Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Komitmen Dalam Mempertingkatkan Aset Keselamatan


Oleh rmf

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri diantara orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keamanan dapat dikecapi oleh rakyat Malaysia dan  memastikan setiap rakyat berada dalam keadaan yang cukup selamat.

Tugasan ini bukan sesuatu yang mudah, banyak cabaran dan tekanan yang dihadapi untuk memamastikan  matlamat keamanan tersebut berada diparas yang  terbaik. Dengan demikian adalah penting bagi kita rakyat Malaysia berkerjasama bersama  untuk tidak mencetuskan suasana yang  boleh mengancam keselamatan dan keamanan dalam negara ini.

Dalam hal ini kita amat sedar bahawa menerajui bidang yang berkaitan dengan keselamatan ini memerlukan kajian semasa  dan perkembangan teknologi terkini bagi memastikan negara berada dilandasan kemodenan pensenjataan yang terbaik.

Meletakkan situasi negara dalam keadaan yang terbaik , pelbagai langkah yang diambil  dengan berlandaskan perundangan dan kedaulatan negara diperketatkan. Semuanya ini adalah bertujuan untuk meletakkan tahap keselamatan berada dalam siasiaga.

Bertitik tolak dari semangat cintakan negara ini lah Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri telah melakukan komitmen penambahan anggota penguakuasa  dis epanjang 1,700 kilometer ESSZone di Sabah.

Komitmen ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah dan kawasan persisir pantai yang selama ini  terdapat ancaman ancaman yang mengangu gugat kedaulatan negara.

Bagi memastikan matlamat tersebut  berjalan dengan lancar pelbagai  aset yang ditambah termasuk radar  yang lebih canggih dengan liputan lebih luas, helikopter tempur dan dron,Dalam hal ini Ahmad Zahid juga berpesan agar dalam isu keselamatan negara ini seharusnya dilakukan dengan rasa tanggungjawab dan  sentiasa dalam keadaan Kesiapsiagaan keseluruhan anggota penguatkuasaan.

ESSCom merupakan ‘ejen penguatkuasaan keselamatan’ bagi ESSZone merangkumi 10 daerah dan diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu ekoran insiden pencerobohan di Lahad Datu.

ESSZone meliputi kawasan sejauh 1,733.7 kilometer membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga mengingatkan  bahawa  ESSZone menerima ancaman berterusan daripada penceroboh yang menunggu masa sesuai untuk menerobos masuk kedalam kedaulatan negara .

Oleh yang demikian aspek penyelarasan dan kefahaman semua agensi penguatkuasaan yang terlibat, harus diberi penekanan supaya ruang kosong pencerobohan dapat ditutup sepenuhnya.

Ahmad Zahid dalam sidang media itu turut memperkenalkan Komander ESSCom baharu iaitu SAC Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bagi menggantikan DCP Abdul Rashid Harun yang dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah, berkuat kuasa 23 Dis.

Selain itu, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu ESSCom menggantikan Ruji Ubi yang dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, berkuat kuasa 16 Dis.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Image | This entry was posted in Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Komitmen Dalam Mempertingkatkan Aset Keselamatan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s