Sikap Keperihatinan Datuk Dr Ir Wee Ka Siong Di LTA Kota Kinabalu Menjadi Sebutan


Oleh rmf

“Kesopanan dan Kesusilaan” itu adalah  Rukun Negara  yang ke 5 menitik beratkan  sikap yang bertoleransi dan  mengamalkan adab dan bersopan diantara satu dengan yang lain untuk mengwujudkan suasana yang harmoni dikalangan warganegara.

Sikap inilah yang telah menjadi amalan sebahagian besar warganegara Malaysia dan ianya melambangkan budaya ketimuran yang amat baik dari pandangan mata  warga asing yang berkunjung dalam negara ini.

Sikap terpuji ini telah dfitunjukkan oleh saorang pemimpin  berbangsa cina yang mana telah menghayati Rukun Negara dengan jiwanya. Tanpa mengenal dan memilih bangsa  beliau terus memberikan khidmat yang mesra sesama warganegara.

Pemimpin tersebut ialah Datuk Dr Ir Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor  yang mana gambarnya kini telah menjadi viral di media sosial  berikutan tindakannya membantu saorang warga emas yang berkerusi roda di Lapangan Terbang Anatarabangsa Kota Kinabalu.

Sikap keperihatinan yang ditunjukkan oleh beliau telah mendapat liputan meluas. Siapa yang menyangka saorang yang berjawatan Menteri  telah menunjukkan sikap yang cukup harmoni dan seharusnya diteladani oleh semua pihak tanpa mengira bangsa.

Kisah ini berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dimana saorang warga emas  dan keluarganya  ingin belepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Dalam kesibukan ahli keluarga  mak cik ini menyemak tiket tempat duduk, kelihatan maskcik ini kerisauan menunggu diluar sebelum menaiki pesawat.

Sikap keperihatinan  dan sensitive pada keadaan , lantas Datuk Dr Ir Wee Ka Siong yang kebetulan berada  berhampiran  dengan makcik  terus memberikan khidmatnya dengan menolak  sehingga masuk kedalam kapal terbang.

Secara tidak langsung , tindakan Datuk Dr Ir Wee Ka Siong ini telah menunjukkan sikap keperihatianannya serta keperibadiannya yang mencerminkan nilai nilai keluhuran  budi bahasanya  sebagai pemimpin yang disegani.

Orang Johor khususnya masyarakat Ayer Hitam seharusnya berbangga  mempunyai saorang pemimpin yang cukup prihatin dan mesra terhadap orang disekelilingnya. Sikap sedemikian seharusnya menjadi contoh yang baik dan menjadi amalan sepanjang masa.

Ular jika menyusur akar tidak akan hilang bisanya, begitulah sikap pemimpin yang sentiasa merendahkan diri dalam apa juga keadaan. Sikap sedemikian akan memberikan impak yang besar dan  menjadi sebutan dan kepercayaan rakyat terhadap beliau.

Image | This entry was posted in Sikap Keperihatinan Datuk Dr Ir Wee Ka Siong Di LTA Kota Kinabalu Menjadi Sebutan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s