Kebersihan Penghasilan Daging McDonald’s Dan Persijilan HALAL Jakim  Melalui SOP Yang Amat Ketat


Oleh rmf

4

Ramai pengemar makanan segera atau “Fast Food” McDonald’s terpengaruh dengan tohmahan  dan fitnah yang dilemparkan  kepada industri makanan siap saji dalam kepelbagaian cara.McDonald’s  tidak hanya digemari kaum remaja tapi,restauran “fast food” ini juga digemari berbagai golongan dari orang tua hingga anak-anak muda sudah pastinya

Fitnah yang dilemparkan bukan sahaja melibatkan kaitan McDonald’s  dengan Israel malah berbagai cara dilakukan untuk meruntuhkan industri makanan cepat saji di Malaysia terutama berjenama McDonald’s.

Semua fitnah ini telah disanggah dengan fakta fakta jelas dan berhemah untuk membuktikan bahawa McDonald’s  tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan sumbangan yang disalurkan kepada Israel.

Begitu juga tohmahan dan fitnah yang mengatakan penyediaan daging yang dihasilkan adalah dikatakan cukup menjijikkan dan tidak menepati SOP yang ditetapkan. Tidakan ini sekali gus  telah banyak merugikan industri hidangan cepat saji ini dipasaran.

Tahukan anda bahawa penyediaan daging McDonald’s adalah diantara prosedur yang amat ketat dan dijaja  kualiti dan juga kebersihan penyediaannya.

Mana mungkin  tuduhan sedemikian dilakukan dengan tidak mengambil kira kelulusan yang diberikan oleh pihak JAKIM dalam Persijilan Halal.

Justeru itu adalah satu pembohongan besar dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan fitnah  terjadap McDonald’s. Dengan Persijilan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM Sekali gus JAKIM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh penghasilan daging mengikut hukum syarak.

McDonald’s di Malaysia di seliakan secara terus oleh Jakim dan setakat hari ini, pihak McFood yang bertanggung jawab membekal daging ke McDonald’s mengikut polisi yang ditetapkan oleh Jakim. Sekarang McFood telah membekalkan daging yang diambil dari Australia, Ini adalah kerana  disana  terdapatnya pembekalan daging halal yang diktiraf oleh Jakim.

Bahagian Hab Halal Jakim memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.

Dalam memastikan produk makanan McDonalds melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Dibawah ini adalah petugas yang diamanahkan oleh JAKIM memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Menghidangkan makanan Halal yang berkualiti sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami sentiasa memastikan produk kami berkualiti dan 100% memenuhi syarat Halal.

Bagi pengawasan ketat, kami mempunyai Ahli Audit Halal dalaman McDonald’s sendiri yang berterusan memastikan semua proses kami mematuhi keperluan pensijilan Halal. Disamping itu, kami juga mendapat khidmat dua penasihat Syariah.

Ahli-ahli Audit Halal dalaman McDonald’s:
Pengerusi: Wan Mohd Zam Wan Embong, Ahli Lembaga
Wakil Pembelian Bahan Mentah:
Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Sumber Strategik
Wakil Pengeluaran/Operasi: Tuan Haji Mohd Nasir Mailok, Pengurus Operasi
Penasihat Syariah:
Associate Professor Dr. Muhd Fauzi bin Mohamad
Ustaz Khairuddin Malik

Panel Jemputan:
Penasihat Tugasan Khas: Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi & Menu

Wakil Kawalan Mutu: Ruth Cheng, Pegawai Kanan Kawalan Mutu

Pembekal luar negara McDonald’s  juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan  di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.

McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan JAKIM. Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan

McDonald’s dalam  dalam beberapa negara dengan nilai transparansinya dengan memaparkan bagaimana penghasilan pemerosesan daging dilakukan. Secara tidak langsung ianya menunjukkan kepada pelanggannya, bagaimana proses daging dihasilkan.

