TERKINI DARI KUTUB SELATAN


Oleh rmf

Penjelajah Negara, Shahrom Abdullah, sudah berski sejauh 142 kilometer dalam tempoh sembilan hari ekspedisinya merentas Kutub Selatan.

Menurut Penasihat Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, keadaan cuaca yang baik, membantu Shahrom berski secara konsisten setiap hari.

“Saya mendapat laporan daripada Shahrom menerusi talian telefon satelit yang menyatakan keadaan Shahrom amat baik dengan rentak perjalanan berskinya secara konsisten iaitu dengan rutin 50 minit dan berhenti rehat selama 10 minit dan kemudiannya menyambung lagi berski selama 50 minit”.

Tambah beliau, Shahrom juga mengambil melakukan tugasan navigasi arah secara bergilir-gilir bersama dua lagi penjelajah dari Amerika Syarikat dan Jordan yang turut melakukan ekspedisi yang sama.

“Saya juga mendapat laporan bahawa sepanjang sembilan hari penjelajahan Shahrom, hanya pada hari kelapan cuaca agak mencabar dengan awan mendung dan salji turun agak banyak hingga menyebabkan pembentukan longgokan salji setinggi 0.7 meter dan dua meter lebar”.

IMG-20151219-WA0006

Keadaan itu jelas Datuk Akmar, agak menyukarkan Shahrom untuk berski sambil menarik beban sledge di belakangnya.

Mengikut catatan harian, Shahrom melakukan penjelajahan sejauh lapan kilometer pada hari pertama dalam tempoh tiga jam.

Pada hari kedua dan ketiga, Shahrom berski selama enam jam dengan jarak 15 kilometer.

Hari keempat dan kelima pula, Shahrom mencatat jarak sejauh 20 kilometer dalam tempoh tujuh jam berski.

Sementara pada hari keenam, Shahrom mencatat jarak sejauh 22 kilometer. Hari ketujuh pula sejauh 24 kilometer.

IMG-20151219-WA0008

Manakala jarak paling jauh berjaya dilakukan pada hari kelapan iaitu sejauh 28 kilometer.

Hari kesembilan pula, Shahrom mencatat perjalanan sejauh 25 kilometer dalam keadaan jarak penglihatan 20 meter sahaja diawal perjalanannya akibat cuaca mendung.

Bagaimanapun, diakhir perjalanannya pada hari tersebut, cuaca bertambah baik dengan sinaran matahari yang agak terik.

Shahrom, 36 tahun merupakan atlet sukan lasak negara bagi acara duathlon dan triathlon, dalam misinya merentas Kutub Selatan sejauh hampir seribu kilometer dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan yang dikelolakan oleh Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B).

IMG-20151219-WA0007

Shahrom dijangka menamatkan misinya itu dalam tempoh 60 hari. Jika berjaya menamatkan penjelajahannya itu, Shahrom bakal mencipta satu lagi rekod baru anak Malaysia dipersada antarabangsa sebagai rakyat Malaysia pertama merentas benua Antartika dengan berski sejauh seribu kilometer.

Misi Dinamakan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada awal bulan Julai lalu.

Dalam misi ekspedisi itu, Shahrom turut membawa bekas air istimewa I-MIZU, tajaan daripada sebuah syarikat Bumiputera, yang akan membolehkan Shahrom menggunakannya untuk menukar air daripada salji yang dicairkan untuk diminum sebagai air hidrogen beralkali khusus untuk memberi tenaga tambahan dan segala bahan mineral yang diperlukan oleh Shahrom sepanjang penjelajahannya itu.

Image | This entry was posted in TERKINI DARI KUTUB SELATAN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s