DAP Perak Cuba Perangkap Kerajaan Malaysia Dalam Isu Dua Peserta Luncur Angin Israel


Oleh rmf

Sesuatu yang dipertikaikan satu masa dulu oleh DAP dan sekutunya PKR tidak akan padam dalam agenda mereka untuk memburukkan kerajaan  yang ditunjangi oleh Barisan Nasional. Tidak kira apa juga isu sudah pastinya akan mendapat liputan dan kecaman dari mereka.

Jika kita imbas kembali masa silam bagaimana UMNO dan Barisan cabinet  BN dikecam sehebatnya bila mana telah menjemput  Israel dalam kejohanan kriket  yang dilangsungkan di Malaysia. Tindakan mengibarkan bendera Israel diPWTC telah dikecam sehebat hebatnya.

Tetapi pada masa yang sama orang yang menjemput tersebut mempunyai hubungan intim secara diam dengan Israel. Kesannya kerajaan yang memerintah terkena tempiasnya. Ini adalah pengajaran juga kepada  kerajaan pada hari ini.

Menjawab persoalan yang dikeluarkan oleh Pemuda Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin. DAP Perak secara terang cuba memasang perangkap isu untuk dikenakan kepada kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Sdr. Kahiry Jamaluddin

Lima puluh negara dilaporkan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis.

Tindakan membatalkan penyertaan dengan syarat dikenakan kepada dua peluncur angin dari Israel adalah tidakan yang amat tepat. DAP sedaya upaya  mengkritik tindakan tersebut yang mana dengan alasannya bahawa sukan tanpa sempadan dan kekangan politik.

Kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin saolah olah telah bersetuju dengan kehadiran dua peluncur angina Israel  hadir meyertai acara di Langkawi, tetapi perlu kita ingatkan bahawa rindakan kerajaan bersetuju dalam hal ini akan memberikan impak dari segi politik yang besar,

Walau apa juga alasan yang diberikan oleh  DAP Perak, kerajaan mesti menilai dari kepelbagaian sudut untuk menerima masuk penyertaan  kedua dua peserta Israel ini. Dalam kes ini ianya bukan saoal peribadi , akan tetapi ianya lebih kepada fakta bahawa Israel merupakan isu yang sensitive dikalangan umat Islam dalam negara ini disampaing Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan negara tersebut dan tidak mengiktirafnya sebagai sabuah negara yang sah,

Saya amat bersetuju bahawa sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik, Akan tetapi dalam isu ini, Sukan dilihat sebagai ruang  yang akan digunakan oleh pembangkang Malaysia terutama DAP  dan PKR yang mana akan menggunakan kehadiran dua pemain ini sebagai isu politik dan mungkin akan memutarkan fakta dengan menyatakan bahawa Malaysia telah menyokong negara Israel.

Tindakan  pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf)  adalah satu tindakan yang amat tepat dan tidak boleh dipertikaikan .

Khairy telah memainkan peranan dalam penafian visa berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel. Malaysia sebelum ini telah membuat pengecualian berkaitan atas semangat kesukanan, ini benar tetapi siapakah yang membenarkan ianya berlaku, bukankah saorang yang kini menjadi pemimpin Pakatan yang sedang ditahan penjara atas isu perilaku peribadinya.

Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan  dalah hak kerajaan Malaysia jika ianya memberikan impak yang besar dari sudut Agama, politik dan keamanan  dalam negara ini.

Sudah pastinya  terdapatnya nanti bantahan kehadiran kedua pemain ini dilancarkan oleh pembangkang, ini adalah kebiasaan yang dilakukan.

Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin sekali lagi cuba memasang perangkap isu untuk memberikan tekanan  agar kerajaan bertolak ansur dalam kemasukan peserta Isreal dalam sukan luncur angin.

Secara dasarnya nanti Malaysia akan memboikot Sukan Olimpik sekiranya dianjurkan oleh Israel dan sudah pasti ianya akan diadakan di Israel. Persoalannya adakah Malaysia mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel?

Didalam hal ini Malaysia juga telah mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta Israel itu. Antaranya ialah sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol. Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.

Tindakan yang terbaik selalunya akan menghasilkan keputusan yang terbaik, kecuali kepada DAP dan sekutunya yang sentiasa mencari ruang untuk menghentam kerajaan Malaysia.

Jangan percaya Pakatan Rakyat , Keduanya adalah mempunyai hubungan sulit dengan Israel melalui apa yang telah dimenterai di Maryland  yang dipersetujui dan ditanda tangani sokongan penubuhan negara Israel yang sah,.

Image | This entry was posted in DAP Perak Cuba Perangkap Kerajaan Malaysia Dalam Isu Dua Peserta Luncur Angin Israel and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s