SPAD-Amalkan Membeli Tiket Musim Perayaan Di Talian Untuk Mengelakan Kesesakan Kaunter


Oleh rmf

SETIAP kali musim perayaan, setiap kali jugalah kaunter-kaunter bas ekspres dan stesen keretapi dikerumuni warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Hanya untuk mendapatkan sekeping tiket bas balik ke kampung, warga kota sanggup meredah kesesakan lalu lintas malah menunggu sejak subuh di kaunter.

Ketika itu lambaian kasih ibu jelas terbayang di mata walau apa pun caranya, tiket bas perlu diperoleh. Ketika itu semua sedia untuk diredah, terpacak di kaunter selepas subuh, kesesakan lalu lintas, berhimpit-himpit di kaunter hanya untuk dapat kembali ke kampung halaman.

Nasib mungkin lebih baik sekiranya tempahan dibuat lebih awal, sebulan atau dua bulan sebelum musim perayaan tetapi berapa ramai yang mampu melakukannya kerana kebanyakan daripada kita perlu menunggu kelulusan cuti dari majikan.

Belum lagi masalah dengan ‘ulat-ulat’ tiket yang sentiasa berkeliaran di terminal dan kaunter bas ekspres mencari mangsa dengan menawarkan tiket-tiket bas yang tidak dipastikan kewujudannya.

Bagaimanapun situasi bersesak-sesak di kaunter bas ekspres akan beransur-ansur berubah sejak sistem tiket bas ekspres sehenti yang telah dilancarkan sedikit masa dahulu.

Kini pengguna yang ingin pulang ke kampung menjelang perayaan, bercuti ke destinasi terpilih atau ke mana-mana saja ke seluruh Semenanjung Malaysia hatta Singapura boleh merancangkan percutian mereka dengan hanya satu klik atau satu panggilan telefon melalui talian.

Atas kesedaran ini lah SPAD menyarankan kepada pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas  dan juga lain lain perayaan yang ingin  menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket  Vending Machine atau TVM).

Untuk memudahkan pelangan dalam mencari sesawang yang menawarkan perkhidmatan etiket SAPD telah menyenaraikan sejumlan nama syarikat syarikat bas yang  menawarkan perkhidmatan atas talian ini dengan melayari sesawang SPAD http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .

Dengan pengenalan sistem atas talian ini kepada semua pengguna perkhidmatan ke pantai timur dan beberapa destinasi  yang ditetapkan, sekali gus ianya akan dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku dikaunter pembelian tiket secara terus.

Dengan perkembangan teknologi masa kini serta pengurusan yang dianggap terbaik , TBS dan BTS telah menyediakan sebanyak  7TVM yang menawarkan tiket daripada 68 syarikat bas ekspres. Sebanyak 41 kaunter sistem tiket berpusat juga telah dibuka bagi penjualan tiket cetakan computer kepada pengguna.

Disamping itu , dalam menampung permintaan dan keperluan bas pada musim perayaan , SPAD telah membuka permohonan lesen perubahan sementara (LPS)  kepada pengendali bas dalam usaha menyediakan bas tambahan.

Tempoh sah LPS ini adalah dari 23 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016. SPAD ingin menasihati syarikat bas ekspres untuk memohon LPS awal sebelum setiap musim perayaan.

Kenyatan Akhbar SPAD

spad

Image | This entry was posted in SPAD-Amalkan Membeli Tiket Musim Perayaan Di Talian Untuk Mengelakan Kesesakan Kaunter and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s