Datuk Seri Dr Wee Ka Siong-  Pertemuan Hadi Dan Najib, DAP Perlu Matang Dalam Politik


Oleh rmf

Intipati persidangan Agong UMNO yang lalu, Presiden dengan secara jelas telah memperkatakan tentang perpaduan dan pengukuhan terhadap parti.

Susulan daripada itu ianya telah mendapat kecaman dari pemimpin DAP yang mengatakan  bahawa  UMNO amat takut dengan gerakan yang dilakukan DAP dalam politik Malaysia. Ini dinyatakan secara jelas dalam  roketkini.

Hari ini telah berlaku sebaliknya. Pertemuan Datuk Seri Haji Hadi selaku Presiden PAS dan Perdana Menteri Dato seri Najib Razak di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015  yang telah berlansung di Kuala Lumpur telah memberikan satu tekanan yang cukup hebat terhadap DAP.

Ketakutan DAP terhadap pertemuan dua pemimpin Islam ini telah menjurus kepada fitnah yang dilemparkan oleh Lim Guan Eng terhadap keduanya. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang amat kurang senang dengan pertemuan dua pemimpin Islam ini.

Justeru itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong secara terangan telah membidas tidakan kedua pemimpin DAP tersebut yang mana dianggap amat hipokrit. Sedar atau tidak pada masa yang sama DAP juga telah menjalinkan hubungan dengan PAS , namun berlaku  tindakan DAP yang menyinkirkan PAS dari Pakatan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan lagi bahawa kritikan DAP terhadap kerjasama UMNO dan PAS serta sikap DAP yang cuba menakutkan rakan berbangsa Cina tentang hukum Hudud.

Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong lagi, pertemuan antara UMNO dan PAS lebih lebih bersifat kerjasama sesama Islam dan bukannya cubaan UMNO dan PAS untuk menindas orang Bukan  sebagai mana yang cuba difitnah oleh DAP kepada rakyat Malaysia

Sikap tidak bertanggungjawab DAP ini sekali gus  telah memperlihatkan  sikap sebenar DAP yang cuba memberikan gambaran yang negativ terhadao umat islam dalam negara ini.

Malah Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga memberikan gambaran bagaimana  DAP telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perlancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk mempromosikan  sector perlancongan di Pulau tersebut  bermaksud DAP telah melakukan kerjasama dengan UMNO?

Dalam  hal ini Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah menunjukkan bagaimana MCA melakukan penilaian politik matang dalam  menilai setiap perkara yang berlaku. Perkara ini amat berbeza dengan  sikap  yang ditunjukkan oleh kepimpinan DAP.

Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong lagi adalah kewajarannya  umat Islam sebagai majoriti di negara ini sudah pastinya akan bekerjasama untuk umat mereka. Namun, dengan sikap Lim Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang bersikap perkauman sehingga paranoid dengan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bertitik tolak dari pertemuan tersebut, DAP secara terangan telah menuduh  Presiden PAS telah bersekongkol  dalam isu RM2.6 billion. Ini merupakan satu tuduhan yang amat berat.

Image | This entry was posted in DAP Perlu Matang Dalam Politik and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s