Penyokong G25, DAP Dan PAN Panas Hati Perpaduan PAS dan UMNO


Oleh rmf

Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan masyarakat Islam, wajiblah dicari jalan perdamaian, sekalipun dengan menggunakan kekuatan jika perlu bagi memastikan perpaduan umat tidak terjejas. 

Malah kewajipan mengusahakan perdamaian di kalangan umat Islam tidak kurang darjatnya dari ibadat-ibadat utama seperti sembahyang, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan.

Sekalipun dusta adalah satu akhlak yang dicela dalam Islam tetapi memandangkan perpaduan merupakan kewajipan yang penting ia dibenar dalam usaha mewujudkan perdamaian seperti yang dinyatakan hadis yang bermaksud:

” Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan di antara manusia; lalu ia menyampaikan perkara yang baik.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad, seakan sudah hilang pedoman hidup dan kelihatan agak ketakutan bila mana berita perpaduan diantara PAS dan UMNO sedang menunju kerah kejayaan walaupun sedang hebat dikritik oleh orang Melayu yang berfahaman DAP.

Saban hari terdapat kenyataan kenyataan yang dikeluarkan untuk mengagalkan perpaduan yang amat dituntut oleh agama Islam terhadap umatnya. Bukan sekadar politik , perpaduan dan berbaik baik sesame Islam itu merupakan satu tuntutan.

Pada kebanyakan kenyataan yang dfikeluarkan oleh  Melayu fahaman DAP ini menyarankan agar penarikan semula cadangan perpaduan bersama UMNO malah ada diantara kenyataan tersebut  juga mencadangkan agar terus kekal memberikan sokongan kepada sabuah parti yang bersifat rasis dan perkauman terhadap bangsa Melayu dan meinjak injakkan agama Islam.

Dalam soal perpaduan dan kebaikan kepada umat Islam khasnya, pendekatan yang memusnahkan  perpaduan tersebut seperti prinsip “tadafuk” yang sebelum ini sebagai dasar diboleh tinggalkan jika kesannya memusnahkan perpaduan dan membelakangkan tuntutan yang sebagaimana disarankan oleh Rasullulah SAW.

Perpaduan yang  bakal terjalin nanti diantara UMNO dan PAS  akan menjadi semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini. Kerjasama sedemikian  secara tidak langsung akan mengukuhkan sistem pentadbiran yang sedai ada dan mengukuhkan kedudukan Islam dalm negara ini.

Justeru itu , jika pAS masih lagi bersama DAP dan PAN , maka akan berlaku juga kejadian seperti sebelum ini dimana setiap tindakan yang bakal diambil sudah pastinya ditentang oleh DAP yang selama ini adalah sabuah parti yang tidak menyokong mana mana parti yang berteraskan agama,

Maka prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus dalam penyertaan PAS dalam DAP  tetapi tuntutan dalam Islam dimana menentang  mana mana pihak yang berusaha untuk menjatuhkan Islam dalam apa cara sekali pun dengan cara memperkuatkan saf saf sesame Islam.

Daam kenyataan yang dikeluarkan , tidak timbul soal  terkeluarnya peranan PAS  sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH. Ini adalah kerana perjuangan yang berlandaskan Islam itu boleh dilakukan dimana mana parti dalam apa cara sekali pun.

Perkongsian idea dan pandangan dalam pengukuhan diantara PAS dan UMNO sudah jelas kelihatan dengan dasar dasar yang ditritikberatkan oleh kerajaan dengan landasan meningkatkan syiar Islam dalam negara ini.

Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Pakatan Harapan  di Malaysia,  Mana tidaknya  jika dahulu PAS dianaktirikan oleh DAP  yang bersikap perkauman , dengan perpaduan PAS dan UMNO  , Pakatan Harapan akan dilihat telah kekurangan sokongan serta tiada lagi “budak suruhan” yang akan menjalankan agenda DAP.

Sebagaimana kita tahu, DAP dan PAN adalah dua parti gabungan yang secara nyata telah menolak  sisten Islam dalam negara ini.. Perpecahan diantara PAS dan DAP dan tertubuhnya  PAN adalah bukti jelas bahawa perpecahan sesame Melayu yang dilakukan oleh Mohamad Sabu  semasa didalam PAS merupakan satu agenda melemahkan Islam.

Untuk ketika ini kita perlukan Melayu Islam Nasionalisme yang kuat sebagaimana DAP yang sedang membina pasukan Chauvanisnya . Kita perlukan kekuatan yang berlandaskan Islam dan  bersama sama menentang musuh Islam yang ada dikalangan PAN yang meyokong gerakan G25 dalam isu menghalalkan liwat dan khalwat dalam negara ini.

Kesediaan parti Islam itu (PAS) untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat merupakan satu cadangan dan tindakan yang tepat. Semak dan Imbang akan diterapkan dengan konsep yang bakal dilaksanakan diantara PAS dan UMNO.

Konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim. Siapakah musuh Islam yang paling zalim itu. Mereka ialah DAP dan PAN  dimana PAN adalah penyokong kepada G25 dan penolakan hudud serta menyokong penindasan serta mengabaikan kebajikan yang dilakukan terhadap orang Islam tanpa berbuat apa apa tentangan, Inilah musuh Islam yang zalim.

Tindakan PAN dan DAP  secara jelas membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan DAP hanya sebagai parti politik pembangkang yang mengamalkan dasar perkauman yang tegar dan melakukan penindasan terhadap etnik lain dan bukan berperanan menjadi  sabuah parti penimbang kepada kerajaan.

Didalam Islam tidak pernah ada  ketetapan dibuat untuk melakukan nasihat kejalan yang terbaik.Menasihat itu boleh dilakukan oleh mufti, NGO, tabligh, Abim, Ikram, JIM atau sesiapa pun. Dengan cara ini , berkemungkinan  akan wujud lagi banyak kepakaran bidang tertentu seperti ekonomi  Syariah serta lain lain bidang untuk diketengahkan dalam mengukuhkan kedudukan Melayu Islam dalam negara ini.

Sebenarnya ini lah ketakutan PAN dan DAP dimana kekuatan melalui perpaduan yang terjalin. Agenda memecahkan Melayu Islam  yang dibuat oleh DAP sedah pastinya akan mememui jalan buntu jika hasutan agar PAS tidak menerima  perpaduan dengan UMNO gagal dilakukan oleh PAN.

Kerjasama itu  mesti diteruskan, PAN tiada hak dan kuasa untuk menghalang usaha murni yang diterajui oleh Haji Hadi ini, Ketakutan PAN ialah apabila kekuatan PAS akan disokong oleh UMNO dalam mana  mana keadaan.

Biarlah Allah menentukan semuanya, niat dan nilai murni serta saranan yang dituntut oleh Islam perlu diteruskan walaupun terdapat manusia yang bertopengkan syaitan dengan memakai lebai dan jubah  menentang perpaduan ini. Allah Maha Adil Dan Bijaksana serta sebaik baik perancang.

Image | This entry was posted in DAP Dan PAN Panas Hati Perpaduan PAS dan UMNO and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s