BUKAN Dato Seri Najib Yang Meluluskan Perjanjian Konsesi TOL, ERL Dan IPP


Oleh rmf

Setiap gerakan yang dilakukan oleh pembangkang masa kini sentiasa merujuk kepada pemerintah yang ada sekarang. Perlu diingatkan bahawa  setiap jalur pemerintahan sudah pastinya merujuk kepada sistem pemerintahan yang telah dilakukan sebelum ini.

Banyak perkara yang terpaksa diselesaikan sekarang dimana setiap tindakan yang bakal diambil akan merujuk kepada setiap perkara yang dilakukan sebelum ini. Kajian yang mendalam dilakukan  untuk memastikan perjanjian perjanjian yang terdahulu di tamatkan tempoh atau mengubah perjanjian yang mana terdapat isikandungannya yang berat sebelah dan menguntungkan sebelah pihak sahaja

Mungkin dikalangan pembangkang sudah lupa bahawa sebahagian dari trnasfomasi yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah memastikan konsesi yang membebankan rakyat telah dan sedang diambil tindakan.

Sebagai contoh yang nyata ialah pengabilalihan IPP yang mana  kerajaan terpaksa menanggung subsidi bahan api  sebanyak RM19 billion setiap tahun dan penamatan kontrak dan akhirnya  IPP diambilalih oleh Edra dibawah 1MDB.

Permasalahan yang berlaku ialah apabila pembangkang sendiri telah mempertikaikan tindakan tersebut dan terus mendesak agar penjelasan diberikan kenapa membeli IPP yang diumpamakan besi buruk dan usang.

Bukan itu sahaja, mempertikaikan tindakan kerajaan dalam isu ERL  adalah dilihat tidak relevan langsung, ini adalah disebabkan setiap konsesi yang berlaku adalah berupa perjanjian yang telah dibuat oleh mantan perdana menteri sebelum ini .

Perjanjian yang mana memberikan kelebihan kepada pemegang konsesi yang sedia ada, Jika kerajaan bertindak untuk membatalkan konsesi tersebut , kerajaan terpaksa membayar papas an yang bernilai berbillion ringgit.

Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri pada masa itu yang menjadi rakan kongsi – YTL Corporation;

Kenaikan tambang ERL telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu khususnya yang kuat menyokong segala kemarahan mantan  kepada pemerintah sekarang  untuk menunjukkan betapa zalimnya pentadbiran sekarang yang menekan rakyat menerusi kenaikan tambang.

Tanpa mengambil kira siapa sebenarnya pemilik ERL serta perjanjian-perjanjian berat sebelah yang menyebelahi pemilik ERL, serangan dibuat secara bertali arus sehingga ke peringkat tidak munasabah.

Mantan 22 tahun dengan sendirinya mengarah Malaysia Airports membayar dari sebahagian pengunaan International dan Domestic “airport tax” dikutip dari setiap pengguna – sama ada menggunakan atau tidak perkhidmatan ERL. Saya ingat hanya pengguna International tetapi melibatkan juga pengguna domestic!

Secara keseluruhannya perdana menteri yang ada sekarang terpaksa menangung beban yang banyak susulan dari perjanjian yang berat sebelah dan membebankan rakyat. Mahu atau tidak beberapa tindakan terpaksa diambil seperti  tidak menyambung semula kontrak, menaikkan kadar tambang .

Tindakan ini adalah disebabkan oleh polisi atau dasar yang telah dijalankan semasa pemeritahan selama 22 tahun. Polisi yang tidak menguntungkan negara . Ini terbukti dengan kegagalan proton, HICOM, Cyberjaya  dan beberapa lagi projek  yang tidak menguntungkan kerajaan.

Begitu juga dengan IPP yang mana menjadi serangan terhadap perdana menteri sekarang,  pada fakta yang tidak diceritakan, Demi mahu melaksanakan agreement berat sebelah itu, YTL terpaksa meminjam untuk membina 2 loji tenaga yang menzahirkan 1,212 MW dengan mengeluarkan bond dimana ia dibeli oleh EPF (ada yang kata di paksa beli).

