FGV Akan Membina Kemudahan Gudang, Logistik Di Tanjung Langsat


Oleh rmf

Industri logistik menjadi tulang belakang kepada rantaian bekalan global  dan  menjadi semakin penting dalam menggalakkan aktiviti perdagangan, meningkatkan kecekapan perniagaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Logistik juga penting untuk meningkatkan daya saing sesabuah syarikat  dan memperkukuh ketersambungan ke seluruh dunia. Walaupun pengangkutan merupakan komponen teras, sektor logistik juga merangkumi pelbagai bidang lain termasuklah penyimpanan, pergudangan, perkhidmatan penghantaran dan penyelenggaraan peralatan.

Secara umumnya logistik ditakrifkan sebagai proses merancang, melaksanakan dan mengawal kecekapan aliran barangan dan perkhidmatan, penyimpanan barangan dan maklumat berkaitan daripada peringkat penghantaran hingga penggunaan.

 Industri logistik di Malaysia terdiri daripada syarikat logistik yang kebanyakannya bersaiz kecil dan sederhana. Aktiviti fret logistik dilaksanakan sama ada secara penyumberan luar kepada penyedia perkhidmatan logistik profesional atau dilaksanakan secara dalaman oleh pengilang dan pengedar

Fasilitasi perdagangan dan logistik memainkan peranan penting dalam pergerakan barangan dan perkhidmatan dari lokasi pengeluaran ke lokasi penghantaran dalam dan luar negara.

Dalam hal yang demikian dan kepentingan logistic dalam mengembangkan sistem dan memperkukuhkannya, Felda telah mengambil satu langkah yang tepat untuk meningkatkan keupayaannya.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan membina kemudahan gudang dan logistik di Tanjung Langsat, Johor untuk meningkatkan keupayaan logistik bagi keseluruhan kumpulan itu.

Kemudahan tersebut akan dibina di atas tanah seluas empat hektar di kawasan dalam bon pelabuhan, dengan utiliti untuk penggunaan logistik serta penyambungan terus ke terminal pelabuhan.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata ia dijadual siap pada Mac 2017.

Sebuah anak syarikat baharu, FGV Logistics Sdn Bhd, telah ditubuhkan untuk mengurus dan mengendalikan kemudahan itu dengan kerjasama syarikat gudang tempatan bagi pasaran domestik dan antarabangsa, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Sementara itu, Ketua Kluster Perdagangan, Pemasaran dan Logistik (TML) FGV, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata berdasarkan kajian pasaran baru-baru ini, keperluan di selatan Johor semakin meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lepas.

Beliau berkata permintaan adalah dari sektor minyak dan gas, kejuruteraan dan pembinaan, industri marin berat, PSA Singapore dan juga penyertaan penggiat dagangan komoditi dalam penghantaran fizikal.

“Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kluster TML untuk menambah komponen rantaian bekalan logistiknya dalam jangka panjang bagi meningkatkan penguasaan pasaran dan pendapatan kumpulan,” kata Khairil Anuar

Image | This entry was posted in Logistik Di Tanjung Langsat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s