Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel.


Oleh rmf

Beratus fakta penafian dan bukti bertulis  yang mana menerangkan bahawa McDonald’s Malaysia tidak mempunyai kaitan dan tidak terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan  Israel dalam  usaha  serangan untuk menjatuhkan McDonald’s  dengan tohmahan yang dibuat oleh pihak tertentu dengan tidak bertanggungjawab.

Tindakan ini menunjukkan bawa pihak yang tidak bertanggung jawab dalam menyebarkan maklumat yang bercanggah adalah menunjukkan bahawa mereka tidak melakukan  pembacaan dan analisis fakta yang sebenarnya.

Dengan hanya melihat jenama McDonald’s sahaja banyak pihak terus menuding jari prihal sumbangan  kepada Israel. Persepsi ini adalah salah jika ianya dibuat berdasarkan emosi semata mata. Penerangan melalui artikel artikel berkaitan maching gift, JUF telah pun diterangkan secara terperinci.

Melalui post sebelum ini :

1-Boikot McDonald’s Bukan Cara Jika Tidak Tahu Fakta
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/03/boikot-mcdonalds-bukan-cara-jika-tidak-tahu-fakta-sebenarnya/

2-McDonald’s Malaysia Anjur Program Keagamaan Bersama Ustaz Kazim Alias
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/15/mc-donalds-malaysia-anjur-program-keagamaan-bersama-ustaz-kazim-alias-di-pahang/

3-McDonald’s- Tahukah Anda
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/19/mcdonalds-tahukah-anda/

4-McDonald’s Malaysia Tidak Pernah Membayar Royalti Kepada McDonald’s Israel
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/21/mcdonalds-di-malaysia-tidak-pernah-membayar-royalti-kepada-mcdonalds-di-israel/

5-Kebersihan Penghasilan Daging McDonald’s Dan Persijilan Halal JAKIM Melalui SOP yang Amat Ketat
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/23/kebersihan-penghasilan-daging-mcdonalds-dan-persijilan-halal-jakim-melalui-sop-yang-amat-ketat/

6- Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel
https://rmf7.wordpress.com/2015/12/24/fakta-menolak-tohmahan-mcdonalds-malaysia-menyumbang-kepada-israel/

McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

Tiada sebarang bukti  kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya dalam isu berkaitan dengan sumbangan McDonald’s Malaysia terhadap keganasan Israel keatas rakyat Palestin. Segala maklumat yang berkaitan dengan isu ini kita boleh selusuri laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald’s Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Sebagai perkongsian lanjut kepada dakwaan pertama bahawa McDonald’s Corporation dimiliki seorang pemilik berbangsa Yahudi, dikongsikan laman sesawang mengenai pemegang sahamnya.
http://investors.morningstar.com/ownership/shareholders-major.html?t=MCD&region=usa&culture=en-US&ownerCountry=USA

Berpandukan paparan di bawah, dengan jelas membuktikan McDonald’s tidak dimiliki pemegang saham lebih daripada 10% jumlah saham yang sudah menjadi amalannya yang telah diperdagangkan di Bursa Saham New York sejak pada tahun 1965 lagi.

Sekali gus telah menolak dakwaan yang dihebahkan dengan mengatakan bahawa McDonald’s Malaysia adalah diantara yang bersekongkol dalam isu penyumbangan dana kepada Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

Semenjak ianya ditubuhkan McDonald’s  telah mengamalkan  perniagaan secara beretika, dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan sejagat.

Di Malaysia McDonald’s berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui khidmat komuniti yang dijalankan..

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald’s Malaysia di talian 03–78433388. McDonald’s secara terbuka  akan memberikan penerangan berikutan dengan kemuskilan yang  bermain dibenak fikiran rakyat Malaysia.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam ‘Operasi Perlindungan Sempadan’ tidak lama dahulu. Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.

McDonald’s Corporation dikatakan telah menyumbang Dana kepada Jewish United Fund (JUF) untuk membiayai ketenteraan di Israel. Perlu diingatkan bahawa dalam  memperkatakan sumbangan tersebut, difahamkan hanya  McDonald’s di Amerika sahaja yang terlibat. Selain dari Amerika McDonald’s  McDonald’s Malaysia tidak terlibat dalam sumbangan ini.

Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web rasmi Jewish United Fund [JUF] of Metropolitan Chicago), McDonald’s Corporation adalah rakan kongsi korporat JUF dan Jewish Federation. Untuk bercerita tentang sumbangan tersebut seharusnya pihak yang tidak bertanggungjawab ini  mencari kebenaran. Semuanya telah dimuatkan didalam web http://www.juf.org/about_juf/where.aspx

Saya ulangi lagi maklumat ini bahawa tiada satu pun bukti yang mengatakan bahawa sumbangan telah dibuat oleh McDonald’s yang tertulis dalam  laporan tahunan kewangan McDonald’s yang telahpun dioditkan dari tahun 2000 hingga 2014.

http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors/annual_reports.html , tidak satu pun mempunyai bukti kukuh “money trails” sumbangan dibuat McDonald’s AS adalah bertujuan untuk peperangan, keganasan atau pembesaran kawasan Zionis ataupun sampai ke tangan Israel Defence Forces.

Kebanyakkan program-program yang ditaja McDonalds adalah berbentuk pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat setempat yang bersifat kemasyarakatan, program bersama NGO-NGO dan banyak lagi.

Yang seronoknya apabila di Arab Saudi, terdapat lebih 83 cawangan termasuk 4 di Madinah dan 4 di Tanah Suci Mekah, termasuk yang terbaru di pusat membeli belah Abraj al-Bait (Towers of the House) hanya beberapa meter daripada Kaabah, dengan Putera Mishaal bin Khaled Al Saud adalah pemegang lesen. -table4three

Sebagai menguatkan lagi hujah berkaitan sumbangan ini, bukan sahaja  McDonald’s Malaysia, malah McDonald’s UK (United Kingdom) pula di dalam satu kenyataan melalui laman sesawangnya, umumnya McDonald’s UK tidak menderma kepada JUF atau mana-mana pertubuhan politik dan tidak berpihak kepada mana perbalahan atau pertikaian poltik mahupun agama.
https://www.mcdonalds.co.uk/ukhome/whatmakesmcdonalds/questions/running-the-business/charities/do-mcdonalds-support-the-jewish-united-fund.html

secara tidak langsung mengesahkan polisi McDonald’s  Malaysia tidak terlibat di dalam penggalakkan aktiviti keganasan sedemikian, kecuali  perkara yang melibatkan  sumbangan  berkaitan dengan kebajikan masyarakat setempat sahaja.

Image | This entry was posted in Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s