Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Terus Memberi Komitmen Tertinggi Dalam Keselamatan Negara


Oleh rmf

Menjaga keselamatan dan keamanan dalam negara bukan sesuatu yang mudah,  Pelbagai aspek perlu dilihat agar ianya sentiasa berada didalam keadaan yang cukup bersedia dalam menghadapi apa juga ancaman dari luar dan dalam.

Keselamatan rakyat dalam negara ini terletak dibahu saorang Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mana telah dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah yang amat berat ini.

Dalam era globalisasi ini ancaman bukan sahaja dilihat  secara fizikal malah ianya bergerak seiring dengan perkembangan teknologi masa kini yang kian maju. Ancaman pada hari ini merentas sempadan, maka apa yang dilakukan kerajaan memperkenalkan berbagai akta adalah beriringan dengan  kehendak semasa.

Bertitik tolak dari itu, semua pihak digesa memainkan peranan masing masing dalam memastikan setiap ruang keselamatan dalam negara ini akan dapat diperkemaskan  dan bersama sama membantu kerajaan dalam penyaluran maklumat dengan secara langsung dan tidak langsung.

Kerajaan dalam usaha memperkemaskan sistem keselamatan dalam  negara  telah memperkenalkan POTA  sebagai satu akta  yang mana bertujuan untuk melindungi negara dan rakyat. Apakah kita sebagai rakyat ingin membiarkan negara kita  menjadi pusat militan atau kegiatan subversive dimana terdapatnya ancaman keselamatan  terhadap rakyat dan kedaulatan negara.

Sebagai rakyat yang bertanggung jawab saranan demi saranan diutarakan oleh  Menteri Dalam Negeri agar kita bersama kerajaan dan mengenepikan perbezaan politik dan bersatu demi mempertahankan empat prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Gesaan yang diharapkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada semua golongan, masyarakat Melayu, Cina dan India serta lain lain etnik  bersatu demi hak dan tanggungjawab kepadapersekutuan,

Walaupun ada sebilangan kumpulan  yang menggunakan hak hak asasi sebagai landasan untuk membantah Akta yang diperkenalkan oleh kerajaan yang mana mereka beranggapan ianya telah mencabuli hak hak asasi, namun jika kita lihat dari sudut yang lebih luas lagi,masyarakat seharusnya bimbang mengenai impak jangka panjang yang bakal berlaku terhadap negara ini jika sekiranya setiap akta yang diperkenalkan oleh kerajaan dihalang. Sebagai contoh   isu Akta Hasutan 1948 yang mana mendapat cadangan agar ianya dihapuskan.

Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan, kewujudannya, sebagai  orang yang diamanahkan dalam keselamatan adalah bagi memastikan tiada pihak sewenang-wenangnya menyentuh isu-isu sensitif , menyebarkan subversive dimana akan membabitkan masyarakat Malaysia.

Sebagai langkah  memperkemaskan lagi sistem keselamatan negara  terutama diperairan Sabah, Menteri Dalam Negari  telah mengumumkan  penambahan asset keselamatan yang lebih maju untuk memastikan  langkah langkah keselamatan dapat dipantau dengan lebih cepat lagi.

Bukan itu sahaja,  akta akta baru juga dikaji dan diperkenalkan untuk, membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam membuat kenyataan yang menghasut, berkecenderuangan dalam militan, Subversif, dan apa juga cara dan kaedah yang menjurus kepada  ketidak stabilan keamanan  serta ancaman terhadap negara.

Tanggungjawab melindungi rakyat terpikul diatas bahu Datuk Seri Zahid Hamidi bagi memastikan setiap rakyat terhindar daripada ancaman keganasan dan kegiatan subversif adalah hak asasi pemerintah mana-mana negara dan inilah yang dinamakan hak kedaulatan awam bernegara

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 2013 yang dibentangkan oleh kerajaan walaupun mendapat tentangan dari segelintir ahli politik, namun demi keselamatan rakyat dan negara ini  ianya tetap diteruskan.

Pindaan ini dalam bidang kuasanya  membenarkan penahanan tanpa perbicaraan tidak melebihi dua tahun bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 akan dipinda untuk membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan tanpa ada sekatan sekatan atau halangan  untuk anggota keselamatan menjalankan tugasan keselamatan dengan lebih baik.

PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak pasukan mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan. Sebagai contohnya apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk mensasarkan kerajaan khususnya pihak polis

Menurut Ahmad Zahid lagi, PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Justeru itu, dalam hal hal yang berkaitan dengan keselamatan dan keamana negara seharusnya  jangan kita terlalu mudah untuk menunding jari terhadap pihak anggota keselamatan yang mana  setiap saat berada di lapangan untuk memastikan keselamatan awam dan negara berada  ditahap yang amat baik.

Seharusnya kita berasa lega dengan pengorbanan yang telah diberikan oleh anggota keselamatan dan  jangan kita terus mengamalkan  taraf minda pembangkang yang lebih lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.

 

 

 

Image | This entry was posted in Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Terus Memberi Komitmen Tertinggi Dalam Keselamatan Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s