Kerugian Proton – Bakal Menghasilkan Penganggur Beribu Orang


Oleh rmf

Surat terbuka ini ditulis oleh salah saorang yang bekerja  sebagai vendor untuk Proton  yang mana pada masa kini sedang melihat kilang kereta nasional tersebut bakal tersungkur. Surat ini juga  menceritakan segala kemungkinan bakal berlaku jika Pengerusi Proton serta lain lain CEOnya  tidak kreatif untuk menyelamatkannya.

Proton sebelum ini telah beberapa kali di “Bail Outkan” Namun tidak pernah merndatangkan keuntungan. Adakah salah kerajaan lagi atau salah pengurusannya. Sebelum ini, proton  mempunyai kecemerlangan dimasa diterajui oleh Tengku Mahaleel

Tengku Mahaleel telah meninggalkan Proton pada tahun 2005 setelah enggan memperbaharui kontraknya selepas tidak bersetuju dengan syarat-syarat terbaru yang dikenakan.

PROTON BAKAL SEBAB BERIBU HILANG PEKERJAAN..!

Ariff Abd. Md

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

Image | This entry was posted in Kerugian Proton - Bakal Menghasilkan Penganggur Beribu Orang and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kerugian Proton – Bakal Menghasilkan Penganggur Beribu Orang

  1. protonxx88 says:

    Salam,

    Tun MADEY yang melahirkan Proton dan dia juga yang menjahanamkan Proton.
    Dia benci kepada bekas CEO Proton yang paling cemerlang dan berjaya menaikkan Proton, DS Syed Zailnal. Tun menggunakan wajah kotornya untuk ‘menghalau’ bekas CEO mulia ini dr menerajui Proton kerana dia seornag yang bijak dan tidak mengipas Tun dlm perkara tak betul.

    DS Syed Zainal dilantik oleh Khazanah semasa Proton tenat selepas Tun Madey meletak jawatan. Dengan restu Pak Lah yang berjasa, rombakan besar2an Proton Holding telah menyaksikan AGUSTA AG dijual dengan harag murah kerana syarikat itu menjadi libailiti sgt besar pada Proton dengan hutang puitannya. Lalu DS Syed Zainal di lantik untuk emulihkan Proton.

    Projek terawal seorang yang ihlas mcm DS Syed Zainal ialah menggunakan kembali platform model yang sedia ada yang tidak laku di pasaran utnuk dibangunkan model yang kompetetif harga. Ini tindakan kreatif. Proton Savvy yang dicipta zaman Mahaleel CEO kroni Madey mencatatkan jualan yang amat buruk serta tidak laku di pasaran. DS Zainal memulihkan projek sakit ini dengan membina SAGA BLM di atas platform ini. Dengan bakat kejuruteraan yang ada oleh tenaga2 Melayu PROTON, kaedah ini berjaya menyelamatkan Proton daripada terpaksa melabur RM700juta-RM1billion utk membanguna SAGA BLM.

    Seterunya DS Zainal memulihkan GEN-2 juga projek merapu Mahaleel dengan kualiti teruk. DS Syed Zainal membuat pasukan untuk memulihkan platform GEN-2 dengan produk baru iaitu Proton Persona. Dua pemulihan ini telah memberikan sinat amat berjaya kepada Proton.

    Zaman DS Syed Zainal dia seorang yang sangat kerap turun padang, floor production, membuat audit tegas kepada vendor2. Vendor2 diberi penarafan dan yang sakit atau hidup sebagai kroni politik dicantas awal2. Ini yang menyebabkan Madey Tun mamak amat marah dengan DS Syed Zainal dan berdendam de3ngannya.

    Proton Exora, EXora MC1-2 Bold Turbo, PREVE, INSPIRA, dan IRIZ adalah hasil kepimpinan CEO DS Syed Zainal. Sejak DRB membuang DS Syed Zainal atas arahan Tun Madey, TIADA SATU PUN model baru dilancarkan. Hanya recycled product. Dato Harith yang merupakan CEO Proton sekarang bukan seorang yang berjaya dan sehebat DS Syed Zainal kerana MODENAS gagal dipulihkan semasa beliau menjadi CEO.

    Inilah beza manusia yng ikhlas dgn makhluk yang fikir macam mana hanya tahu buat duit tapi tiada nilai kualiti. Tanya Tun Madey sibuk sgt dia dengan kerja nak jatuhkan orang lain.. tetapi kerja dia sebagai pengerusi Proton apa yang dia telah lakukan? Yang dia tahu ialah mahu naikkan harga konon nak kereta berkualiti mesti mahal.. inilah otak kapitalis Mahadey!

    Semoga Proton di selamatkan oleh seseorang yang terbaik. Kerajaan tak boleh lagi sekali bail out Proton..kerana ia akan mendatangkan kesan buruk lain.

    Ikhlas

    Pegguna PROTON

  2. Abu Bakar says:

    Blogger RMF7, TPPA yang memberikan pelepasan cukai kepada syarikat kenderaan dari Amerika dan Kanada untuk melambakkan keluaran kenderaan mereka di negara ini selama 12 tahun apa cerita?

    Sebenarnya TPPA yang disokong oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu yang menyebabkan kehancuran kepada Proton, bukan setakat Proton, malahan Perodua dan Modenas pun berisiko gulung tikar dan ratusan ribu pekerja Proton, Perodua, Modenas serta syarikat berkaitan seperti vendor, pengedar, penjual akan kehilangan pekerjaan.

    Kepada blogger upahan Najib, sudah-sudahlah nak membohong, rakyat dah jelas dengan setiap pembohongan kamu semua ini, jadi tak payahlah bersusah payah nak kelirukan rakyat kerana kamu semua hanya membangkitkan kemarahan rakyat dengan kenyataan-kenyataan bodoh kamu semua itu.

    Sedaralah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s