Dibawah perjanjian jerut leher ini TNB terpaksa membeli 72% dari pengeluaran IPP YTL selama 21 tahun. Jaminan 1.2 billion setahun sehingga tahun 2015 .

2015 tahun serangan terhadap perdana menteri dengan menggunakan 1MDB kerana kehuatiran angsa menetas telur emas tidak akan diperbaharui. Ternyata tindakan kerajaan  tidak memperbaharui perjanjian ini telah meyebabkan banyak serangan dilakukan.

Proton dan kegagalan nya setelah berpuluh tahun ujud  sambil sentiasa mahukan bantuan kerajaan , tetapi tetap tidak dianggap sebagai beban dan kesalahan kerana yang menyebabkn nya adalah bukan semasa perdana menteri sekarang , akan tetapi ianya disebabkan oleh pemerintah selama 22 tahun,

Perkara ini juga telah dinyatakan secara jelas dalam sebuah buku yang ditulis oleh Barry Wain (Malaysian maverick)  berkenaan cara cara pemerintah terdahulu  mengalihkan wang kepada kroninya (ciptaan projek, pemberian konsensi, perjanjian berat sebelah IPP dan TOL)

Begitu juga buku yang ditulis oleh mantan pengerusi TNB juga menceritakan hal yang sama tetapi mengkhususkan kepada TNB dijadikan alat menyalurkan wang kepada IPP milik kroni pemerintah 22 tahun. TNB harus dibebani dalam perjanjian berat sebelah dimana 23sen per kwh adalah 3 kali lebih tinggi dari cost 8 sen TNB yang sedia ada.

Kita semua maklum bagaimana baru-baru ini kadar tol dikebanyakan lebuhraya dinaikkan, kecuali lebuhraya-lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS. Ini adalah kerana lebuhraya-lebuhraya PLUS dimiliki 51 peratus oleh UEM Berhad dan 49 peratus oleh Tabung Haji. UEM adalah 100 peratus milik Khazanah. Langkah pemilikan PLUS Berhad telah dibuat di bawah pentadbiran sekarang  pada tahun 2009.

Perlu diingatkan lagi bawa konsesi tol yang paling banyak sekali telah diluluskan ialah pada zaman Anwar Ibrahim, dimana terdapat  14 konsesi perjanjian telah dilakukan.

Kesemuanya ini telah menunjukkan bahawa setiap permasalahn yang membebankan rakyat bukan nya datang dari kerajaan yang memerintah sekarang akan tetapi ianya datang dari ketamakan pemimpin sebelum ini.

Selain 10 konsesi baru lebuhraya yang dibina sepanjang tempoh dia menjadi Menteri Kewangan,

Perjanjian konsesi dalam bentuk seperti yang dijelaskan di atas,telah mengakibatkan pengguna lebuhraya hari ini perlu membayar caj yang lebih tinggi sebagai ganti keselesaan semasa memandu berbanding menggunakan jalan tidak bertol

Ketika mantan menteri kewangan ini berada dipihak pembangkang, dia tidak semena-mena mengkritik kerajaan kerana membenarkan pemegang konsesi lebuhraya untuk menaikkan kadar tol. Kritikannya itu menggambarkan kerajaan BN itu kejam dan zalim kononnya sengaja menekan kehidupan rakyat.

Apakah sebelum ini mantan menteri kewangan ini tidak pernah  mengkaji, meneliti, berbincang dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi lebuhraya dulu, apakah dia “tidak nampak” tentang “kezaliman” yang dia maksudkan? Kenapa dia setuju dengan terma kenaikan kadar tol secara berjadual?

Keperihatinan kerajaan sekarang  difahamkan  belum pernah lagi memanjangkan tempoh konsesi mana-mana lebuhraya  di Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009. Apa yang dilakukan Perdana Menteri ialah melepaskan kepentingan kerajaan dalam PLUS kepada UEM Berhad dan KWSP yang menyaksikan kadar tol PLUS tidak dinaikkan selama 5 tahun (2010-2015)

Image | This entry was posted in ERL Dan IPP and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s