McDonald’s di Malaysia TIDAK PERNAH membayar royalti kepada McDonald’s di Israel


Oleh rmf

5

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, susah untuk kita kaitkan sumbangan McDonald’s kepada JUF yang sampai kepada mereka yang melakukan kezaliman di atas bumi Palestin tidak kira di Gaza atau di Tebing Barat.

Sumbangan korporat kepada JUF dibuat mengikut program-program khusus untuk pendidikan, sosial, budaya dan tiada langsung untuk program ketenteraan. Jadi tuduhan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurkan bantuan kepada tabung Israel adalah tidak benar sama sekali dan ianya merupakan sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap produk McDonald’s yang kini sudah mendapat tempat di hati sebilangan rakyat Malaysia.

McDonald’s AS adalah sebuah entiti/syarikat yang diperdagangkan di Bursa Saham New York (NYSE). Ia dimiliki oleh lebih daripada 1.8 juta pemegang saham yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan warganegara.

Mana-mana pemegang saham itu, baik individu mahupun entiti TIDAK memiliki lebih daripada 10% jumlah pegangan saham. Untuk maklumat lebih jelas dan terperinci, sila layari link yangdisediakan di bawah:
www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors.html
www.nyse.com/quote/XNYS:MCD

Sebagai sebuah syarikat antarabangsa francais McDonald’s yang telah beroperasi di 120 negara termasuklah di negara Islam, McDonald’s telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara berbilang bangsa, agama dan sudah pastinya menyajikan kelazatan makanan segera dari menunya kepada rakyat dan warganegara asing yang bersih dan suci, khususnya di Malaysia.

Di Malaysia, terkini terdapat lebih dari 250 premis restoran McDonald’s dengan lebih daripada 8,000 orang kakitangan dan dijangkakan menjelang tahun 2020, jumlah restoran mencecah sebanyak 500 buah.

Berikut adalah penilaian dan  saorang francaisi McDonald’s dan TIDAK mewakili McDonald’s Malaysia  Ya! Saya sokong tindakan boikot sebagai salah satu cara meluahkan rasa tidak setuju terutama terhadap polisi dan tindakan sesebuah organisasi. Namun, tindakan boikot hendaklah berpaksikan kebenaran dan fakta.

Dikatakan salah satu faktor yang “menghalalkan” kempen boikot jenama McDonald’s adalah kerana McDonald’s di Malaysia khususnya memberi sumbangan Royalty Fees sebanyak 5% kepada McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.

Tetapi pernah atau sebaliknya mereka yang ingin memboikot McDonald’s ini menyelidik kenapa royalti ini dibayar? Melalui sistem perniagaan francais, yang mana francaisi perlu membayar royalti (kadang-kadang dikenali sebagai system fees atau service fees, bergantung kepada jenama sesebuah francais) kepada francaisor kerana menggunapakai sistem perniagaan mereka.

Dalam sistem perniagaan McDonald’s, Royalty Fees ini dibayar oleh pengusaha dan pemilik (dikenali sebagai francaisi) cawangan McDonald’s di seluruh dunia. Kebanyakan perniagaan berasaskan francais menggunakan sistem pembayaran royalti ini, cuma mungkin kadar peratusannya berbeza.

Setiap francais McDonald’s di Malaysia  membayar royalti fees kepada McDonald’s Corporation. Begitu juga cawangan McDonald’s seluruh Malaysia, McDonald’s di Indonesia, McDonald’s di Arab Saudi, McDonald’s di Israel dan SEMUA cawangan McDonald’s di dunia.

Persoalan yang banyak ditanyakan oleh pihak pelanggan atau rakyat Malaysia ialah adakah Royalty Fees Disalurkan Kepada McDonald’s Israel? Jawapan yang akan saya berikan ialah TIDAK! McDonald’s di Israel BUKAN dimiliki oleh McDonald’s Corporation dan BUKAN juga anak syarikat McDonald’s Corporation.

McDonald’s di Israel dipunyai 100% oleh syarikat tempatan (francaisi), dibawah nama syarikat Aloniel Limited. Pemilik Syarikat tersebut bernama Dr. Omri Padan dan beliau adalah warganegara Israel. Ini bermakna, McDonald’s di Israel membayar royalti KEPADA McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, SAMA keadaannya seperti McDonald’s di Kota Kinabalu  (francaisi) membayar royalti kepada McDonald’s Corporation. Oleh itu, sebarang hasil royalti di Malaysia (terutama bagi syarikat yang dimiliki oleh francaisi di Malaysia) akan disalurkan kepada McDonald’s Corporation disebabkan hubungan dan sistem perniagaan FRANCAISI-FRANCAISOR tersebut.

Namun, pembayaran royalti berhenti setakat itu sahaja. McDonald’s di Malaysia TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Israel kerana McDonald’s di Israel adalah francaisi dan tiada kena mengena dengan McDonald’s Corporation.

Jadi, hasil jualan (termasuk hasil royalti), tidak sampai ke negara Israel. Sepertimana juga CONTOHNYA dengan McDonald’s di Kota Kinabalu  TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Kuala Terengganu (disebabkan seseorang francaisi tidak membayar royalti kepada francaisi yang lain).

McDonald’s Corporation Sebagai Rakan Korporat Jewish United Fund (JUF)? Cerita ini keluar setelah sebuah print screen ucapan “terima kasih” daripada JUF terhadap McDonald’s Corporation di atas sumbangan syarikat korporat tersebut tersebar luas. Print screen tersebut boleh dilihat disini : http://www.inminds.co.uk/mcdonalss-juf.jpg

Namun, menurut laporan kewangan tahunan (yang telah di audit oleh auditor bebas) di laman web JUF, di sini: http://www.juf.org/uploadedFiles/JUF…e_partners.pdf,

McDonald’s TIDAK disenaraikan sebagai penyumbang utama atau rakan korporat terhadap pertubuhan JUF. Jika dilihat dari sudut “weightage of evidence”, bukti yang terkandung di dalam laporan tahunan tersebut lebih menyakinkan jika dibandingkan dengan sekadar screenshot atau print screen yang sebelumnya.

Mungkin kita perlu lebih teliti tentang sesuatu fakta terutama di era media sosial seperti sekarang. Setuju atau tidak adalah hak masing-masing. Yang paling penting, orang awam terutama kanak-kanak, kaum wanita serta orang tua yang menjadi mangsa korban di Palestin, Burma, Syria dan dimana sahaja perlu dibela tanpa mengira agama bangsa dan negara.

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/McDonald’s_Israel

http://www.mcdonalds.co.il/About_McDonalds

Image | This entry was posted in McDonald’s di Malaysia TIDAK PERNAH membayar royalti kepada McDonald’s di Israel and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to McDonald’s di Malaysia TIDAK PERNAH membayar royalti kepada McDonald’s di Israel

  1. Pingback: Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel. | Dwan Junid RMF ( RMF7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s