KETUA PENGARAH PERTAHANKAN YaPEIM DARIPADA SERANGAN FITNAH


Oleh rmf

dato kp

SEBAIK sahaja institusi ini diserang dan difitnah oleh pihak-pihak tertentu sejak 9 November 2015, YaPEIM melalui Ketua Pengarahnya Dato’ Abibullah Hj Samsudin telah menjelaskan dalam kenyataan medianya pada 12 November 2015, bertajuk ‘YaPEIM Berprinsip Syariah dan Berintegriti Tinggi’.

Walaupun penjelasan itu diberikan, serangan fitnah masih lagi bertubi-tubi, maka sekali lagi pada 17 November 2015, Ketua Pengarah YaPEIM mengeluarkan sekali lagi kenyataan media bagi memberi penjelasan dengan lebih komprehensif.

Kenyataan media itu bukan sahaja tersiar di media cetak, elektronik dan media sosial, laman rasmi YaPEIM (www.yapeim.net.my) turut menyiarkannya, dan begitu juga di facebook rasmi YaPEIM (Yapeim_Official).

Pada 18 November2015, Ketua Pengarah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap Akmal Nasir iaitu Pengarah Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang juga Ketua Cabang PKR, Johor Bharu.

Laporan polis itu dibuat kerana pendedahan Akmal Nasir berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dicuri atau diperolehi secara salah hingga beliau mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar serta dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi YaPEIM dengan kenyataan dan persoalan yang sengaja direka.

Ketua Pengarah seterusnya diundang ke beberapa stesyen televisyen dan radio untuk menjelaskan lagi fitnah dan tohmahan jahat terhadap YaPEIM. Ini termasuklah pada 20 November 2015 di RTM dalam rancangan ‘Lanskap’.

Pada 30 November 2015 pula, Ketua Pengarah YaPEIM ke TV Al-Hijrah untuk rancangan PERSEPSI secara langsung bertajuk : Beramal Jariah- Menyubur Rezeki, Membangun Ummah.

Pada 2 Disember 2015, Ketua Pengarah YaPEIM telah menjawab soal jawab di Radio IKIM.

Semua ini telah disiarkan semula dalam laman web rasmi YaPEIM dan laman facebook rasmi YaPEIM, yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja berada.

Kronologi ini dengan jelas menafikan tuduhan bahawa Ketua Pengarah tidak keluarkan apa juga bentuk kenyataan rasmi mempertahankan fitnah YaPEIM seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Sesungguhnya, Ketua Pengarahlah yang mempertahan dan menjawab segala fitnah-fitnah di semua media yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak terhadap YaPEIM.

Begitu juga ketika Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM diserang, Ketua Pengarah YaPEIM lah yang tangkas bangun mempertahankannya di media arus perdana dan media sosial.

Dakwaan bahawa Ketua Pengarah tidak mempertahankan daripada difitnah ini kelihatan mahu melaga-lagakan pula pihak dalaman YaPEIM, selepas fitnah oleh kumpulan tertentu itu gagal meruntuhkan institusi ini yang telah ditubuhkan sejak tahun 1976 lagi.

Marilah kita sama-sama menjauhi segala fitnah, yang boleh merosakkan institusi Islam di negara ini, dan bersama-sama kita membangunkan sosio-ekonomi ummah.

http://www.yapeim.net.my/posts/penjelasan-yapeim-terhadap-fitnah-akmal-nasir/

Image | This entry was posted in KETUA PENGARAH PERTAHANKAN YaPEIM DARIPADA SERANGAN FITNAH and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s