SPAD Sasarkan Perkhidmatan Bas Henti-Henti Cemerlang  pada tahun 2016


Oleh rmf

Keberkesanan sesuatu perubahan yang dilakukan  bertitik tolak kepada  pemantauan yang dilakukan untuk memastika ianya berjalan lancar dan mengenal pasti permasalahan yang berlaku. Ini adalah perkara biasa apa bila sesuatu perubahan dilakukan.

Maklum balas pengguna amat penting bagi memastikan semua perkhidmatan yang diatawarkan menepati sasaran dan memberikan  kepuasan dan kepercayaan  semua pihak.

Justeru itu,  perlaksanaan bas henti-henti (BNR) yang telah dilakukan penambahbaikan perkhidmatan telah mendapat perhatian yang serius  oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid untuk melihat sendiri keberkesanan daripada perubahan yang dilakukan.

Pengerusi SPAD telah melakukan sendiri  telah turun ke lapangan untuk mendapatkan maklum balas pengguna dan memastikan perkhidmatan yang diberikan cekap dengan kekerapanperkhidmatan bas bergerak lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kecekapan perkhidmatan dalam penambahbaikan perkhidmatan bas henti-henti merupakan matlamat SPAD dan ianya adalah bertujuan  untuk memastikan pengguna perkhidmatan awam terutama bas henti-henti tidak menunggu lama serta dapat menampung  gerakan penumpang setiap waktu.

Hasil daripada turun pandang yang dilakukan sendiri oleh Pengerusi SPAD ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang dianggap serius dibeberapa buah tempat tumpuan pengguna. Kelemahan  yang paling ketara operasi bas henti-henti dibeberapa tempat yang dikenal pasti ialah kekurangan bas.

Setelah 20 hari beroperasi perubahan pengsturukturan BNR ini yang melibatkan laluan disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Permasalahan kekurangan bas merupakan masalah yang perlu diatasi dengan segera.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang bertarikh 16  Disember yang lalu, melalui maklum balas yang diterima sendiri oleh Pengerusi SPAD, SPAD dalam kenyataannya telah mengarahkan sebanyak 59 buah bas tambahan diletakkan dikawasan kawasan yang menjadi tumpuan dan bagi menampung permintaan penumpang.

Diantara lokasinya yang telah dikenalpasti ialah sepanjang Koridor Jalan Ipoh dan Sungai Besi yang merangkumi laluan Kepong, Selayang dan Puchong. Ini bagi memastikan kekerapan bermula 18 Disember dilokasi berkenaan.

Pengagihan bas  tambahan ini  telah melibatkan 22 buah telah diarahkan  ke Koridor Jalan Ipoh bagi menampung kawasan Taman Ehsan, Sri Sinar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama..

Bagi ke Koridor Sungai Besi 10 buah bas tambahan dikerahkan yang merangkumi laluan Serdang dan laluan Putrajaya ke Bandat Utama..

27 buah bas tambahan di Koridor Lebuhraya Persekutuan yang meliputi kawasan Kampung Delek, Pendamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang

Secara rasminya SPAD telah membuat pengumuman bahawa  pengendali  RapdKL  akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan laluan 506 iatu laluan yang melibatkan(Putrajaya Sentral – Bandar Utama) di sepanjang koridor Sungai Besi dan laluan 600 yang melibatkan kawasan (Puchong Utama-HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama yang akan dikendalikab RapidKL bermula 21 Disember inu di koridor

Penjadualan operasi laluan 600 juga telah ditetapkan dan dimulakan pada  jam 5:30 pagi – 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang

Bagi laluan 506 akan beroperasi dari 6:00 pagi – 11:30 malam dengan kekerapam setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

SPAD secara dasarnya akan terus melakukan pemantauan operasi dan melihat kelemahan dari kepelbagaian sudut bagi memastikan perkhidmatan bas henti henti ini  akan  dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik .

Kekurangan  serta menghadapi masalah dalam proses perubahan penambah baikan adalah merupakan satu proses kearah pemantapan perkhidmatan  yang terbaik. Segala yang dilakukan oleh SPAD adalah bersesuaian dengan permintaan pengguna yang mana kini telah berminat untuk memilih pengangkutan awam sebagai  alternative utama.

Sebarang aduan boleh menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan anda atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di http://www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter – @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari http://www.spad.gov.my/bnr .

Gambar Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid melakukan lawatan sistem BNR di Laluan 151 (Rawang-Selayang)

Image | This entry was posted in "Jangan Monyet!! Jangan Monyet!! Degil jugak, SPAD Sasarkan Perkhidmatan Bas Henti-Henti Cemerlang  pada tahun 2016 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s