FGV Ke Arah Projek Mesra Alam- Pengahasilan Plastik Bio  Dari Sisa Kelapa Sawit


Oleh rmf

Ketua Pengawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani tengah
Selepas majlis menandatangani MOU bersama Newlight Technologies dan Innogas Technologies kelmarin..kredit foto

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Japan International Corporation Agency (JICA), jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negara ini akan meningkat dari tahun ke tahun dan menjelang tahun 2020, sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 30,000 tan sehari.

Kita  boleh membayangkan jika sampah itu adalah plastik kerana sifatnya tidak terdegredasi iaitu sukar diuraikan. Pelupusan plastik mengambil masa beratus-tahun lamanya untuk mereput dan ia bergantung pada jenis dan kategori plastik berkenaan.

Paling mudah, jika seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik dalam seminggu, tentulah mencerminkan betapa banyaknya kalau sebulan dan setahun.  Yang pasti, semakin banyak plastik dikeluarkan, semakin terjejas ruang persekitaran bumi.

Plastik terhasil dari polimer yang terbentuk dari polimerisasi molekul-molekul kecil (monomer) hidrokarbon yang membentuk rantai yang panjang dengan struktur yang kaku.

Plastik merupakan senyawa sintesis dari minyak bumi (terutama hidrokarbon rantai pendek) yang dibuat dengan reaksi polimerisasi molekul- molekul kecil (monomer) yang sama , sehingga membentuk rantai panjang dan kaku dan akan menjadi padat setelah temperatur pembentukan nya.

Diatas kesedaran itu lah  FGV  melalui Projek penghasilan plastik mesra alam ini bakal terhasil apabila FGV berjaya memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Newlight Technologies LLC serta Innogas Technologies Sdn Bhd yang berpengkalan di California. Syarikat Innogas Technologies merupakan sebuah syarikat yang mahir menghasilkan bahan-bahan termoplastik yang diperbuat daripada gas rumah hijau

Dengan adanya projek ini, ia mampu menggunakan semula sisa bio daripada kilang minyak sawit FGV kepada penghasilan plastik mesra alam,teknologi daripada negara luar ini amat dinantikan FGV bagi meningkatkan aliran pendapatan syarikat dan menjayakan kempen lestari alam sekitar

FGV sentiasa mencari inovasi terkini untuk mengurus sisa kelapa sawit mereka dengan berkesan..penghasilan projek ini akan menunjukkan kepekaan FGV terhadap projek kempen terhadap kelestralian alam sekitar dengan pengurangan pelepasan karbon..

FGV mensasarkan sebanyak 10 buah kilang untuk dibina bagi tujuan ini dalam tempoh 5 tahun akan datang. Dijangkakan kilang pertama akan dibuat pada suku keempat tahun depan dan dijangka siap selepas 14 bulan

Dengan adanya projek ini, ia mampu menggunakan semula sisa bio daripada kilang minyak sawit FGV kepada penghasilan plastik mesra alam.teknologi daripada negara luar ini amat dinantikan FGV bagi meningkatkan aliran pendapatan syarikat dan menjayakan kempen lestari alam sekitar…

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani berkata “MOU tersebut akan membawa teknologi kos efektif yang pertama di dunia bagi menghasilkan olastik mesra alam dengan memproses 100 peratus sisa bio daripada kilang sawit FGV”

Jelas usaha ini telah meningkatkan jaringan rangkaian usahasama FGV bagi penghasilan produk plastik mesra alam dimata dunia..selain dapat meningkatkan produk pengeluaran minyak..sisa bio yang sebelum ini tiada kegunaan, kini mampu menghasilkan produk barangan yang lebih berfaedah kepada alam dan masyarakat.

Image | This entry was posted in FGV Ke Arah Projek Mesra Alam- Pengahasilan Plastik Bio  Dari Siasa Kelapa Sawit and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s