  kehilangan banyak kerusi dibawa kedalam PR 2.

Mengundi PR 2 akan menggembirakan liberalis Sosialis. Kegembiraan untuk melihat sekularisma total seperti ‘tiada lagi peruntukan kerajaan untuk membina masjid’ pastinya akan menjadi nyata.PKR sebagai dalang bagi meyesatkan Melayu atas nama kesamarataan sedang menarik tangan tangan anak muda agar  bersama mereka dalam meliberalkan pemikiran dan  beranggapan agama adalah halangan semata.

Ini tidak perlu difikirkan dengan jauh lagi apabila ciri-ciri ke arah ini telah ditimbulkan oleh Husan Musa di negeri Kelantan, negeri berpenduduk 85% Islam, dengan menyebut, pembangunan rumah ibadat orang Islam kelak mungkin akan memerlukan sumbangan orang ramai atas alasan meningkatkan komunikasi rakyat dan pemerintah. Cukup licik dan makna tersirat tidak mampu dilindungi pemilik kata kerana Allah lebih licik atas segala perancangan.

Mengundi PAS  pula ibarat menyeronokkan lagi golongan yang ibarat gerabak usang berbau karat yang ditarik lokomotif baru dikilatkan. Geseran roda yang tinggi serta kedaifan struktur gerabak tersebut memaksa lokomotif baru itu bergerak dibawah keupayaannya bagi memastikan gerabak-gerabak buruk ini tidak tergelincir tetapi; andai dihantar hujan lebat dan angin kencang, yang memusnah landasan dan menggoyangkan bebanan, terjelepuk juga gerabak-gerabak buruk ini ke paya yang hina dan kotor.

Sesetengah orang Islam di negara ini yang resah mula memikirkan tentang sistem khalifah. Itu sahaja membayangkan fisabilillah moden yang tidak pernah berlaku di negara ini terpaksa mengambil tempat. Ibarat syiling emas yang disusun tinggi di puncak gunung. Menggegarkannya membuatkan jatuh bertabur di lembah berhutan tebal yang akhirnya direbut penunggu-penunggu haloba yang menanti di hutan tersebut.

Jadi siapakah yang hendak diundi nanti? Jika orang Melayu memboikot pilihanraya atas alasan mengundi itu tidak islamik, sudah tentulah ianya merupakan tindakan menyembelih leher sendiri apabila bukan Melayu akan naik untuk memegang tampuk kuasa di tanah ini, buat pertama kali dalam sejarah 3000 tahun orang Melayu di rantau ini.

Sekiranya mereka adalah orang Islam, itulah rahmat Allah Penguasa Alam. Tetapi sehingga hari ini, bukankah mereka di dalam hati menyimpan kebencian terhadap Islam seperti yang tergambar mahupun yang tak mereka gambarkan?

Adalah menjadi harapan sebahagian besar dari orang Islam dalam negara ini mahu melihat penyatuan persaudaran islam berlaku diantara PAS dan UMNO, Namun tangan tangan ghaib didalam PAS menolak atas nama kebencian sesama Islam. Mungkin belum sampai masanya lagi.

Sesungguhnya, nasib kita Allah telah tentukan melalui usaha kita untuk merubah nasib bangsa dan agama. Mahu atau tidak, KONSESUS BEBAS perlu bertindak. Bolehkah mereka memainkan peranan?

Nampaknya orang Islam di negara ini benar-benar tersepit.

Image | This entry was posted in Melayu Islam Kian Tersepit Disebabkan Agenda Sosialis Liberal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s