Kebersihan, mutu , dan kawalan kualiti serta pemeriksaan terhadap daging semuanya diambil kira dan menepati SOP yang  diberikan. Kegagalan berbuat demikian  secara tidak langsungnya akan menjurus kepada  penarikan semula Persijilan Halal yang diberikan oleh JAKIM.

Audit di kilang bukan sahaja kepada bahan ramuan sahaja, tapi akan tentukan bagi pembuktian berkenaan produk itu. JAKIM  juga melihat proses produk berkenaan, peralatan, kebersihan persekitaran serta pekerjanya.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyediaan daging burger McDonald’s di Malaysia adalah dipantau rapi oleh JAKIM bagai memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan daging segar McDonald’s tanpa rasa was was.

Kebersihan , Kualiti dan  segalanya amat dititik beratkan untuk memastikan pelanggan McDonald’s mendapat yang terbaik. Sudah Pastinya dari McDonald’s

Image | This entry was posted in Kebersihan Penghasilan Daging McDonald's Dan Persijilan HALAL Jakim  Melalui SOP Yang Amat Ketat and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kebersihan Penghasilan Daging McDonald’s Dan Persijilan HALAL Jakim  Melalui SOP Yang Amat Ketat

  1. aminexpressowhatever says:

    Bagi memastikan bahawa tidak akan ada isu halal atau tidak sesuatu produk itu JAKIM harus mengambil pendekatan baru dan perlu meminda SOP mereka tentang kelulusan persijilan produk halal mereka ini. Pendekatan yang bersifat komersial memang akan ada banyak loop hole dan seharusnya di nilai semula. Secara logiknya pemantau yang berbentuk manusia Muslim adalah jauh lebih baik daripada kertas sijil yang mereka keluarkan. Apabila kita merujuk kepada standard SOP yang pihak JAKIM keluarkan melalui website mereka melalui http://truthhalal.my/tag/sop-sijil-halal-jakim/

    Tidak terdapat langsung didalam peraturan SOP mereka untuk meletakkan seorang “pemantau” manusia yang berugama Islam didalamnya. Secara logiknya peraturan yang sempurna tidak akan berjaya untuk di turuti dengan teliti sekiranya tiada pemantau yang bertanggung jawap bagi memastikan setiap peraturan ketat JAKIM itu di ikuti sepenuhnya. Manakan tidak ? Bagaimana kalau sekiranya syarikat yang memohon itu milik orang bukan Islam? Mungkin JAKIM boleh memberi kursus khas dan memgeluarkan sijil tertentu kepada pemantau-pemantau yang berkerja didalam syarikat pengeluar itu dengan mengenakan syarat tambahan kepada syarikat pengeluar. Mungkin kaedah ini tidak banyak menguntungkan JAKIM untuk jangka masa pendek tetapi mana dan apa yang lebih penting sebenarnya?

    Didalam hal ini JAKIM harus mementingkan kredibiliti sebab ianya adalah jauh lebih penting berbanding keuntungan bagi jangka masa pendek.

    • rmf7 says:

      maafkan saya- Saya tertinggal data tersebut… sudah saya perbetulkan..

      Bagi pengawasan ketat, kami mempunyai Ahli Audit Halal dalaman McDonald’s sendiri yang berterusan memastikan semua proses kami mematuhi keperluan pensijilan Halal. Disamping itu, kami juga mendapat khidmat dua penasihat Syariah.

      Ahli-ahli Audit Halal dalaman McDonald’s:
      Pengerusi: Wan Mohd Zam Wan Embong, Ahli Lembaga
      Wakil Pembelian Bahan Mentah:
      Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Sumber Strategik
      Wakil Pengeluaran/Operasi: Tuan Haji Mohd Nasir Mailok, Pengurus Operasi
      Penasihat Syariah:
      Associate Professor Dr. Muhd Fauzi bin Mohamad
      Ustaz Khairuddin Malik

      Panel Jemputan:
      Penasihat Tugasan Khas: Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi & Menu

      Wakil Kawalan Mutu: Ruth Cheng, Pegawai Kanan Kawalan Mutu

  2. Pingback: Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel. | Dwan Junid RMF ( RMF7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s