Datuk Seri Liow Tiong Lai Turun Padang dan Tinjau Sendiri  Masalah  Di JPJ Wangsa Maju


Oleh rmf

Keperihatinan saorang pemimpin terhadap keperluan  rakyat  tidak membatasnya untuk pergi sendiri meninjau keadaan sebenar berlaku di jabatan  yang bernaung dibawah kementeriannya.

Itulah yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ke salah satu  Cawangan JPJ Wangsa Maju untuk melihat sendiri keadaan sebagaimana yang dilaporkan oleh pelanggan .

Selepas menerima aduan di Twitter, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju untuk melihat sendiri situasi sesak seperti yang didakwa.

Beliau terkejut apabila mendapati salah satu masalah yang dihadapi cawangan itu adalah pelanggan terpaksa beratur panjang menunggu giliran.

Bercakap kepada pelanggan pada pukul 3.30 petang Isnin, beliau mendapati bahawa purata masa menunggu untuk urusan memperbaharui lesen melebihi satu jam, dua kali lebih lama dari sasaran yang ditetapkan.

Perbualannya dengan pegawai-pegawai di setiap kaunter mendedahkan bahawa cawangan itu tidak dapat menampung sepenuhnya kehadiran kira-kira 800 orang pelanggan pada setiap hari.

“Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai di sini untuk membuka kaunter tambahan atau menjadikan sistem lebih cekap. Saya juga telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama untuk masa menunggu bagi pelanggan yang tidak boleh melebihi setengah jam,” katanya.

Selain barisan panjang, Liow juga mendapati tiga kiosk automatik di situ mempunyai kapasiti terhad dan tidak boleh digunakan selepas waktu bekerja.

“Selepas mengeluarkan 50-100 pelekat cukai jalan, kiosk itu perlu diisi semula. Kawasan tempat letak kereta juga sangat sesak,” katanya.

Liow berkata kementerian akan mengkaji kemungkinan melanjutkan tempoh perkhidmatan kiosk dan juga untuk meluaskan parkir di cawangan itu.

Dalam jangka masa panjang, Liow berkata, beberapa perkhidmatan JPJ akan dipindahkan ke dalam talian.

“Orang ramai hanya perlu melakukannya secara online tanpa perlu datang ke JPJ (cawangan),” kata beliau sambil menambah jabatan itu juga memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar melalui unit kaunter mudah alih.

Liow menegaskan bahawa pengurangan masa menunggu di cawangan-cawangan adalah sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata walaupun perkhidmatan di cawangan JPJ sudah jauh lebih baik daripada sebelum ini, masih terdapat ‘ruang untuk penambahbaikan’.

Liow berjanji untuk terus mendengar tuntutan rakyat, menggambarkan peristiwa hari itu sebagai ‘pengalaman yang sangat baik’.

Katanya, beliau akan terus menjalankan pemeriksaan mengejut di cawangan-cawangan JPJ.

“Dengan mendengar rungutan rakyat, dan melakukan pemeriksaan mengejut, ia membantu saya untuk memahami apa yang berlaku di kalangan masyarakat,” katanya.-mstar

Image | This entry was posted in Datuk Seri Liow Tiong Lai Turun Padang dan Tinjau Sendiri  Masalah  Di JPJ Wangsa Maju and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s